Saturday, May 26

BEHOON SUP UTARA dah mai...

Menu hari ni adalah Meehoon sup utara. Kenapa ia dipanggil utara.. tak panggil pantai timur.. Rasanya sebab kaler dia kuning kut... Kalau pantai timur kaler meehoonnya putih. Resepi campak-campak ni actually zue buat kuahnyer betul-betul kaw dan pekat sebab guna tulang bahagian dada lembu.. Lemak punya lah banyak...Errrmmm....kolestrol tu... sekali sekala tak per kut.. tak pun lepas makan sup ni kata orang berpengalaman terus minum jus limau nipis bagi potong dia punya lemak..
Bahannya:
Bihun yang dicelur dengan air kunyit

Hiasan:
bawang goreng
daun sup
daun bawang
lada hidup
Sup Daging

1kg daging@tulang
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
halia 2cm
sup bunjut adabi
4 sb rempah sup
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
Ubi kentang

Caranya:
  • Rebuskan tulang/daging sehinga betul-betul masak bersama air
  • Masukkan ubi kentang yang dibuang kulit dan dipotong
  • Bila dah empuk/masak, masukkan rempah sup bersama sup bunjut adabi.
  • Masukkan air untuk buatkan kuah sup tersebut
  • Kemudian masukkan bawang putih, halia, bawang besar yang dipotong 4, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga bersama juga garam secukup rasa dan tunggu sehingga mendidih
  • Lastly taburkan daup sup dan daun bawang
**Zue tak tumis memandangkan minyak yang keluar dari tulang tersebut dah banyak

Sambal hitam

20 biji bili padi
2 ulas bawang putih
2 sk cuka
setengah botol kicap manis cap kipas udang
1 sk garam halus
2 potong limau nipis
sedikit air

Caranya:
Masukkan kesemua didalam blender dan blender sehingga lumat.

Tuesday, May 22

MINI PAVLOVA

Selamat Pagi.. 

Salam 1 Rejab... Alhamdulillah zue berpuasa hari ni buat 2 in 1. Puasa ganti sekali pusat sunat bulan Rejab. Jom kita tengok kelebihan berpuasa pada bulan Rejab berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W ...    
     
" Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkanya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnah syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutup pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan pintu syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa tujuk hari dalam bulan Rajab, maka ditutup pintu neraka Jahanam

Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas dari bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatan dengan kebaikan, dan barangsiapa menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."


Puasa pun puasa jugak tapi entry masakan harus diupdate selalu. Pagi ni zue nak share resepi mini pavlova yang dibuat minggu lepas. Whipping cream yang zue letak atas pavlova kurang kental dan agak comot sebab tak sabar nak piping ari tu memandangkan nak kejar cuaca yang dah hampir maghrib untuk ambik gambar so next time kena pukul whiping cream awal-awal dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.

PAVLOVA

Bahannya:

4 biji putih telur (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla 
1/2 sudu teh cuka masakan 
1 sudu besar tepung jagung 


Caranya : 
  • Panaskan oven pada kadar 140'c dengan api bawah saja.
  • Bila start masak turunkan suhu pada kadar 120-100'c.
  • Asingkan kuning dan putih telur dan ambik yang putih jer
  • Putar putih telur pada kelajuan paling tinggi sehingga menjadi gebu (soft peaks)
  • nak tau soft peaks tu camna, terbalikkan mangkuk dan putih telur tu tak jatuh
  • Dengan kelajuan paling tinggi juga masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan tahap maxima
  • Putar sehingga kental sambil masukkan 1 sudu besar tepung jagung dalam adunan tersebut dan putar lagi selama 3 minit.
  • Bila dah sebati stopkan.
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Kaup balikkan adunan tersebut dengan cara satu hala sehingga sebati.
  • Sediakan baking paper dalam dulang bersama paper cup saiz M (zue masukkan dalam acuan tat) dan sedia tuang adunan ke atasnya.
  • Jangan tuang terlalu tebal dan terlalu nipis dan buat ala-ala benteng gitu (keliling lebih tinggi daripada di bahagian tengah)
  • Masukkan dibahagian tengah rak dan sedia dibakar selama 1 jam 15 minit suhu selama 120 - 100 'c.
  • Proses pembakaran bergantung pada oven masing-masing
  • Nak tau pavlova kita dah masak, kulitnya garing diluar dan lembut didalam. 
  • Dalam proses pembakaran jangan gatal-gatal nak buka oven tau.
  • Bila dah cukup waktunya jangan dikeluarkan terus pavlova dari oven, biarkan seketika dalam oven sambil pintu direnggangkan
  • Untuk mengelakkan pavlova crack@merekah, biarkan ia seketika dalam oven selama 10 minit.
Topping/hiasan : 
1 cawan (250 ml ) whipping cream 
  • Zue pakai brand Rich so tak pakai letak gula aising lagi sebab ia sedia manis.

  Cara menghias : 
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental, masuk whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai (tapi zue ni jenis tak sabar so tak letak whiping cream dalam peti ais tu yang topping agak cair)...tak per... janji sedap...
Siyes.... pavlova ni memang sedap tapi jangan terlampau manis.. Gabungan stoberi yang masam tu betul-betul melekat kat hati untuk buat lagi dan lagi...

Saturday, May 19

TRIFFLE DADIH WITH FRUITS COKTAIL

Assalamualaikum...

Selamat Malam. Malam ni zue nak share resepi rekaan sendiri iaitu TRIFFLE DADIH WITH FRUITS COKTAIL. Pesal zue bagi nama panjang lebar gitu...Ikutnya nak tambah fresh fruits tapi takut tergeliat lidah nak sebut so ambik salah satu jer lah.. 

Actually kat opis zue ader makan-makan semperna mother's day.. Nak masak apa.. last2 buat dessert. Kebetulan pergi ke satu kedai runcit tu.. serbuk agar-agar yang siap paking yang tu tak de... terpandang dadih so try ler ganti dadih perisa buah-buahan gantikan dengan serbuk agar-agar..  
Hasilnyer... mabeles... sedap sangat!..rasa masam manis dan gabungan whipping cream gitu.. So delicious terutama lepas kuar dari peti ais..
Bahannya:

Dadih
susu cair
1 tin fruits coctail
kek span/ kek gulung
jem strawberry
whipping cream

Untuk hiasan:
fresh fruits seperti kiwi dan anggur

Caranya:
  • Potong kek gulung/ kek span dan susun pada bahagian dasar kaserol. ~ zue guna kek red velvet yang buat hari tu di sini
  • tuang air fruits coctail
  • letakkan jem strawberry pada keseluruhan bahagian kek tu
  • Masakkan dadih bersama susu cair dan gula yang disediakan dalam plastik dadih tu. (Zue tak tambah gula castor memandangkan ia sudah sedia manis) ~ ikut cara kat belakang plastik dadih tu
  • Tuangkan ke dalam kaserol tadi dan biarkan sehingga sejuk dan mengeras
  • Bila dah sejuk, susun fruits coctail meliputi kesemua dadih tersebut
  • Lastly pukul whipping cream sehingga bertanduk atau kental dan sedia dipiping atas fruits coctail tadi
  • Susun fresh fruits atas whipping cream
  • Sejukkan dalam peti ais seketika sebelum makan

Yang ni versi untuk bawak ke opis .... ^__^

Saturday, May 12

RED VELVET IN THE JAR

 
Assalamualaikum...

Entry di hari cuti ni ialah RED VELVET IN THE JAR. Actually Red Velvet ni adalah lebihan zue buat untuk tempahan dari customer semalam. Saja lebihkan bahan untuk try deco dalam balang. Agak cantik kan.. Dalam banyak-banyak resepi Red Velvet ni Zue lebih suka pakai resepi ni kerana keknya agak lembut dan gebu. Nak buat Red Velvet ni memang mudah tapi kekadang terlebih pukul pun tak boleh jugak. Pernah zue buat Red Velvet ni keknya jadi bantat.. Tak tau lah apa silapnyer. So malam ni zue nak share resepi kek red velvet ni.
RESEPI RED VELVET

Bahannya:-
Langkah 1:
**250gm tepung gandum
**2 sb serbuk koko
**1 st baking powder
**1/2 st baking soda
**1/2 st garam halus
**Diayak dan ketepikan
Langkah 2:
  • 240 susu segar dicampurkan dengan 2 st cuka atau pengganti bagi buttermilk
  • Perap 10 minit dan dicampurkan dengan pewarna makanan. Ketepikan


Langkah 3:
  • Pukul sehingga kembang

150 gm butter pada suhu bilik
100gm gula castor
200gm gula perang
2 biji telur
1 st esen vanila
  • Bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang
  • Masukkan tepung yang di ayak tadi (Langkah 1) berselang seli dengan buttermilk (Langkah 2).
  • Ketepikan.
Langkah 4
  • Campurkan 2 st cuka bersama 1 st soda bikarbonat.
  • Campuran ini akan berbuih-buih dan cepat-cepat masukkan dalam kek yang diketepikan tadi (Langkah 3)
Langkah 5
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.


Resepi untuk cream cheese:

250gm cream cheese
30gm butter
100 gm gula aising
100gm whipping cream
1 st esen vanila

Caranya:
  • Masukkan kesemua didalam satu bekas dan pukul sehingga kembang
  • Sejukkan sebentar dalam peti ais dan sedia mendekonya.



Friday, May 4

KEK KAREMEL COKLAT MOIST

Selamat malam..

Ini adalah projek minggu lepas sebenarnyer tapi kesibukan melanda tak sempat mengupload resepi dan gambarnya sekali. 

Dah lama teringin nak buat KEK KAREMEL COKLAT MOIST ni. Alhamdulillah menjadi jugak sebabnyer kebetulan Zue ke rumah kakak ipar yang buat makan-makan so tak de apa nak bawa.. try ler resepi baru ni.. Hasilnya... memang sedap.. Mula-mula zue ambik seketul.. rasa cam manis melekat kat tekak jer.. Pastu dah tak lalu nak makan. Terus simpan dalam peti ais kemudian bila pergi umah kakak ipar di angkat yang sejuk-sejuk.. Perhhh... memang sedap.. tak de lah terasa manis sangat macam yang mula-mula makan dulu tu... 
BAHAN KARAMEL:
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:
letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Pastikan karamel td memenuhi ruang loyang tu dengan menyengetkan loyang tu masa masak karamel supaya ia tak selonggok kat bahagian tertentu saje.. dah siap ketepikan..

STEP 3:
1/2 tin susu cair
50gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
****kalau nk karamelnye tebal, tambahkan susu cair dan kuning telur

STEP 4:
Kacau perlahan bhn2 kat atas mengunakan whisker atau garpu dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi

STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min ~ ( nak kukus pun boleh aku .. dlm stgh jam)


Sementara tu, siapkan bahan untuk KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

Caranya:
  • Satukan semua bahan dlm periuk
  • kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil kacau hingga sebati, dah sebati, padamkan api dan rehatkan sekejap


BHN B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend (blend jer)

Caranya:
  • satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
  • tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
  • bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak atau bergantung kpd oven masing2 
  • nak kukus pun boleh dlm 1 jam stgh..)
  • Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek 
  • simpan kek dlm peti ais

Monday, April 30

CARROT APPLE CUP CAKE

Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. Jom menambahkan berat badan. Ini adalah resepi yang dicedok atau di copy paste daripada blog kak Azlita. Sebelum daripada tu lagi, Zue dah terliur nak buat bila tengok kat blog... Mesti best rasanyer gabungan apple dan carrot ni... Bila kak Azlita dah buat cup cake ni terus semangat berkobar-kobar lagi. Actually resepi asal kak Azlita ialah  CARROT APPLE JADE CUP CAKE tapi zue tak buat lah jade nyer... just parut carrot jer sebagai penghias atas nya.
Hasilnyer memang mabeles...Sedap sangat tambah pulak  gabungan cream cheesenya tu. Tapi kalau dibiarkan semalaman lagi sedap. Teksturnyer begitu lembut dan gebu. Cubalah buat.. Comform puas hati. Zue pun ikut kak Azlita buat hanya separuh adunan jer. Tapi kalau rasa nak buat sebiji kek pun boleh. 
CARROT APPLE CUP CAKE
By: Naz Can
Rujukan : Yatie

Bahannya:


200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus 
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn  gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak merah ~  diparut
75 gm apple hijau ~  diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm walnut ~ boleh juga guna kacang lain

Caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 170C 
  • Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan 
  • Ayak  tepung bersama  baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. 
  • Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang 
  • Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit. 
  • Masukkan apple, carrot dan kekacang 
  • Gaul rata menggunakan spatula sahaja 
  • Scopkan adunan ke dalam cawan kertas 
  • Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna 
  • Tunggu kek benar-benat sejuk sebelum dihias dengan cream cheese
;
CREAM CHEESE TOPPING
125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Caranya:
  • Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu
  • Masukkan adunan dalam piping bag
  • Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit 
  • Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi
  • Taburkan sedikit dengan parutan carrot 
  • Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

CARROT APPLE CAKE
By: Naz Can
Rujukan : Yatie


2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung~di masak
100gm mentega ~ dicairkan
200gm lobak merah~ diparut
150gm apple hijau~ diparut
30gm hazelnut/walnut

Caranya:-
  • Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. 
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan kesemua bahan lain.
  • Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  • Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. 
  • Tuang adunan.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  • Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.


CREAM CHEESE TOPPING

250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. 
  • Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. 
  • Hias ikut kreativiti masing2. 
  • Dah siap masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

Sunday, April 22

MENDONUT LAGI...


Assalamualaikum...

Kali ni nak men'donut' lagi lah pulak.. Buat donut ni mesti rasa tak puas nak makan terutama kalau ia menjadi elok, gebus dan lembut sangat. Dulu zue pernah buat menggunakan resepi ni DI SINI.. Actually resepi ni zue buat tak delah dapat banyak sangat bersesuaian untuk anak zue yang tak ramai ni..
Bahannya:
1 mangkuk tepung (sukat dengan mangkuk taufu fah panas)
1/2 peket mauripan (dilarutkan dalam air suam) ~ air jgn terlalu banyak
2 st marjerin
2 st susu pekat manis
2 st shortening (x letak pun tak per)
secubit garam (larut dalam air)
**gula castor/ aising ditabur/digolekkan 
                 atau
**coklat masakan ( dicairkan)
**badam goreng (ditaburkan)
l.
Caranya:
  • Campurkan tepung gandum/marjerin/mauripan yang dah dilarutkan/susu manis dan shortening
  • Uli sampai sebati 
  • Masukkan air yang telah dilarut sedikit garam sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat di tangan (kalau terlebih air tambahkan tepung sedikit demi sedikit)
  • Biarkan doh naik (perap lebih kurang 1/2 jam)
  • Uli sekali lagi (untuk buang doh yang naik td)
  • Kemudian bulat-bulatkan untuk menjadi doh yang kecil-kecil
  • Pastikan acuan donut dan dulang disapu tepung gandum untuk mengelakkan donut melekat.
  • Terapkan donut menggunakan acuan untuk mendapatkan saiz yang sama besar
  • Panaskan minyak dengan api yang sederhana kecil.
  • Masakkan donut sehingga ia berwarna perang.
  • Angkat dan toskan.
  • Sedia digolek dalam gula aising/kastor atau dicelup dalam coklat masakan yang dicairkan dan ditabur badam


SEKADAR PANDUAN

1 oz = 25 gm
9 oz = 250 gm
16oz (1 lb) = 450 gm
2 lb 4 oz = 1 kg
1 cawan mentega = 250 gm
1 cawan gula = 250 gm
1 cawan tepung = 125 gm
2 cawan tepung = 250 gm
1 camca kecil/teh = 5 gm