Assalamualaikum..
Selamat bercuti buat adik-adik yang cuti sekolah tu. Buat mak ayah pulak mesti dah ada planning nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Zue tak delah plan nak bawa anak-anak ke mana-mana cuma plan nak balik kampung sebab ada kenduri sepupu di Terengganu. Apa-apa pun kena jugak balik Terengganu tapi kira 2 in 1 balik kenduri sekali balik bercuti.
Buat ibu yang tak bawa anak-anak kemana tu mesti seronok nak masak untuk anak. Almaklum ramai anak balik ibu pun berhempas pulas masak masakan kesukaan anak-anak. Untung kalau anak ramai boleh tengok karektor anak setiap sorang. Kalau anak perempuan ramai boleh share ilmu masakan kat dapur. Anak zue kecil lagi tapi dah tunjuk minat nak masak. Even masak maggi pun zue tak bagi lagi. Ishh... Tak berani kalau pandai-pandai main api kat dapur untuk harapkan anak masak sebab dah tengok pengalaman orang anak kena air panas.
Berbalik pada resepi hari ni. Hari tu zue silap beli margarin pastry. Dalam kepala duk fikir margarine ni pastry yang dah siap buat just kita bakar je. Beli kat BWY dengan harga rm6. Kira murah sangat berbanding bli pastry jenama kawan kat luar tu mahal dan sedikit. Yang kat BWY dah lah murah, besar pulak tu. Mulalah duk fikir boleh buat apple pai.
Balik rumah, potong suku margarin pastry tu, buh tepung gandum konon-konon nak uli tapi lembik. Ishh... tak boleh jadi terus goole dalam tenet marjarin pastry. Jumpa dalam blog TIFFIN BIRU. Ermm... rupa-rupanya kena buat sendiri pastry tu. Marjarin pastry ni sebagai doh untuk melengkapkan lagi puff pastry terbentuk.
Tak pe... belajar dari kesilapan. Sekurang-kurangnya dah dapat lagi satu ilmu. Alhamdulillah....
QUICHE AYAM CENDAWAN
Sumber: mamacupieconer
Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang
2 biji kentang (potong dadu kecil)
Kacang ABC
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar holand (didadu)
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano (optional)
1 sudu serbuk lada hitam (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya
Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut.
Kacau dengan whisk hingga sebati
Kacau dengan whisk hingga sebati
Cara Membuatnya:
Untuk inti
- Masukkan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
- Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano.
- Masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak nak lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak air sikit)
- Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung.
- Kacau sebentar supaya ianya pekat dan melekat sesama sendiri.
- Jangan berkuah sangat, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti.
- Tutupkan api.
- Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
- Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
- Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. Dalam 30 minit.
400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur
Caranya :
- Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung.
- Rehatkan doh 15 minit.
- Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T"
- Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
- Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
- Lepas tu macam kain kiri ke kanan dan kanan ke kiri sehingga membentuk 4 segi (lipat buku).
- Kemaskan dan rehatkan 15 minit.
- Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi).
- Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama. Rehatkan lagi 15 minit.
- Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat.
- Buat hingga siap.
- Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2.
- Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian.
- Untuk kegunaa Quiche ayam cendawan, terapkan dendan acuan yang sesuai untuk membentuk pastry puff bagi quiche ayam contoh seperti gambar di atas.
Betul tu saya pun tak bagi anak2 buat keje dapo lagi kecuali kakak n abg tu kalau nak sangat makan megi ngan telur baru sy suruh dorang blaja buat sendiri. Yang adik belom lagilah, takut...
ReplyDeleteSaya mmg suke quiche ni tapi malas beno nak buat pastri tu hehe. Kalau ade yg dah siap frozen kite mai bakar je takde plak kan agaga (malas tahap gaban) Jemput singgah: Resepi Rendang Pedas Wan Dolly