Saturday, July 21

BUAH MELAKA versi colourful

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari pertama umat islam di Malaysia berpuasa.. Alhamdulillah dah nak habis pun sehari kita berpuasa. Jap lagi dah nak berbuka. 1st day berpuasa ni biasalah semangat nak masak tu berkobar-kobar siap ada azam lagi.. tahun ni tak nak beli nak masak jer sebab kalau beli tak tahu kesedapannya macamana ..Pulak tu mesti ader sehari yang tercirit..Almaklumlah ader jugak peniaga yang nak untung lebih so dia orang perangat lauk semalam.. 

Hari ni menu untuk kuih zue buat buah melaka aka ondeh-ondeh tapi versi colourful.. Biar menarik skit.. Ye lah biasa kaler hijau daun pandan jer so tukar skit versi.. ala-ala kaler gitu...
Bahannya:

Tepung pulut 
Gula melaka dipotong dadu
Kelapa parut
Air pandan (blend dari daun pandan )
Pewarna merah/biru dan kuning

Caranya:
  • Tepung pulut dibancuh bersama sedikit air daun pandan/pewarna lain (jangan sampai lembik nanti doh tak berbentuk bulat)
  • Ambil sebesar ibu jari doh tersebut bulatkan dan tekan dengan ibu jari.
  • Masukkan gula melaka yang dipotong halus dan tutup balik adunan tadi
  • Gentelkan berbentuk bulat-bulat
  • Masukkan dalam air panas yang mengelegak tunggu sehingga ia terapung sedia digolekkan dalam kelapa yang digaul sedikit garam halus

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah masih lagi memberi nafas kepada kita untuk merasa Ramadhan pada tahun semoga kita pergunakan ia sebaik mungkin untuk memaksimumkan timbangan pahala yang lebih kali ini.

Zue dan family mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan buat pembaca blog tarabozu2 ni. Harap dimaafkan sekiranya ada kekilafan disepanjang penulisan didalam blog ini.

Salam Ramadhan 1433 dan selamat berterawih jua.

Thursday, July 19

KUIH MENGANANG TERENGGANU

Kalau sesiapa ke Terengganu mungkin akan terjumpa kuih ni. Ini adalah kuih tradisi orang Terengganu, tapi jangan silap pulak ada kuih seperti ini yang hampir sama iaitu kuih bakar. 

Terdapat 3 jenis kuih menganan iaitu kuih menganang beras, kuih menganang telur dan kuih menganang kacang. Rasa kuih menganang telur adalah seperti kuih akok cuma bentuknya dalah lebih besar. 
Beza kuih menganang dan kuih bakar pula ialah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar yang rasanya kurang lemak sedikit berbanding kuih menganang.
Bahannya:

8 biji telur
2 cawan gula
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan pati santan
1 cawan air
Caranya:
  • Telur dipecah dan dipukul bersama gula sehingga sebati 
  • Masukkan santan kemudian dikacau perlahan-lahan
  • Setelah itu baru masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati.
  • Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  • Tapis kesemuanya dengan kain nipis yang jarang.
  • Siapkan acuan dan masukkan adunan tadi ke dalamnya lebih kurang 3/4 daripada acuan
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.

Sunday, July 15

BREADCRUMB @ SERBUK ROTI

Assalamualaikum...

Selamat malam.. sebelum tido zue nak share resepi serbuk roti atau breadcrumb yang pernah ditanya oleh salah sorang pembaca blog tarabozu ni.. Actually serbuk roti boleh didapati di kedai bakery dengan harga yang murah dan banyak. Dan bagi sesiapa yang ingin mencuba buat sendiri boleh try resepi ni.
Bahannya:

Roti keping (yang dekat nak expired pun boleh)

Caranya:
  • Roti dimasukkan dalam oven atau toaster dan panaskan sehingga garing (bukan hangit tau)
  • Masukkan dalam pengisar kering dan blend sehingga lumat
  • Masukkan kembali dalam oven dan panaskan lagi selama 1-2 minit.
  • Sedia digunakan

Monday, July 9

BISKUT BATEK BISKUT MARIE

Assalamualaikum..

Selamat Pagi. Bestnyer tido kalau hujan-hujan gini.. Pagi tadi tak delah nampak tanda-tanda nak hujan tetiba jer hujan lak... Ermm nak kuar lunch camna ni yer... perut lapar tapi nak kuar cari makan almaklum ler basah-basah gini..

Memandangkan semalam terfikir nak buat projek membaking so resepi yang jadi pilihan dan yang duk lipat elok di peti ais adalah KEK BATIK BISKUT MARIE. Actually sebelum zue buat resepi ni zue buat ler research dalam 4-5 resepi yang sama sebab zue nak pilih resepi yang mudah tanpa perlu kos yang banyak dan lagi baik semua bahan dah sedia ada didapur. Cuma kali ni zue terpaksa guna biskut marie kaler coklat.

Resepi yang menjadi pilihan adalah resepi dari dapur CMG ni.. 

KEK BATIK BISKUT MARIE
Sumber: CMG 

BAHAN-BAHANNYA :

250 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur gred A (dipukul sedikit)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARANYA:
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  • Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  • Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.


Bahagian atas tu Zue blend halus biskut marie.



Saturday, July 7

SOSEJ ROLL


Assalamualaikum..
Tak terlambat untuk zue ucapkan selamat pagi. Almaklum pagi yang lewat buat bekpas. Biasa hari kerja bangun awal. Hari cuti mesti nak sambung balik tido lepas solat subuh.. Qada untuk 5 hari katanya...huhuu.  

Hari ni hari mengemas rumah dan memasak so jap lagi nak settlekan apa yang patut dibuat sebagai seorang suru rumah berkerjaya. Pastu nak ajak en hubby ronda KL .. Ermm gi jenjalan kat ikea pun best gak bukan nak shopping pun tapi cuci mata katernyer walhal nanti ader jual satu or dua barang melekat.. 

Jom kita tengok sarapan zue ngan family pagi ni...

Sosej Roll
Sumber: Potret Kasih

6 keping sosej ( ayam atau daging)

1 biji telur besar 

3 sudu besar serbuk Roti

sedikit garam

Cara membuatnya
  • Pukul telur dengan sedikit garam hingga sebati.
  • Letak sosej di atas roti kemudian gulung. Gamkan hujungnya dengan sedikit telur yang di pukul tadi.
  • Celupkan roti kedalam telur, kemudian lumurkan pula dengan serbuk roti.
  • Goreng kedalam minyak hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos cili.

Thursday, July 5

PUDING CAREMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum..
Selamat menyambut 1 Syaaban.. Agak-agak nak buka puasa dengan apa petang.. Apakata buat dessert PUDING CAREMEL TANPA TELUR. Memang sedap. Actually resepi ni ala-ala puding yang diubahsuai daripada karemel. Rasa nya memang sedap terutama makan sejuk-sejuk. Rasa sejuk jer anak tekak.
Sumber: Myresepi

Bahan A

2 senduk gula
1/2 cawan air
Bahan B

1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
Bahan C

1 tin susu cair
2 sb tepung kastad
1 st esen vanila
**Campurkan kesemua bahan C
Caranya:
  • Gula dihanguskan untuk dibuat karemel
  • Bahan B didihkan dalam periuk
  • Sambil kecilkan api, masukkan bahan C
  • Kacau rata selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi likat dan pekat
  • Api dimatikan dan sedia menuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus
  • Bekukan sebentar dan sedia dihidang sejuk-sejuk


** Disebabkan karemel yang dibuat masa mula-mula tadi agak bercambur dengan bahan C, so zue hanguskan sekali lagi gula (ikut bahan A) dan tuang semula pada puding yang dah siap beku (untuk menghasilkan air karemel)

Sunday, July 1

OH MY PAVLOVA..!

Auu Chak..! Oh My Pavlova....!Again..

Betul-betul tak puas makan pavlova ni. Ari tu pergi rumah adik ipar dia ader order sebijik pavlova dengan harga rm50... Alamak.. mahal jugak rupanyer harga untuk sebijik pavlova ni. Kalu kira kosnyer tak der lah mahal sangat..just guna putih telur.. atau mungkin buah strawbery dan buah kiwi tu yang mahal dan juga whipping cream. Tapi boleh buat banyak jugak pavlova ni bagi menghabiskan buah-buahan ni.. mungkin dalam 3 bijik pavlova..kut!
Dah banyak kali zue buat guna resepinya disini... Nak taip lagi ke?..Errrmmm.. malasnyer... Okey lah..Zue share lagi ..dan lagi...^__^
PAVLOVA

Bahannya:
4 biji putih telur (suhu bilik)
3/4 cawan gula castor
1/2 st esen vanila
1/2 st cuka masakan
1 sb tepung jagung

Caranya : 




  • Panaskan oven pada kadar 140'c dengan api bawah saja.
  • Bila start masak turunkan suhu pada kadar 120-100'c.
  • Asingkan kuning dan putih telur dan ambik yang putih jer
  • Putar putih telur pada kelajuan paling tinggi sehingga menjadi gebu (soft peaks)
  • nak tau soft peaks tu camna, terbalikkan mangkuk dan putih telur tu tak jatuh
  • Dengan kelajuan paling tinggi juga masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan tahap maxima
  • Putar sehingga kental sambil masukkan 1 sudu besar tepung jagung dalam adunan tersebut dan putar lagi selama 3 minit.
  • Bila dah sebati stopkan.
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Kaup balikkan adunan tersebut dengan cara satu hala sehingga sebati.





  • Sediakan baking paper dalam dulang yang dah dibulatkan dengan pensil dan sedia tuang adunan ke atasnya mengikut bulatan tersebut.
  • Jangan tuang terlalu tebal dan terlalu nipis dan buat ala-ala benteng gitu (keliling lebih tinggi daripada di bahagian tengah)
  • Masukkan dibahagian tengah rak dan sedia dibakar selama 1 jam 15 minit suhu selama 120 - 100 'c.
  • Proses pembakaran bergantung pada oven masing-masing
  • Nak tau pavlova kita dah masak, kulitnya garing diluar dan lembut didalam. 
  • Dalam proses pembakaran jangan gatal-gatal nak buka oven tau.
  • Bila dah cukup waktunya jangan dikeluarkan terus pavlova dari oven, biarkan seketika dalam oven sambil pintu direnggangkan
  • Untuk mengelakkan pavlova crack@merekah, biarkan ia seketika dalam oven selama 10 minit.
  • Sejukkan dan sedia diletakkan whipping cream yang dah diputar hingga kental dan juga buah-buahan yang siap dipotong.
  • Buah-buahan tadi sedia dihias atas whipping cream.