Assalamualaikum...
Pagi ni zue nak mengentrykan SOLOK LADA yang zue buat minggu lepas kebetulan ari tu posa ganti yang tak abis lagi.. biasalah last minit punya ganti... Klu posa rasanya semua nak makan. Bukannyer tak der jual SOLOK LADA kat kedai nasi kerabu kelantan tapi saja teringin sangat nak buat. Rasanyer klu buat lagi puas hati kan...
Bahannya:
7-10 biji lada yang saiz besar (zue campur lada merah dan lada hijau)
5 ekor ikan selayang/kembung (zue pakai ikan kembung)
1/2 cm halia ~ tumbuk lumat
2-3 ulas bawang merah
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Caranya:
- Lada dibelah dua dan dibuang bijinya
- Ikan di ambil isinya dan dibuang tulang
- Masukkan isi ikan, bawang dan halia dalam blender kering dan blend sehingga lumat (sekiranya penuh blendkan sedikit-sedikit sehingga habis)
- Keluarkan dari blender sedia digaul bersama kelapa parut, garam dan gula sehingga sebati.
- Ambil lada dan sumbatkan dengan bahan yang digaul rata tadi.
- Kukus sehingga masak (cara zue kukus adalah masukkan cili yang disumbat bahan tadi dalam kuali dan curahkan sedikit pati santan dalam kuali) ~ supaya solok lada sedikit berlemak.
No comments:
Post a Comment
Comment please..