Monday, February 27

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Minggu lepas adalah hari minggu yang paling sibuk.. Kenduri banyak..pastu kena buat overtime kat opis.. Sekolah anak pulak ada mesyuarat PIBG.. Rasa cam tak terkejar nak buat semua tu.. Itu tak termasuk lagi nak buat kerja rumah.. Apa-apa pun still lagi zue nak share resepi yang dicilok dalam tenet..sorylak ownernyer tapi di masak mengikut selera sendiri iaitu IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS.

BAHANNYA:

1 ekor ikan Bawal - dibersihkan
**Dikelar dan diletak garam dan kunyit kemudian digoreng

2 biji lada besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
sedikit kacang ABC
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN UNTUK SOS:

1 cawan air
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos nampla(sos ikan)
1 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga layu dan naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama air dan kacau.
  • Kemudian masukkan kacang ABC bersama nenas dalam tin (yg ni zue x letak). Kacau dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan air limau nipis, sos nampla, kicap sotong, kicap, lada besar dihiris halus, garam dan gula.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Sedia dituangkan atas ikan.

3 comments:

  1. sedap nih, di makan dengan nasi hangat.. slurrp

    ReplyDelete
  2. As'alam Zue

    ikan bawal ni kalau masak macam ni k.ct sorang jer yang meratah sampai habis, anak2 memang tak makan ikan, hubby lak memang tak suka ikan bawal..selamatttt..hehehe

    k.ct pun minggu depan ni dah sibuk sangat2. anak2 semua ada exam, sabtu ni sekolah dan petang pulak ada PIBG..hubby lak kena ke satu mesyuarat penting...memang sibuk sangat2 lah.

    ReplyDelete
  3. @Melly Octaviana... btl tu melly... makan ngan nasi panas sedap.. pastu ada sayur kailan ikan masin..perhh...

    @CT Delima... ooo gitu pulak... anak2 x suka.. klu zue siap x ckp dan berebut lg aderlah...huhuuuuu

    ReplyDelete

Comment please..