Assalamualaikum...
Virus SHELL OUT dah melanda dunia masakan. Apalagi nak ambil peluang untuk cuba membuatlah. Hasilnya sangat lumayan. Semua sea food akak beli dengan harga rm50. Boleh makan 5 orang (2 dewasa, 3 kanak-kanak) siap terlebih-lebih lagi. Puas makan kat rumah.
Anak-anak sangat seronok cara makan yang bertebaran atas meja gitu. Tanpa pinggan mangkuk. Siap bertambah-tambah and pesan lain kali buat lagilah mama...sedapp.. Bangga sekejap sebagai seorang ibu dapat puaskan hati anak. Alhamdulillah suami pun suka.
Kerang sambal
Bawang putih
Bawang merah
Cili boh
Sos tiram, sos tomato
Gula
Garam
Bahannya:
Sotong
Bawang merah, bwg putih, halia, cili kering, serbuk kunyit, garam dan gula, sos bbq dan sos tiram
Bawang putih
Bawang merah
Cili boh
Sos tiram, sos tomato
Gula
Garam
Bahannya:
- Panaskan minyak, tumis bawang bersama cili boh, sos tiram dan sos tomato.
- Kemudian perasakan gula dan garam
Sotong
Bawang merah, bwg putih, halia, cili kering, serbuk kunyit, garam dan gula, sos bbq dan sos tiram
- Gaulkan kunyit bersama garam dan perapkan.
- Tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia bersama cili kering.
- Masukkan dalam pemanggang ajaib untuk masak.
- Bila agak kering boleh diangkat.
Ketam
4-5 ekor ketam dibersihkan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sb cili boh
1 inci halia
2 sb rempah kari ikan
2 sb sos tomato
1 biji telur
2 sb butter
garam gula secukup rasa. Kunyit, lada sulah untuk perasakan ketam
sedikit air
caranya
- Bersihkan ketam dan buang insang. Perasakan ketam dengan kunyit/garam dan lada sulah.
- Panaskan minyak dan goreng sebentar (jgn terlalu lama) untuk masakkan isinya saja.
- Tumiskan menggunakan minyak tadi dan masukkan sedikit butter dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dimesin. masukkan cili bila agak garing.
- Bila dah naik minyak, masukkan rempah ikan dan tambah air. Masukkan sos tomato dan perasakan dengan gula dan garam.
- Pecahkan telur dan kacau rata.
- Masukkan ketam dan gaulrata
Udang
saya buat ala-ala butterprawn ( resepi yang sama dengan ketam ) cuma masukkan daun kari dan susu cair semasa menumis bahan tadi.
sayur
Jagung dan Brokoli
- rebuskan jagung dan brokoli dan perasakan sedikit butter dan garam secukup rasa
Lepas makan banyak-banyak kita cuci perut lak..
AIR SODA HERBS
Sebiji lemon
2-3 batang serai
50 gm daun pudina
laici tin
asam boi
ais batu
ais krim sodabikarbonat
Caranya:
- Potong limau nipis-nipis dan masukkan serai (pecahkan serai) ke dlm air soda dan bersama air laici kedalam jug.
- Masukkan juga asam boi dan kacau rata.
- Masukkan ais dan boleh dituang dlm cawan
No comments:
Post a Comment
Comment please..