Assalamualaikum..
Rasanyer dah lama zue tak berbloging. Almaklumlah kesibukan cuti sekolah bawa anak berjalan-jalan pastu balik kampung dikedua belah Penang dan Terengganu. Hari ni kebetulan tengah free terus je membaking cheese ni pastu terus upload. Kalau tanguhkan lagi comform simpan tak tau bila lak tahap kerajinan nak datang.
Rasanyer dah lama tak mengecheese ni. Hari tu kebetulan pergi kat Cameron Highland makan cheese kek. Rasanyer memang sedap tu yang balik terus try resepi yang seakan dengannyer. Tapi still tak puas hati rasa tak sama ngan yang makan hari tu...Errrmmm... kena try lagi ni..
Apa-apa pun kita layan cheese kek yang amat mudah ni..
Bahannya:
250gm cream cheese
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sb tepung gandum
1 st esen vanila
1 cawan yogurt perisa plain
1 cawan biskut digesstive
3 sb mentega
Caranya:
(A)
- Pukul cream cheese, gula dan yogurt sehingga sebati dan kembang.
- Masukkan telur sebiji dan sebiji sambil pukul dan masukkan esen vanila
- Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.
(B)
- Cairkan mentega dan sejukkan
- Hancurkan biskut dan masukkan dalam mentega cair kemudian gaul sehingga sebati dan juga sehingga boleh dikepal
- Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, keluarkan dan tuang adunan cheese tadi.
- Bakar cara steambath selama 50-60 minit atau sehingga masak dalam oven 170 degree.
- Jangan lupa tutup dengan aluminium foil untuk elakkan kek daripada merekah.
- Dah masak sejukkan dan masukkan dalam peti ais sebelum makan.
Untuk hiasan atas zue masakkan jem strawberry dan letakkan strawberry dan blueberry.
No comments:
Post a Comment
Comment please..