Saturday, September 22

BUNGA ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Assalamualaikum...

Dah dua minggu tak up date blog sebab kesibukan melanda dengan tugas harian bercampur pulak dengan line tenet slow cam siput.. Last2 zue putus angin nak upload... Kebetulan petang ni line ok jugak terus jer masuk entry yang dibuat minggu lepas.

Kebetulan minggu lepas member order kek coklat untuk besday adiknya. Dia mintak buat bunga ros daripada coklat ganache.. Ermmm... camtu yer.. tak pernah buat tapi elok jugak dicuba. So godek-godek dalam mr google jumpalah resepi ni...


ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Sumber: zachoe  

Bahannya:

120gm coklat masakan (Dark coklat)
100gm fresh cream/whipping cream (Zue guna jenama pride)

Caranya:
  • Masukkan coklat yang dihiris nipis dalam bekas tahan panas dan masukkan bersama whipping cream
  • Cairkan coklat bersama whipping cream secara double boiler (dalam bekas berisi air yang mendidih)
  • Tutup api dan kacau sehingga sebati.


  • Sejukkan pada suhu paling kurang 1 jam atau semalaman. Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti ais paling kurang 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan dengan guna speed sederhana putar ganache dari coklat gelap kepada coklat cair.
  • Boleh terus guna atau simpan dalam peti ais (freezer). Tahan lebih daripada sebulan.
  • Kalau ganache mula cair masa piping, simpan sekejap dalam peti ais untuk mengeraskan.
  • Sebaiknya buat ganache sehari sebelum melepa kek. Sebab ganache akan lebih likat bila berada dalam peti ais semalaman.



INFO TAMBAHAN:

 Ganache pada keadaan cecair begini boleh digunakan untuk dituang atas kek yang telah disapu dengan fresh cream atau buttercream. Tunggu dia suam sedikit baru dituang atas kek. Adunan boleh digandakan untuk kek 1kg (saiz 8" ke atas). Untuk ganache yang lebih licin dan berkilat, boleh tambah 1 sudu butter. 

4 comments:

Anna Qawina said...

aslmkm zue..akk pon tringin nk bt tp nk bt roses x reti..hehe..
bila dah ltk ats kek n dlvry..x melt n runtuh ke roses tu?
apapon tq share

Junie Octovian said...

Assalamualaikum...
Cantik ros dari coklat ganache tu.Mungkin boleh digantikan dgn coklat masakan putih dan diletak pewarna merah jika inginkan ros merah, kan?
Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi.

..::Zue::.. said...

@Anna Qawina
w/slm akk.. klu dlvry yang dekat2 tu boleh lah.. tp kalau jauh yg ambik ms berjam2 tu mungkin akan melt..

@Junie Octovian..
Yup... good idea...nanti leh try ler..

Mayang ABDUL RAZAK said...

salam kenal ... cantiknya bunga coklat tu..

 

Designed By Izza sakura