Assalamualaikum...
Selamat petang..
Zue baru je balik daripada bercuti di Terengganu. Sebelum balik, singgah pasar borong gi beli laksa sebab plan nak buat laksa memandangkan zue still lagi bercuti. Beli laksa 2 kilo. Satu kilo harganya rm3.50. Pastu beli lak ulaman yang susah nak dapat diKL macam ulam daun serai kayu. Kebetulan ternampak lak kobis yang dah dipotong separuh yang dijual dengan harga rm1. Agak murahkan... Memang rabun mata rasa cam nak beli semua sekali...
Hari ni terus jer turun dapur untuk buat laksa Terengganu. Actually laksa Terengganu ada dua jenis kuah. Satu kuah putih (yang macam kuah laksam) dan satu lagi kuah merah. Zue lebih suka makan kuah merah. Pastu kalau makan zue akan letak seketul belacan..Rasanyer memang perhh... terangkat.. tapi siaplah lepas tu.. carilah ubat untuk resdung dan kecutkan jerawat. Sedap punya pasal sampai lupa akibatnyer.. hehehee...
Ini adalah kali kedua zue buatkan laksa terengganu DI SINI. Sebelum ni zue buat versi laksa terengganu yang letak gula kali ni zue letak gula melaka atau nisan.
Antara perkara yang harus zue beli untuk bekalan kat sini ialah Rempah Gulai dan Rempah Masak cap bunga ros. Kat KL tak de jual so beli untuk stok punyalah banyak. Dalam masakan terengganu memang menggunakan rempah cap bunga ros ni terutama nasi dagang dan juga laksa terengganu.
Untuk resepi ni actually zue main campak-campak jer dan tak der sukatan yang sebenar melainkan untuk rempah, rempah gula perlu lebih banyak daripada rempah masak contohnyer rempah masak 2 sb tapi rempah gulai 3sb.
Untuk resepi ni actually zue main campak-campak jer dan tak der sukatan yang sebenar melainkan untuk rempah, rempah gula perlu lebih banyak daripada rempah masak contohnyer rempah masak 2 sb tapi rempah gulai 3sb.
LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH
Bahannya:
Laksa putih
Ulaman:
daun serai kayu
timun
kobis
taugeh
kacang panjang
**tertakluk pada selera masing-masing
**diracik dan dipotong kecil-kecil
Bahan untuk kuah:
Ikan direbus dan ditumbuk/diblender (Zue tumbuk saja)
santan
kerisik
cili boh atau lada giling
Rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros
Rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros
belacan
garam
gula melaka atau nisan
air rebusan ikan
air secukupnya
Bahan yang diblender
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas hidup
kunyit hidup
- Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
- Ambik isi saja dan tumbuk sehingga hancur
- Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi
- Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati
- Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan
- Masak sehingga pecah minyak
- Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.
Assalamualaikum puan
ReplyDeleteSaya Nur dari syarikat pengeluar Rempah Cap Bunga Rose :)
Saya ingin memohon izin dan jasa baik puan untuk menggunakan gambar rempah Cap bunga Rose dari blog puan untuk digunakan pada brochure resepi percuma kami.
maklum balas dari puan amat saya hargai. terima kasih :)
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca blog saya dan Saya amat menghargai permintan pihak puan menggunakan gambar rempah Cap bunga Rose dan saya izinkan penggunaanya. :)
Assalamualaikum
ReplyDeleteDi KL mana saya blh dpt rempah gulai cap rose ni...tkasih
Wslm... X pastilah kalau kat kl ni.. Sbb tak pernah nampak lg dijual kat sini
ReplyDeleteWslm... X pastilah kalau kat kl ni.. Sbb tak pernah nampak lg dijual kat sini
ReplyDelete