Thursday, April 13

NASI MANDI ARABIKA READY MADE


Assalamualaikum...

Dah lunch ke? Zue tak rehat lagi ni. Still kat opis buat keje. (sambil mengarang blog...Ahaks!!). Jap lagi pukul 1 baru boleh lunch. Duk fikir nak makan apa tengahari ni. Tetiba teringat kat entry pasal nasi mandy yang duk draf hampir 2 minggu ni. Actually hari tu balik kampung di Terengganu kebetulan singgah kat pasaraya SABASUN, tengok ader jual 2 in 1 punya rempah ratus. Saja try beli sebab nak rasa. 2 minggu lepas tu buatlah sebab mak mertua datang rumah. Tak sangka dapat pujian, siap mak mertua tanya resepi.. Hahahaaa... finally ngaku jugak ni 2 in 1 punya rempah.. So apalagi dapat pesanan ler bila nak balik Terengganu next time.

Actually kat belakang tu dah ada resepi untuk buat tapi cam biasa sesuka hati zue autakan diapunya intipati.. (^-0)


NASI MANDY ARABIKA

Bahan untuk ayam:

1 ekor ayam ~ dipotong (sederhana besar) dan di cuci bersih


Rempah NASI MANDY ARABIKA (Guna separuh jer)

2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
Garam secukup rasa


Caranya:

  • Gaul rata ayam dengan rempah nasi mandy arabica dan perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. 
  • Balutkan ayam dengan aluminium foil
  • Bakar ayam tersebut  pada suhu 250'c selama 1jam. 
  • Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Nasi

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar butter
4 1/2 cawan air atau secukupnya


1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus 
1/3 cwn kismis 
Rempah nasi mandy arabica (separuh lagi yang tinggal)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:

  • Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau. 
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  • Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan foil. 
  • Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. 
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
 

5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris 
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 
Garam 
Gula 
Perahan lemon. 

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.



Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit




Cara penyediaan:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


No comments:

Post a Comment

Comment please..