Friday, April 25

IKAN TALAPIA BAKAR


Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan lagi umur sehingga hari ini. Tadi Zue ada baca member ada hantar wsupp dan gambar-gambar wanita meninggal kerana kanser dan kuburnya amat bercahaya. Mungkin ada amalan tertentu selama hidupnya. Masya Allah.. hati ni rasa bahagia sangat seandainya jadi seperti dia.

Perasan tak manusia ni apabila tahu ajal akan tiba, ia kan sentiasa ingat mati dan ingat Allah. Kalau yang masih hidup ni, masih lagi lalai dengan dunia yang sementara. Zue tak kata pada orang lain tapi diri sendiri, kekadang nak sembahyang tu terutama maghrib masih lagi nak tengok drama tv3 nak imsyak baru pergi solat kira 2 in 1 ala-ala jamak gitu. Hari tu masa duduk kat mekah rasanya sepenuh jiwa raga hidup tertumpu pada amalan. Balik malaysia rasa agak sedikit lalai. Itu yang setiap kali lepas solat Zue akan berdoa semoga Allah tetapkan keimanan zue supaya tidak lalai. Ameen...

Berbalik pada resepi hari ini, actually zue try jugak google resepi-resepi dalam internet kemudian zue akan buat versi zue sendiri. Sebab dalam internet semua resepi agak sama yang lain ikut olehan dan selera sendiri.


IKAN TALAPIA BAKAR 

Bahan A

2 ekor ikan talapia segar (saiz sederhana)

Bahan B (dikisar)

8 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi
2 batang serai
1 ikat daun ketumbar
5 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras


 Bahan C (pes)

2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar stok pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu kecik minyak 
gula dan garam secukup rasa

 

 Cara Membuatnya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak dan biarkan sehingga hampir pekat. 
  • masukkan stok pati ayam, sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
  • masukkan gula dan garam secukup rasa. 
  • ratakan pes yang telah masak tadi di atas pembalut foil.
  • setelah siap ambil ikan dan letakkan diatasnya kemudian lumur pes di bahagian atas ikan tadi. 
  • balutkan keseluruhan ikan dan lipat foil tadi dan kemaskan dan sedia dibakar atas kuali dengan api yang perlahan dan sehingga masak

No comments:

Post a Comment

Comment please..