Sunday, December 30

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Selamat Malam..
Tetiba rajin lak nak mengentry resepi yang dah dibuat minggu lepas. 

Dah lama tergoda tengok Japanese crispy cream puff kak Azlita Masam Manis sebab ia mekar cam bunga ros.. Perhh.. Tapi Zue buat takdelah mekar sangat sebab piping adunan cream puff tak banyak sangat. Kalau pipingkan ia dengan banyak secara meninggi memang cantek cam kak ita punya. Actually zue suka yang comel lote dan kiut miut ni so tu yang piping kecik-kecik..

Mata dah ngantuk esok nak gi kerja so jom layan resepi ni...

Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula ising
1/3 cwn tepung gandum
1/2 st baiking powder

Caranya:
  • Cairkan butter
  • Ayakkan tepung gandum dan gula ising
  • Bila butter dah cair, masukkan tepung gandum dan gula aising yang diayak tadi
  • Segera kacau sehingga sebati
  • Tutup doh dengan plastik untuk mengelakkan kering
Krim Kastad

Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sb tepung kastad/tepung jagung
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 st esen vanila
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream (Zue tak letak sbb kehabisan stok)

Caranya:
  • Tepung diayak terlebih dahulu
  • Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
  • Dan masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan baki susu, secubit garam dan esen vanila
  • Kacau rata
  • Panaskan atas dapur dengan api yang agak sederhana sehingga adunan menjadi pekat
  • Kacau selalu untuk elakkan ia menjadi kerak dan hangit
  • Tambah butter dan kacau sehingga licin dan berkilat
  • Sejukkan

Puff Pastry

Bahannya:

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ di ayak
5 biji telur ~ zue guna gred B
1/4 st garam
1 st gula ~ tak letak pun tak per

Caranya:
  • Dalam satu periuk kecik, satukan butter bersama garam, gula dan air
  • Panaskan atas dapur sehingga mendidih dan tutup api.
  • Dengan segera tuangkan tepung yang di ayak tadi
  • Kacau dengan menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh yang lembut
  • Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau sehingga dasar periuk terbentuk kepingan nipis
  • Tutup api dan masukkan telur~telur dipukul dahulu
  • Kacau telur sedikit-sedikit sehingga adunan menjadi licin dan sebati
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag
  • Jika ada nozle boleh letak atau potong saja bucunya
  • Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun
  • Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
  • Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
  • Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 

  • Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
  • Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
  • Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
  • Sediakan dulang pembakar
  • Lapik dulang dengan baking paper 
  • Paipkan adunan atas dulang pembakar 
  • Biarkan ia agak meninggi sedikit dan jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda 
  • Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya dengan segera masukkan ke dalam oven 
  • Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan 
  • Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.
  • Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk. 

Sunday, December 2

CHEESE KEK MUDAH


Assalamualaikum..

Rasanyer dah lama zue tak berbloging. Almaklumlah kesibukan cuti sekolah bawa anak berjalan-jalan pastu balik kampung dikedua belah Penang dan Terengganu. Hari ni kebetulan tengah free terus je membaking cheese ni pastu terus upload. Kalau tanguhkan lagi comform simpan tak tau bila lak tahap kerajinan nak datang.

Rasanyer dah lama tak mengecheese ni. Hari tu kebetulan pergi kat Cameron Highland makan cheese kek. Rasanyer memang sedap tu yang balik terus try resepi yang seakan dengannyer. Tapi still tak puas hati rasa tak sama ngan yang makan hari tu...Errrmmm... kena try lagi ni..

Apa-apa pun kita layan cheese kek yang amat mudah ni..
Bahannya:

250gm cream cheese
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sb tepung gandum
1 st esen vanila
1 cawan yogurt perisa plain
1 cawan biskut digesstive
3 sb mentega
Caranya:

     (A)
  • Pukul cream cheese, gula dan yogurt sehingga sebati dan kembang.
  • Masukkan telur sebiji dan sebiji sambil pukul dan masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.

      (B)
  • Cairkan mentega dan sejukkan
  • Hancurkan biskut dan masukkan dalam mentega cair kemudian gaul sehingga sebati dan juga sehingga boleh dikepal
  • Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan dan tuang adunan cheese tadi.
  • Bakar cara steambath selama 50-60 minit atau sehingga masak dalam oven 170 degree.
  • Jangan lupa tutup dengan aluminium foil untuk elakkan kek daripada merekah.
  • Dah masak sejukkan dan masukkan dalam peti ais sebelum makan.

Untuk hiasan atas zue masakkan jem strawberry dan letakkan strawberry dan blueberry.
 

Designed By Izza sakura