Bila tengok ramai blogger makanan buat donut ni.. teringin lah buat tapi zue tak kenal lak to fu lembut tu... Ni 1st time guna bahan ni.. Rasa cam pernah jumpa kat pasaraya tapi tak tahu lak penggunaanya.. ingatkan taufu fah yang jual pasar malam tu..Bila pergi kedai runcit terus cari bahagian peti ais... jumpalah satu bekas yang tertulis tofu lembut.. Harganya rm1.. Aikk... murahnyer.. ader 300gm.. Banyak gak tu.. dalam resepi ni cuma guna 125gm jer.. Leh buat banyak tu donut tofu tu..
Resepi Asal: Makyong, myresepisource : rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-Bahan :
300 gram tepung gandum
125 gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160 ml susu suam@air suam
40 gram shortening
4 sudu besar gula
6 gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut
Caranya :
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.
Memang puas hati.. sangat gebuss..
comelnya donut tofuuuuu.. dapat 4 ketul sedap ni. hehehe
ReplyDeletehurm, lazatnya..seksi je donut tu..tergoda i..bak ckit
ReplyDeletewah ...tengok gambar tu macam lembut gila....mesti try ni.....
ReplyDeleteanyway, if u have times, do visit ma blog...http://salamharun.blogspot.com/2011/12/new-york-cheesecake.html
@izahdaut~ tergoda ngan izah punya donut dr ari tu lg.. akhirnya berjaya jgk...nanti zue send dlm email.. izah tgg tau... huhuhu..
ReplyDelete@Cik Bhulat~ tu lah donut ni dah tunjuk peha tp ader tatoo kat peha dia.. tu yg seksi.. huhuhuu..
ReplyDeletenah.. buka mulut i suap kan.. huhuhu
@salam harun~ memang lembut sangat2.. trylah.. comform puas hati..
ReplyDeleteAs'salam Zue
ReplyDeletegeramnya tengok donat. last buat donat bulan 12 tahun lepas. rasanya pernah cuba kot donat taufu ni. memang sedap dan lembut sangat2.
ada lagi tak tu..bak ler 3-4 ketul :)
@CT Delima~ w/slm kak..
ReplyDeleters nak cuba mcm2 versi donut sbb donut my peberet.. terutama donut tofi ni sbb lembut n gebuss..
Alamak.. dah abis pun.. gula aising ader lg lah.. nak?... huhuhuhuuu..