Saturday, April 30

Goreng pisang ranggup ala-ala kampung




Kalau di kampung goreng pisang amat berbeza di KL ni. Rasa tak puas makan. Dah lah kerak sedikit, pisang yang digunakan pun kurang selera. Kalau di kampung biasanyer mengunakan pisang nangka sebab ia ada masam-masam  sedikit dan rasanyer memang sedap. Jom kita tengok resepinyer..


Caranyer:-
10 biji pisang nangka yang di potong tengah
1 1/2 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan air 
1 biji telur itik
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit cuka
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Caranyer:-
Pisang dipotong tengah dan potong lagi separuh. Kemudian Bancuh adunan tepong, garam, telur itik, serbuk kunyit, air dan sedikit cuka ( untuk rangupkan kerak). Bila dah sekata, masukan pisang sedikit demi sedikit, cukup untuk sekali gorengan. Kemudian, panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng seperi biasa. Bila dah agak kekuningan, angkat. Siap untuk di hidangkan.


Untuk kicapnyer:-
Kicap 4 sudu
lada 3 biji (bergantung kpd pedasnyer)
gula 2 sudu
tepung jagung 1sk (utk memekatkan)
3 sudu air
Blendkan semua kecuali tpg jagung. Kemudian panaskan atas api dan lastly masukkan tpg jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tutup api. Sejukkan sebelum dihidangkan.



petua dari orang tua-tua kalau nak ranggupkan kerak goreng pisang perlu letak telur itik dan cuka. Agak cantekkan keraknyer... 

Sunday, April 17

Butir Nangka kalerful


Teringat masa zaman anak dara dolu-dolu, jiran sebelah rumah (orang kelantan) suka sangat bagi kami satu family bubur biji nangka. Rasanyer yang sedap menjadi peberet kami. So bila dah kawe tetiba teringin nak buat sendiri. Resepi tu dah tanya mak. Siap salin lagi. Sebelum masak pergi ke kedai nak beli barang-barang nak buat bubur ni. 

Actually Zue baru berjinak-jinak ngan masak memasak  ni so ingatkan tepung pulut tu sama jer ngan tepung beras. Masa beli main ambik jer. Bila time nak masak, gentel-gentellah tepung beras tu dalam air yang menggelegak. Tapi heran, pesal biji nangka ni tak timbul-timbul. Tapi ingat tak de apa2 so buat sampai habis. Siap masak, time makan pesal rasa lain jer.. tak sama ngan rasa bubur biji nangka yang slalu duk makan.. Bila tanya mak, mak tanya tepung pulut ke tepung beras.. Zue kata tepung beras.... Mak kata larrr..... patut pun!!!

Moral of the story... check betul-betul resepi tu dan belajar daripada kesilapan..sampai ari ni dah dapat bezakan tepung pulut dan tepung beras..


BUTIR NANGKA KALEFUL

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras pulut
air (agak-agak jgn terlalu cair)
pewarna ikut selera sendiri

(bahan utk kuah)
santan dari setengah biji kelapa
gula
garam
halba
simpulan daun pandan (untuk bau yang wangi)

Cara-cara

masukkan sedikit air bersama tepung pulut ke dalam bekas agak sendiri kerana adunannya tidak boleh terlalu cair nanti susah untuk mengentelnyer. Kemudian masukkan pewarna. kacau sehingga sebati. Pastikan adunan tidak melekat di tangan. panaskan air hingga mendidih, masukkan adunan yang telah digentelkan cepat-cepat. Untuk memastikan adunan dah masak, ia akan timbul sendiri dan terus cedokkan untuk dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih. Kemudian masukkan butir nangka.Tutup api.
lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba.

Thursday, April 14

Hepi besday my hubby with KEK CHOCLATE INDULGENCE CHOCOLATE CHIFFON


Malam semalam besday my hubby. Betapa semangatnyer nak buat Kek Indulgence ni dengan penuh berkobar-kobar. Ingatkan senang tapi susah sangat-sangat. Mungkin cara Zue buat salah tu yang jadi susahnyer. 2 hari nak siapkan kek ni. Alih-alih jadi tak seperti yang dijangkakan. Tapi ni adalah satu pengalaman dan pengajaran untuk buat kali kedua. Diharap cik hubby menghargai ' pengorbanan' ni tau..


Kat luar kek ni memang tak seperti dijangkakan tapi lepas potong didalamnyer.. memang cantik dimata zue lah even tak sekemas sangat.. baru rasa berbaloi gak buat selama 2 hari ni. Sangat puas hati bila belang-belang dia terbentuk cantekk dan rasa yang sodap.. 


Drp pengalaman sendiri:- 

  • Antara kesilapan yang akan berlaku bila membuat kek ni adalah letakkan choc mousse samada choc hitam atau choc putih ke dalam frezze terlebih dahulu sebelum mendeko untuk memastikan teksturnya ala-ala aiskrim kalau tak ia akan cair dan layernyer tak terbentuk. 
  • Untuk mudahkan kerja perlu ada loyang spring form



Take Note:- Buatkan mousse coklat putih terlebih dahulu sehari sebelum buat bahan-bahan yang lain


BAHAN A

30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)

4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)

100GM GULA KASTOR

130GM TEPUNG NAIK SENDIRI

1/2 TSP BAKING POWDER

1/2 TSP SODA BICARBONATE

60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG

1 TSP ESEN VANILA



BAHAN B

4 BIJI PUTIH TELUR

60GM GULA KASTOR

1/4 TSP CREAM OF TARTAR



CARA-CARA:-
  1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
  2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
  3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
  4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM :


200 GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM

2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)

2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)

60 GM GULA KASTOR

1/2 TBSP MENTEGA

250ML WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT

1 1/2 TBSP GELATIN

50 ML AIR

(SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)


FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH :

200 GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100 ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60 GM GULA KASTOR
250 ML WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50 ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE

150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)

350GM COKLAT MASAKAN HITAM


1 TBSP MENTEGA CAIR

(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)



*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.



*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.



CARA-CARA :


MOUSSE COKLAT HITAM

1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN

2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.




MOUSSE COKLAT PUTIH

1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.

2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.

4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.




CARA-CARA :

1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.

2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.

3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.

4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.

5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.

6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.

7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.

8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

Kad Besday yang besar dari Alya untuk abahnyer..

Wednesday, April 13

JUS LAI CHI KANG yang mengeluarkan kepanasan dalam badan


Jus Lai Chi Kang adalah salah satu minuman untuk mengeluarkan haba kepanasan dalam badan. Kebiasaan yang suka minumnya adalah dari orang cina. Disini zue sertakan resepi Lai Chi Kang versi Terengganu. Setiap negeri, resepi Lai Chi Kang adalah amatlah berbeza-beza tau.


Antara bahan-bahan asas yang biasa di gunakan dalam resepi Lai Chi Kang ni adalah seperti berikut:-

buah kundur
kurma merah
cendawan putih kering
kembang semangkuk
barli
suhun
buah mata kucing yang kering
buah kismis
Buah Lohan Ko


Mula-mula rebus barli, cendawan putih kering dan buah mata kucing kering sehingga empuk.
Kemudian rendamkan kembang semangkuk dalam mangkuk yang berisi air panas. (actually nak masak sekali pun boleh, tapi Zue lebih suka rendam dalam air panas di dalam mangkuk, baru ngam dgn namanya, kembang semangkuk...) lepas tu masukkan ke dalam bahan yg direbus tu bersama- sama lebihan barang-barang tadi seperti buah kismis, kurma merah, buah mata kucing yang kering, suhun, Buah Lohan Ko dan buah kundur. Untuk menambahkan rasa manisnyer Zue akan letakkan gula perang. Kalau pakai gula putih pun tak per tapi gula merah ni ada khasiatnyer tersendiri dan lebih elok untuk kesihatan. Bila agak-agak dah mengelegak dan rasanya cukup2 manis bolehlah di tutup apinyer. Minum masa panas-panas adalah lebih elok untuk kesihatan. Tapi sesetengah orang suka minum dengan meletakkan ais batu.



Actually bahan-bahan ni ada dijual di kedai cina. Kat Giant pun ada tapi tak semua yang ada contohnyer buah Lohan Ko ni dijual di Sensei Cina. Mungkin ada yang tak pernah jumpa buah ni. Actually buah ni berkhasiat untuk mengeluarkan kepanasan dalam badan.


Laici Kang ni sejenis minuman yang bahan asasnyer penuh khasiat. Antara khasiatnyer adalah untuk menyejukkan badan dan paling sesuai diminum pada waktu panas.

Friday, April 8

Walnut Brownies Kek yang mantop!



Resepi yang agak sedap ni memang dah lama nak buat tapi masa tak mengizinkan. So kebetulan hari cuti minggu lepas rasa 'terlebih rajin' pulak. Zue duk teliti banyak-banyak resepi berkaitan brownies ni agak-agak yang mana sesuai dibuat. Kebetulan terjumpa resepi dalam satu blog yang menggunakan dari resepi Chef Anuar. So alhamdulillah.. menjadik jugak! 




Bahan2 
125 gm mentega (A) 

35 gm serbuk koko 
310 gm gula perang 
250 mentega (B) 
5 biji telur
125 gm tepung gandum 
125 gm walnut cincang - roast hingga masak dlm 10 min. 

Cara2 
-Cairkan mentega (A) dan serbuk koko cara double boil hingga jadi pes, kacau sebati.. sejukkan 
-Pukul mentega (B) dan gula perang hingga kembang. 
-Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. 
-Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau sebati menggunakan spatula/senduk kayu. 
-Masukan pes coklat dan kacau rata. 
-Masukkan walnut cincang dan dibakar tadi kacau rata. 
-Tuang dalam loyang yg telah disapu mentega dan di alas dengan kertas. Ratakan dan bakar kira2 35 minit dengan suhu 170C - 180C. 
-Bila sejuk.. keluarkan dari acuan dan sapukan dengan coklat ganache. 



Jom Dinner ngan Nasi Goreng Hailam pulak!


Malam semalam teringin nak makan Nasi goreng Hailam sebab malam sebelum tu, malas nak masak..En hubby pergi belikan Nasi Goreng Hailam kat kedai berdekatan. Rasa agak sedap so try buat dengan resepi sendiri.. Biasalah bukan nama Cik Zue kalau tak mereka resepi ni.. tapi bukan menjahanamkan tau.. Dulu mungkin sebab tak berapa pandai masak.. tapi dah anak 3 ni kenalah jadi mama yang terbaik dimata anak.. tak gitu!!


Ok..jom try resepi Nasi Goreng Hailam ni..


Nasi Goreng
Bahan-bahannya:-
2 cawan nasi putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 kiub ayam knor
sedikit garam
sedikit gula


Caranya:-
Potong bawang merah dan bawang putih dan tumis dengan minyak masak sehingga agak garing. Kemudian masukkan sos tiram dan kiub ayam knor dan kacau. Masukkan lagi garam dan gula secukup rasa (agak sendiri). Lastly masukkan nasi bersama kicap. Kacau sehingga sebati. Tutup api.


Bahan untuk membuat kuahnya:-


sawi
carrot
tomato
kobis bunga
lada merah
daun sup dan daun bawang
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
ayam
sotong
udang
telur
2 cawan air
2 biji telur
2 sudu sos tiram
sedikit garam


Caranya:-


Tumiskan bawang besar bersama bawang putih biar sampai sedikit garing. Masukkan air bersama ayam, sotong dan udang dan biarkan seketika sehingga sedikit mengelegak. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi (sawi, carrot dan kobis bunga) bersama garam dan sos tiram. Kacau sehingga mengelegak. Masukkan telur dan kacau sekali (untuk memekatkan kuah- ada orang menggunakan tepung jagung tapi zue lebih suka guna telur). Bila dah masak tutup api dan barulah masukkan tomato, lada merah, daun sup dan daun bawang. Bersedia untuk menyiram nasi goreng tadi.





Sunday, April 3

Homemade PIZZA



Hari Jumaat malam sabtu lepas, sambil layan Maharaja Lawak sambil buka resepi-resepi dalam internet tercari-cari nak bekpas apa pagi nanti... mula-mula fikir nak buat donut jer.. tapi rasanyer tak menarik.. Sambil buat menu baru sambil boleh update blog.. tak gitu.. nak harap saja-saja buat masa tak menginzinkan pulak.. orang bekerja + ada anak kecik ni susah skit.. lainlah suri rumah sepenuh masa.. Nak buat pa-apa anytime jer..


Melalut pulak.. Zue ternampak satu resepi pizza dalam laman web online resepi so try buat.. Alhamdulillah.. kira jadik jugak.. rotinya agak lembut sehingga petang. Tapi tak lah sama ngan pizza hut peberet kami sekeluarga. Atleast kata orang agak sedap sebab homemade punya..


Bahan Doh Pizza :
280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yis segera
Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella (zue guna mozarella sbb ia cheese yg sedap dan ala2 cheese pizza hut gitu)
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg banyak. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.


Cara-cara membuat pizza :
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut ..



Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat




Nasi yang lebih jangan dibuang sebab boleh dibuat Apam Nasi


Semalam masak nasi, nasi tak habis duk fikir sorang-sorang cun jugak kalu dibuat apam nasi ni, Tetiba kakak post gambar kat FB dia buat apam nasi..Alamak!! geramnyer.. Esoknyer lepas abis keje, bila sampai kat umah tanpa solat asar dulu terus ke dapur.. Semangat punya pasal. Sambil duk layan channel astro 104, kejora dan bintang sambil buat.. tapi kena cepat, kul 7 nak ambik anak kat umah ngasuh.. Emmm.. nasib baik resepi ni kena peram selama 3 jam. Siap dulu bahan-bahan apa yang patut lepas tu, baru zue pergi solat asar dan ambik budak-budak..

Kalau 'semangat' nak buat kueh meluap-luap dari diri zue ni.. Rasa kalau tido pun tak lena selagi tak buat kueh tu.. tapi biasalah perempuan.. ada angin pasang surutnyer.. kalau hari m.a.l.a.s tu... tak leh kata apa..

Melalut lak.. resepi ni zue ambik dalam blog mat gebu.. so sape-sape yang ada nasi lebih jangan dibuang, trylah buat apam nasi ni... mudah dan kos yang murah..


Bahan-bahan:-

2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
2 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air (zue blend air dan daun pandan 5 helai)- original kaler untuk hijau
2 camca teh instant yeast
kelapa parut dan secubit garam, gaul rata


Cara membuatnya:-


  1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Zue lebih suka guna air daun pandan yang diblend sebab untuk kaler hijau yang original punya dan juga sedikit wangi..
  2. Setelah hancur,campur gula perang dan gula pasir ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan no1 dan no2 tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam. (Zue perap tak sampai 3 jam)
  6. Sapukan minyak pada acuan, kemudian sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. Keluarkan apam dari acuan dan hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..

Tekstur yang lembut, walaupun esok hari masih lagi terasa kelembutannya..