Salam Maalhijrah buat semua..
Entry hari ni zue nak story tentang fruits pastry cake.. Memandangkan zue dalam proses menghabiskan strawberry yang dah naik lebam so try lak resepi untuk kek ni. Dah ramai blogger masakan mencuba resepi ini.. Zue jer yang ketinggalan skit.. Duk simpan resepinyer punyalah lama..hari ni lak yang terajin nak buat.. itupun kebetulan esok cuti umum.. Malamnya boleh lah tidur lambat untuk upload dan mengarang cerita ni..
Dalam resepi ni zue try ubah sedikit sebanyak apa yang patut untuk kesesuaian citarasa dan mengikut keperluan apa yang ada dalam dapur rumah zue..so tak payah nak pergi beli lak.. ^__^
Jom kita layan resepinya..
Jom kita layan resepinya..
souce: Gert
di ambil daripada : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHAN:
113 gm butter dalam suhu bilik
180 gula kastor
2 sb sour cream ~Zue guna yogurt perisa mangga
1 sk esen vanila1 sk orange zest ~ zue guna 1 sb sunquick
210 gm tepung gandum
1 sk baiking powder
500gm fresh fruits ~ Zue guna peach dalam tin, strawberry dan kiwi
CARANYA:-
- Potong fresh fruits mengikut kesesuaian
- Panaskan oven 150'c selama 15 minit
- Letakkan sedikit butter ke dalam loyang bersama lapikannya dengan kertas minyak
- Pukul butter, gula dan sour cream sehingga creamy
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati
- Masukkan vanila, tepung gandum dan zest (sunquick) dan pukul sehingga sebati
- Masukkan dalam loyang kemudian hiaskan fresh fruit yang dipotong tadi atasnya.
- Bakar selama 50-60 minit atau sehingga kek masak.
Kek ni memang lembut dan sedap.. bila dibakar harum satu rumah..
No comments:
Post a Comment
Comment please..