Friday, April 21

KERANG AIR ASAM ala Thai




Assalamualaikum...

Salam Jumaat.. Hari ni Zue nak share resepi KERANG AIR ASAM. Hari tu tengok si chumnam kat fb yang glamer makan asam tu.. Orang thailand tu.. Serius mengoda.. Terus google resepi nak buat. Alhamdulillah.. memang tak mengecewakan... sedappp.. Ni adalah menu patut ada dalam bulan puasa.. Almaklum tinggal sebulan lagi nak puasa.. Jom try..



KERANG AIR ASAM Ala Thai

Bahan- Bahan

2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Daun ketumbar 
Cara -Cara

  • Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
  • Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar . Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
  • Hiris kasar cili api dan tomato
  • Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
  • Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
  • Akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati
  • Siap . Ratah gitu pun sedap


Nota :
  • Kalau semua masam , pedas , masin , manis semua dah cukup rasa itu maknanya dah siaplah kerabu kerang kita .
  • Kurang pedas tambahlah cili , kurang masin tambahlah sos ikan atau garam , kurang manis tambahlah gula , kurang masam tambahlah jus lemon satang atau yang fresh punya pun boleh. 

No comments:

Post a Comment

Comment please..