Tuesday, January 31

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum...

Semalam semangat nak men'donut' datang so balik kerja terus turun ke dapur.. Klu hari rajin tu tak boleh kata apa... Tak fikir pun penat balik kerja..janji dapat tunai nak membaking tu.. Baru rasa puas hati.. 

Donut ubi keledek ni memang gebus dan sedap... Pendek kata puas hati berpenat lelah pun.. Donut yang zue buat ni dah digoreng separuh masak semalam kemudian pagi ni goreng lagi sampai masak untuk bekal anak dan zue sendiri ke opis... Masih lagi sedap..tapi jangan dibiarkan agak lama nanti sedikit lemau.. Goreng balik baru sedap sebab akan rasa sedap bila dimakan panas-panas.

sumber1: Ros Jintan Manis
sumber2: K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu diletak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya :




  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.






  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.






  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.






  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.
  • 8 comments:

    1. donut keledek mmg pojaan ku. dah 2 versi dah saya try donut keledek ni tetap menggebu

      ReplyDelete
    2. weekend baru ni buat donut kentang, lepas ni nak try buat donut keledek pulak.

      ReplyDelete
    3. izah~betul tu...memang gebuss... tp kena makan panas2 br best..

      kak sam~resepi donut ni memang terbaik...

      ReplyDelete
    4. As'salam Zue

      donat keledek ada lagi tak, nak mintak 2 ketul buat kudap2 depan tv ni..lama tak mendonat ni zue :)

      ReplyDelete
    5. Kat Ct~ nanti zue emailkan..huhuhu..

      K.Nor~ Tq..memang sedap..!!

      ReplyDelete
    6. Assalam Zue, terima kasih singgah ke dapur akak....hehehe, sampai tersasul2 nama disebut kat kek belang akak tu...haha

      ReplyDelete
    7. Ala... malunyer..
      sory kak ummi..hehee..next time zue lg perihatin..

      Ahaks malunyer..;(

      ReplyDelete

    Comment please..