Rasanya dekat 1 minggu tak update blog.. Buzy ngan tugas harian katakan. Yang ni Zue nak share N3 berkenaan dengan Pizza seafood yang diambil daripada Dari Dapur Wanita dengan mengikut citarasa zue sendiri. Jom kita layan..
Bahan untuk Doh:
280 gm tepung berprotein tinggi ~ zue guna tepung gandum jer
15 gm butter
1 sk gula
1 sk susu tepung penuh krim
1 sk garam
180 ml air sejuk daripada peti ais/ guna air suam
1 sk yis segera
Bahan untuk topping:
Udang
Sosej
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Buah tomato
Parutan keju Cheddar dan Mozarella
**Bergantung pada selera masing-masing
Cara membuat pizza:
- Gaulkan tepung dengan yis dalam mangkuk adunan
- Larutkan gula dan garam di dalam air.
- Cairkan butter.
- Kemudian masukkan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sebati dan licin
- Uli di atas permukaan yang rata dan taburkan sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
- Bulatkan doh tersebut dan simpan dalam mangkuk lenser dengan sedikit minyak dan ditutup dengan cling film.
- Biarkan ia mengembang lebih kurang 40-60 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
- Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Canaikan adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz atau bentuk yang disukai.
- Letakkan adunan tersebut dengan garfu supaya ianya tidak mengelembung semasa dibakar.
- Sapukan sos pizza di atas permukaan pizza.
- Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut selera masing-masing dan taburkan keju sekali lagi di atasnya.
- Bakar dalam suhu180'c kira-kira 15 minit
Sekiranya tiada sos pizza boleh dibuat sendiri sosnya.
Resepi sos pizza
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sb minyak masak
2 biji buah tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 sk gula
1 sk oregano
garam secukup rasa
Cara membuat sos
- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
- Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri,oregano, gula dan garam
- Kacau sehingga pekat.
Salam Jumaat Zue
ReplyDeletelama dah akak tak buat pizza
Nak buat pizza ni kena tunggu semua anak2 berkumpul..
resepi ni nampak mudah dan simple aje.. nanti bolehlah akak cuba ye..
Tq kak ita sbb bg komen.... So excited sbb suka sgt ngan blog kak ita....
ReplyDelete