Thursday, July 19

KUIH MENGANANG TERENGGANU

Kalau sesiapa ke Terengganu mungkin akan terjumpa kuih ni. Ini adalah kuih tradisi orang Terengganu, tapi jangan silap pulak ada kuih seperti ini yang hampir sama iaitu kuih bakar. 

Terdapat 3 jenis kuih menganan iaitu kuih menganang beras, kuih menganang telur dan kuih menganang kacang. Rasa kuih menganang telur adalah seperti kuih akok cuma bentuknya dalah lebih besar. 
Beza kuih menganang dan kuih bakar pula ialah kuih menganang rasanya lebih lemak dan manis mungkin kerana terdapat banyak telur dan santan di dalam nya berbanding kuih bakar yang rasanya kurang lemak sedikit berbanding kuih menganang.
Bahannya:

8 biji telur
2 cawan gula
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan pati santan
1 cawan air
Caranya:
  • Telur dipecah dan dipukul bersama gula sehingga sebati 
  • Masukkan santan kemudian dikacau perlahan-lahan
  • Setelah itu baru masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit sampai kesemua adunan tadi sebati.
  • Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  • Tapis kesemuanya dengan kain nipis yang jarang.
  • Siapkan acuan dan masukkan adunan tadi ke dalamnya lebih kurang 3/4 daripada acuan
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.

9 comments:

FARAH deeb said...

Wahh wajib terkonpius dengan kuih bakar nih! Thee.. tapi stakat ni blom lagi jumpe. Caner le rasenya ya. Kalau dah lebih lemak mesti lagi best ek?
My latest Entry :)
Tazkirah #1

Anonymous said...

betul ke 2 cawan tepung kacang hijau..gula masuk bila

..::Zue::.. said...

FARAH deeb~ Yup Ala-ala kuih bakar tapi sangat sedap

..::Zue::.. said...

Anonymous ~ Sori baru perasan, dah baiki resepi tersebut. Tq tolong tegurkan...

Anonymous said...

dah lama cari resepi ni,mintak izin share yer..

Anonymous said...

pakai oven brape darjah n brape lame nak masak

Zue El Razak said...

Budget dalam 45 minit..

Unpirateable said...

Kalau pakai oven brape degree n brape lama?

Zue El Razak said...

30-45 minit bergantung pada oven..

 

Designed By Izza sakura