Sunday, December 30

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Selamat Malam..
Tetiba rajin lak nak mengentry resepi yang dah dibuat minggu lepas. 

Dah lama tergoda tengok Japanese crispy cream puff kak Azlita Masam Manis sebab ia mekar cam bunga ros.. Perhh.. Tapi Zue buat takdelah mekar sangat sebab piping adunan cream puff tak banyak sangat. Kalau pipingkan ia dengan banyak secara meninggi memang cantek cam kak ita punya. Actually zue suka yang comel lote dan kiut miut ni so tu yang piping kecik-kecik..

Mata dah ngantuk esok nak gi kerja so jom layan resepi ni...

Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula ising
1/3 cwn tepung gandum
1/2 st baiking powder

Caranya:
  • Cairkan butter
  • Ayakkan tepung gandum dan gula ising
  • Bila butter dah cair, masukkan tepung gandum dan gula aising yang diayak tadi
  • Segera kacau sehingga sebati
  • Tutup doh dengan plastik untuk mengelakkan kering
Krim Kastad

Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sb tepung kastad/tepung jagung
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 st esen vanila
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream (Zue tak letak sbb kehabisan stok)

Caranya:
  • Tepung diayak terlebih dahulu
  • Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
  • Dan masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan baki susu, secubit garam dan esen vanila
  • Kacau rata
  • Panaskan atas dapur dengan api yang agak sederhana sehingga adunan menjadi pekat
  • Kacau selalu untuk elakkan ia menjadi kerak dan hangit
  • Tambah butter dan kacau sehingga licin dan berkilat
  • Sejukkan

Puff Pastry

Bahannya:

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ di ayak
5 biji telur ~ zue guna gred B
1/4 st garam
1 st gula ~ tak letak pun tak per

Caranya:
  • Dalam satu periuk kecik, satukan butter bersama garam, gula dan air
  • Panaskan atas dapur sehingga mendidih dan tutup api.
  • Dengan segera tuangkan tepung yang di ayak tadi
  • Kacau dengan menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh yang lembut
  • Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau sehingga dasar periuk terbentuk kepingan nipis
  • Tutup api dan masukkan telur~telur dipukul dahulu
  • Kacau telur sedikit-sedikit sehingga adunan menjadi licin dan sebati
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag
  • Jika ada nozle boleh letak atau potong saja bucunya
  • Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun
  • Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
  • Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
  • Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 

  • Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
  • Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
  • Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
  • Sediakan dulang pembakar
  • Lapik dulang dengan baking paper 
  • Paipkan adunan atas dulang pembakar 
  • Biarkan ia agak meninggi sedikit dan jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda 
  • Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya dengan segera masukkan ke dalam oven 
  • Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan 
  • Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.
  • Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk. 

Sunday, December 2

CHEESE KEK MUDAH


Assalamualaikum..

Rasanyer dah lama zue tak berbloging. Almaklumlah kesibukan cuti sekolah bawa anak berjalan-jalan pastu balik kampung dikedua belah Penang dan Terengganu. Hari ni kebetulan tengah free terus je membaking cheese ni pastu terus upload. Kalau tanguhkan lagi comform simpan tak tau bila lak tahap kerajinan nak datang.

Rasanyer dah lama tak mengecheese ni. Hari tu kebetulan pergi kat Cameron Highland makan cheese kek. Rasanyer memang sedap tu yang balik terus try resepi yang seakan dengannyer. Tapi still tak puas hati rasa tak sama ngan yang makan hari tu...Errrmmm... kena try lagi ni..

Apa-apa pun kita layan cheese kek yang amat mudah ni..
Bahannya:

250gm cream cheese
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sb tepung gandum
1 st esen vanila
1 cawan yogurt perisa plain
1 cawan biskut digesstive
3 sb mentega
Caranya:

     (A)
  • Pukul cream cheese, gula dan yogurt sehingga sebati dan kembang.
  • Masukkan telur sebiji dan sebiji sambil pukul dan masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.

      (B)
  • Cairkan mentega dan sejukkan
  • Hancurkan biskut dan masukkan dalam mentega cair kemudian gaul sehingga sebati dan juga sehingga boleh dikepal
  • Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan dan tuang adunan cheese tadi.
  • Bakar cara steambath selama 50-60 minit atau sehingga masak dalam oven 170 degree.
  • Jangan lupa tutup dengan aluminium foil untuk elakkan kek daripada merekah.
  • Dah masak sejukkan dan masukkan dalam peti ais sebelum makan.

Untuk hiasan atas zue masakkan jem strawberry dan letakkan strawberry dan blueberry.

Saturday, November 17

LEPAT PISANG INTI KELEDEK BERSAGU


Assalamualaikum..

Selamat Malam.. Petang tadi teringin teringin benor nak buat Lepat pisang yang ader keledek sebab balik kampung baru ni tengok orang jual keledek 3 tompok rm5.. Punyalah murah.. Apa lagi terus beli. Sekarang duk fikir menu yang berasaskan keledek lak sebab nak habiskan stok yang banyak ni..(tamak sangat lak rasenyer)

Tetiba teringat lak kat lepat pisang yang ada inti keledek. Alhamdulillah jadi jugak walhal ni pestime buatnyer... ^__^

LEPAT PISANG

Bahannya:

300gm pisang berangan
100gm ubi keledek yang dipotong kiub2
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan kelapa parut muda
2 cubit garam
1/3 cawan air gula merah (3 sb gula merah + 1/3 air masak)

Caranya:
  • Lenyek pisang bersama gula pasir sehingga hancur.
  • Masukkan tepung gandum, gula merah, kelapa muda dan sagu.
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan keledek yang dipotong kiub2 tadi.
  • Lastly masukkan santan dan kacau sehingga sebati
  • Layurkan daun pisang
  • Sedia diletakkan dalam 2 sb dan sedia dibungkus
  • Kukus sehingga masak.



Cara melipat daun pisang seperti di bawah:


Jemput makan.. ^__^

Friday, November 16

LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH versi 2


Assalamualaikum...

Selamat petang..
Zue baru je balik daripada bercuti di Terengganu. Sebelum balik, singgah pasar borong gi beli laksa sebab plan nak buat laksa memandangkan zue still lagi bercuti. Beli laksa 2 kilo. Satu kilo harganya rm3.50. Pastu beli lak ulaman yang susah nak dapat diKL macam ulam daun serai kayu. Kebetulan ternampak lak kobis yang dah dipotong separuh yang dijual dengan harga rm1. Agak murahkan... Memang rabun mata rasa cam nak beli semua sekali... 

Hari ni terus jer turun dapur untuk buat laksa Terengganu. Actually laksa Terengganu ada dua jenis kuah. Satu kuah putih (yang macam kuah laksam) dan satu lagi kuah merah. Zue lebih suka makan kuah merah. Pastu kalau makan zue akan letak seketul belacan..Rasanyer memang perhh... terangkat.. tapi siaplah lepas tu.. carilah ubat untuk resdung dan kecutkan jerawat. Sedap punya pasal sampai lupa akibatnyer.. hehehee...

Ini adalah kali kedua zue buatkan laksa terengganu DI SINI. Sebelum ni zue buat versi laksa terengganu yang letak gula kali ni zue letak gula melaka atau nisan.





Antara perkara yang harus zue beli untuk bekalan kat sini ialah Rempah Gulai dan Rempah Masak cap bunga ros. Kat KL tak de jual so beli untuk stok punyalah banyak. Dalam masakan terengganu memang menggunakan rempah cap bunga ros ni terutama nasi dagang dan juga laksa terengganu.

Untuk resepi ni actually zue main campak-campak jer dan tak der sukatan yang sebenar melainkan untuk rempah, rempah gula perlu lebih banyak daripada rempah masak contohnyer rempah masak 2 sb tapi rempah gulai 3sb.
LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH

Bahannya:

Laksa putih

Ulaman:

daun serai kayu
timun
kobis
taugeh
kacang panjang
**tertakluk pada selera masing-masing
**diracik dan dipotong kecil-kecil
Bahan untuk kuah:

Ikan direbus dan ditumbuk/diblender (Zue tumbuk saja)
santan
kerisik
cili boh atau lada giling
Rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros
belacan
garam
gula melaka atau nisan
air rebusan ikan
air secukupnya

Bahan yang diblender

bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas hidup
kunyit hidup

Caranya:

  • Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
  • Ambik isi saja dan tumbuk sehingga hancur
  • Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan masukkan cili boh/cili giling dan kacau lagi
  • Kemudian masukkan rempah masak dan rempah gulai cap bunga ros dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka, air rebusan ikan dan santan 
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Sedia dimakan bersama laksa dan ulaman.

Monday, November 12

COKLAT MOIST CUP CAKES


Assalamualaikum..

Happy Depavali buat penganut beragama hindu. 

Minggu lepas Zue dapat tempahan untuk member bertunang semperna 10/11/12. Memang cantek tarikh tukan?.. Tapi Zue suka lagi tarikh 12/12/12.. Mesti ramai yang pilih tarikh tu untuk buat majlis bersejarah..

Untuk resepi cup cakes Zue akan gunakan resepi DI SINI. Actually ni adalah resepi kek coklat moist tapi zue buat untuk cup cakes. Sebab customer zue amat suka cup cakes coklat moist ni. Ia amat gebu dan lembut.
Bagi membuat buttercream, Zue akan gunakan resepi         DI SINI
Resepi buttercream ini juga akan terbentuk bunga yang cantik dan ia tak menggunakan gula aising yang terlalu banyak. Almaklumlah.. kalau banyak gula aising, kita perlu pukul sampai gula betul-betul hancur kalau tak hancur akan terasa gigitan gula apabila makan cup cakes tersebut.. Ermm.. memang tak best..

Zue guna dua kaler iaitu kaler merah dan kaler putih masa memasukkan buttercream di dalam plastik sebelum memipingkan bunga ros.
Tutorial bagi membentuk bunga ros adalah DI SINI.

Thursday, November 1

HOKAIDO CUPCAKES

Assalamualaikum...

Dah lama nak buat HOKAIDO CUPCAKES. Hari ni terlaksana jugak akhirnya... Orang lain dah sampai ke bulan. Zue baru bertatih.. tak per lah biar lambat asalkan buat...

Actually rasa hokaido cupcakes ni amatlah sedap sebab ia gebu ala-ala kek chiffon. Tambah lak filling dalamnyer ader kastad..Perrhhh... terbaiklah. Actually kat kedai kek harga untuk sebiji cup cakes ni memang mahal. Tapi berbaloi lagi kalau pandai buat sendiri.
HOKKAIDO CUPCAKES

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

  • Panaskan oven pada suhu 170 C
  • Sediakan mangkuk kertas cup cake yang keras
  • Atau boleh juga gunakan cawan muffin
  • Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder.
  • Kemudian di ayak 3 kali
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
  • Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
  • Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rataDalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
  • Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
  • Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
  • Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
  • Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
  • Tuangkan adunan dalam cawan kertas anggaran 80% penuh
  • Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
  • Keluarkan dari oven bila cup kek masak
  • Biarkan kek sejuk
  • Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling  dengan menggunakan pipping bag.



CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega  
1 sudu teh esen vanila 


  • Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.  
  • Masukkan 1-2 sudu besar susu. 
  • Kacau rata jangan ada yang berketul2 
  • Masukkan telur dan kacau lagi.  
  • Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  • Masak sehingga pekat dengan api yg sederhana.
  • Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.  
  • Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Monday, October 29

CREPE DURIAN




Assalamualaikum...

Selamat Malam. Sebelum balik bercuti Raya Haji lepas, Zue ader buatkan CREPE DURIAN untuk bawa buah tangan buat mertua dan keluarga sebelah suami di Penang. Alhamdulillah jadi cantek dan elok jer. Yang bestnyer rasanya memang sedap. Sampaikan kejap-kejap buka peti ais ambik sebijik sebijik untuk makan. Sapa yang tak cuba lagi memang rugi kalau tak buat... 

DURIAN CREPE 


2 sb tepung pau
2 sb tepung naik sendiri
2 sb tepung kentang
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
2 sb tepung ubi kayu
2 biji kuning telur 
1 ½ sb gula castor
½ tin susu cair
Air
3 sb mentega dicairkan
Sedikit esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau dan kuning
**untuk warna kuning letakkan pewarna kuning dan perisa jagung



Caranya:

  • Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan tambahkan air sehingga 1 inci hamper memenuhi blander
  • Kisar rata dan simpan dalam peti ais selama 1 jam
  • Selepas 1 jam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna dan kisar lagi sehingga rata.
  • Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat 
  • Panaskan hingga kuali benar-benar panas 
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali 
  • Kemudian kecilkan api 
  • Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe (buat adunan yang nipis)
  • Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat 
  • Buat sehingga habis 
  • Biarkan sejuk.
Durian Filling 

1 cawan Non dairy Whipping Cream 
Isi durian secukupnya

Caranya:
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. 
  • Lumatkan sedikit

Sunday, October 21

MAGGIE KETAM


Assalamualaikum...

Hujan kat luar ni bestnyer kalau dapat makan maggie kan?.. Apa kata try buat maggie yang lain daripada lain.. Yer lah duk asyik rebus atau letak ayam jer... Try lak letak ketam.. Comform terangkat... Kalau tak caye try lah.. Dulu just dengar nama jer pastu bila dah buat sendiri...Errrmmm... memang puas hati. Lain daripada yang lain..
Bahannya:

1 peket maggi kari 
1 ekor ketam (belah 2) 
s sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 ulas bawang putih 
1 cm halia (dicincang) 
1 biji bawang merah (dihiris) 
Segenggam sayur sawi (potong pendek) 
Sedikit daun sup (potong pendek) 
1 sd teh serbuk sup 
1 batang serai (diketuk) 
2 cawan air 

Caranya:

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi 
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan ketam, serai, serbuk sup, serbuk kari maggi dan 2 cawan air
  • Biarkan mendidih sehingga ketam masak (jika kurang air, boleh tambah)
  • Bila ketam dah masak, masukkan maggi dan sawi 
  • Kacau rata sehingga maggi kembang 
  • Hidangkan bersama hirisan daun bawang/cili merah.
  • ** Nak letak telur pun best jugak..

Thursday, October 18

JUS NENAS

Assalamualaikum...

Pernah minum jus nenas?. Jus nenas adalah minuman yang amat sedap antara banyak-banyak jus. Kenapa yer.. Sebab ia cukup dengan rasa masam dan manisnyer. 

Kalau bagi zue minum segelas memang tak akan cukup. Sekurang-kurangnya 4-5 gelas.. Itu pun rasa cam masih lagi tak cukup. Sesetengah orang mungkin akan tapis dulu hampasnyer tapi Zue suka minum sekali dengan hampasnya.


Jus nenas memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah ia mengandungi vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembut daging). Dan ia mengandungi asid sitrik untuk menghilangkan lemak dan dapat menguruskan badan sekiranya di amalkan selalu.

Dari segi perubatan pula, buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Manakala air nenas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut tetapi ia tak sesuai untuk ibu yang mengandung. 

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. 

  Jus nanas juga dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Bahannya:

Nenas
Gula
Air
Ais batu
   ***Mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri

Caranya:
  • Masukkakn kesemua dalam blender.
  • Blend sehingga hancur.
  • Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
  • Masukkan ais batu dan sedia diminum sejuk-sejuk

Agak-agak tergoda tak yer?....

Monday, October 15

AISKRIM GORENG


Assalamualaikum..

Dah Lunch? Pernah makan aiskrim goreng tak?. Dulu mula-mula keluar kat Kuala Terengganu memang glamer siap masuk tv lagi. Sekarang dah dah banyak tempat ader jual. Ari tu zue beli kat pasar malam dijual rm2.50 sebiji. Mahal gak tu.. Walhal buat sendiri kosnyer lagi murah. Actually kebanyakkan aiskrim goreng ni asalnyer takdelah disalut dengan breadcrumb sajer zue jer nak salut.. Bagi cantik dan bila makan tu agak-agak terasa sedikit ranggup dihujung-hujung gitu..
Bahannya:

Roti keping
Aiskrim
serbuk roti atau breadcrumb
Putih telur 
Caranya:
  • Masukkan satu atau dua scop atas sekeping roti.
  • Kemudian tutup dengan sekeping roti lain. (Macam sandwich)
  • Pastikan dua roti ni bercantum untuk memudahkan proses memotongnya menjadi bulat.
  • Zue potong menggunakan cawan untuk dapatkan saiz yang sama. (tekan dengan kuat sehingga putus)
  • Kemaskan dihujung-hujung roti tadi untuk mengelakkan aiskrim tadi bocor semasa menggoreng.
  • Masukkan dalam plastik kecil dan sedia disimpan dalam peti ais bahagian freezer dengan minima semalaman.
  • Dah cukup semalaman sedia digoreng. 
  • Sebelum digoreng, salutkan putih telur dan golekkan dalam serbuk roti atau breadcrumb.
  • Pastikan minyak betul-betul panas baru boleh digoreng dan jangan goreng terlalu lama. (Agak-agak jer dah nampak garing boleh diangkat)

 

Designed By Izza sakura