Friday, June 13

PASTRY APPLE PAI



Assalamualaikum...

Selamat malam. Sebelum melelapkan mata zue nak share satu pastry iaitu APPLE PAI. Kebiasaan zue buat pastry sendiri yang ala-ala shell tat tapi kali ni Zue buat versi pastry (lebihan magarine pastry yang beli hari tu). Untuk resepi pastry yang dibuat sendiri sila rujuk DI SINI. Ternyata gabungan pastry pai apple ni lagi sedap berbanding pai apple yang biasa. 

Kebetulan masa zue duduk rumah mak sedara suatu masa dulu, mak sedara belikan pai apple di Cameron Highland. Rasanya amat berbeza dengan pai yang biasa. Sangat-sangat sedap. Sekarang zue cuba pelbagai versi pai apple mesti tak sama dengan yang beli hari tu. Dan akhirnya zue dapat jugak buat resepi seakan-akan pai apple tu.

Bagi zue kesedapan pai apple adalah gabungan antara pastry dan inti pai tersebut dan bukan hanya inti atau puff atau pastry semata-mata tau. Jom try resepi sedap ni.



Fillingnya:

6 biji epal hijau muda (granny smith) dibuang kulit, empulur dan hiris. (boleh didadu)
3/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala 
2 sb mentega
sedikit garam
segengam buah kismis

Caranya

  • tumiskan mentega 
  • masukkan gula perang dan serbuk kayu manis serta buah pala dan secubit garam
  • Masukkan epal dan buah kismis
  • Gaul rata.
  • Ketepikan.

Cara untuk buat apple pai dan pastry

  • Ambil pastry canai dan kelar memanjang.
  • susun dalam loyang bulat
  • masukkan apple yg dimasak td
  • tutup pai menggunakan pastry yg lebihan td
  • sapukan telur kuning pada pastry bhg atas
  • sedia dibakar 200c selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak

No comments:

Post a Comment

Comment please..