Friday, December 30

KUAH ROJAK

Petang - petang gini kan best pekena jambu ngan kuah rojak kat bawah pokok jambu..mesti kecur air liur tu.. Tu adalah memori masa kecik-kecik dulu.. sekarang dah tak jumpa pokok jambu..semua dah kena potong.. yang ada jual kat pasar tu banyaklah.. Actually ni jambu i beli kat Tapah dengan harga satu bungkus 10 hinggit.. Ok lah kalau nak makan satu family 2 kali makan lincin lah..

Resepi kuah rojak ni zue ambik daripada member lama.. Beliau merupakan cikgu AMANAH IKHTIAR MALAYSIA yang bagi pinjaman kat orang kampung sambil ajar kemahiran untuk buat sesuatu projek pada orang kampung termasuklah resepi kuah rojak ni..
Bahannya:-


1 botol Kicap
2 cawan gula pasir
2 keping belacan
4 keping gula melaka
1 bungkus asam jawa
25 biji lada kering
sedikit tepung jagung
1/4 cawan bijan (zue tak letak)
1/2 cawan kacang tanah.(zue tak letak)


Caranya:-

  • Kisar lada kering dan belacan.
  • Asam jawa diambil airnya.
  • Bancuh tepung jagung bersama air suam.
  • Campurkan gula melaka bersama lada kering
  • Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam satu periuk dan di masak sehingga mendidih.
  • Sebelum angkat masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh tadi.
  • Last sekali masukkan bijan goreng bersama kacang tanah yang telah ditumbuk.


  • Kalau nak buat sedikit, boleh kurangkan sukatannya
  • Boleh dicicah bersama buah-buahan lain.. 
Trylah..memang sedap.. 

NASI GORENG PAPRIK

Selamat tengahari..

Nak makan tengahari ?.. Hari ni zue share resepi yang dibuat semalam...nasi goreng paprik versi zue... Actually zue ni pengemar utama untuk jenis-jenis paprik.. Dah boleh rasa kurang sesuatu masakan paprik tu kat bahagian mana.. Pernah dengar sos ikan (nampla) tak?.. Kalau nak tahu resepi jenis ala-ala thai ni kebanyakkan peniaga kedai makan lebih suka guna sos nampla.. lagi naik rasa ummphhnyer.... 

Nasi goreng pulak zue gunakan serbuk Adabi berperisa tomyam.. senang tak payah nak campur banyak benda.. Garam dan gula ada tak payah nak tambah lagi.. Lagipun zaman sekarang semua nak cepat so guna jer serbuk ready made..
Bahan-bahan untuk nasi goreng:


3 cawan Nasi putih
1/2 cawan mix vegi
1 peket serbuk adabi perisa nasi goreng thai
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya:
  • Panaskan minyak dalam kuali 
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan mix vegi dan kacau sehingga separuh masak
  • Masukkan nasi putih bersama peket serbuk nasi goreng thai
  • Kacau sehingga sebati
Bahan untuk Paprik:
  • Isi ayam *
  • udang *
  • sotong *
           *** dipotong kecil-kecil
  • Halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang )
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (potong halus)
  • 1 sb cili boh
  • 2 sb nampla (sos ikan)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 helai daun limau purut (disiat-siat)
  • Kubis bunga
  • karot (potong nipis)
  • kacang panjang 
  • kicap manis
  • sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
  1. Tumiskan minyak bersama bawang merah dan bawang putih sehingga garing
  2. Masukkan cili boh, kicap, garam, gula dan sos nampla. Kacau sehingga naik bau
  3. Masukkan pula isi ayam, sotong dan udang ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau dan biarkan selama 2-3 minit (perlahankan api dan tutup dengan tudung periuk)
  4. Lastly masukkan bawang besar yang dihiris halus, daun limau purut, kobis bunga, kacang panjang dan carrot. Kacau sehingga separuh masak dan finaly masukkan sos tiram.

SHEPHERD PIE

Dah lama duk peram resepi ni.. tetiba hari ni rajin pulak nak buat... Entah seru meroyan apa yang datang kat diri zue ni..Cam biasalah buat untuk sedekahkan member-member opis..Untunglah opismate zue tu.. Anak dan hubby zue ni jenis 'makanan ala-ala mat salleh' gini makan sekadar merasa bukan peberet pun.. Tapi bagi zue memanglah peberet..kena ngan citarasaku.. Bawak lak kat opis member opis kata.. Emmm.. sedaplah zue esok buat lagi tau.. Aku tau sebab cap 'F' kan?..heheheeee..Tak delah diorang puji ikhlas tu..Aku jer yang terlebih perasan..ngeh...3x

Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar ~ Zue buat 450 gm
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang ~tak letak
8 biji cendawan butang ~ guna dalam tin (1 tin)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicincang) - tak letak
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam 
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  • Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  • Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.


Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  • Kentang dibuang kulit dan direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  • Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  • Gaulkan dengan susu segar (tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  • Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (letak kesemua ramkin untuk base kentang ni ).
  • Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (Zue ikut cara kak ummi masukkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C  selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas.

Wednesday, December 28

STRAWBERRY COKLAT

Lagi - lagi N3 tentang Cameron n Strawberry.. Almaklum demam Cameron masih lagi terasa.. Masa kat Pasar Brincang hari tu, zue ternampak ada orang jual strawberry coklat . Satu cucuk berharga rm2 untuk 3 biji buah. Bila beli 3 cucuk dapatlah rm5.. Setakat nak rasa bolehlah.. Semenjak Datok Ct mengelemerkan strawberry coklat ari tu, zue masih lagi tak dapat merasa. So datang kali ni nak jugak rasa. Sedap ke tak.. Bila zue beli dan rasa...memang  sedap gabungan masam dan manis memang sesuai dan serasi. Apa lagi, buah strawberry masih lagi ader kat dapur tu.. 

Amoi tu pesan.. 'Lu olang beli ini buah, talak letak dalam peti ais tau.. letak itu luar..boleh tahan 5 hari tau..' Katerrnyer.. 


Bahan-bahan:

Coklat Berryl's
Susu segar

**Kedua-dua bahan tersebut tidak diberi sukatan memandangkan zue letak ikut selera sendiri.. Susu segar adalah bahan melembutkan dan mencairkan coklat so ia tidak perlu digunakan terlalu banyak... gunakan sekadar mencairkan coklat tersebut**
Caranya:

  • Cairkan coklat dan masukkan sedikit susu cair 
  • Masak secara double boiler
  • Masak sehingga coklat tersebut cair
  • Tutup api sejukkan sebentar
  • Buah strawberry sedia disalut coklat
Kesedapan yang amat terasa
Gabungan masam dan manis menyebabkan makan satu nak lagi.. dan lagi..
Alya : mama .... Lagi sedap coklat mama buat daripada beli kat Cameron hari tu...

mama : Laa.... ari tu diaorang pakai coklat murahan jer.... tu yang tak sedap...

STOBERI MILKSHAKE

Hari Sabtu cuti hari Krismas, zue balik umah mertua di Penang so hari Isnin bertolak balik ke Kl. Otw balik dari Penang, En hubby singgah naik ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Jalan arah simpang Pulai tak delah bengkang bengkok yang teruk seperti melalui Tapah. Lagipun laluannya lebih besar berbanding melalui Tapah. So Zue naik melalui Simpang Pulai dan turun melalui Tapah.

Memandangkan waktu naik dah pukul 1 lebih dan perjalanan naik ke Cameron memakan masa selama 1 jam so sampailah pukul 2 lebih kat atas. Kebetulan pulak cuti sekolah, apalagi jemlah.. bertambah pulak hujan renyai-renyai.. So nak pergi satu tempat ke satu tempat punyalah jem.. terutama bila melalui jalan arah ke pasar.. Tapi tak pelah janji puas dapat bawa anak-anak jenjalan cuti sekolah ni.
Kat atas Cameron, macam biasa zue akan cari kedai makan yang berasaskan strawberry ala-ala aiskrim macam Strawberry Milkshake. Harga untuk 1 cawan ni adalah rm6.90..Tapi memang agak sedap. Bau wangi strawberry fresh gitu.. So otw balik, zue singgah beli strawberry yang agak besar dengan harga rm10 satu bekas dipasar malam Brincang.. Kononnyer plan nak buat Strawberry Milkshake sendiri..



Sumber: Resepi Raidah 
Bahan-bahan:


7 biji stawberry
2 cawan susu segar
1 cawan ice cream vanilla
Gula secukup rasa
Sedikit ketulan ais





Cara penyediaan:
  • Basuh strawberry, toskan dan belah 2.
  • Masukkan strawberry, susu segar, ice cream dan gula ke dalam pengisar.
  • Kisar sehingga hancur/ sebati.
  • Masukkan ke dalam gelas dan letaklah sedikit ketulan ais.
Hasil godekan daripada mr goggle.. terhasillah Strawberry Milkshake buatan sendiri..

Masa beli strawberry kat Cameron ari tu.. Amoi tu kata ini Strawberry balu petik maa.. Masih fresh maa.. Tapi bila zue balik rumah.. Macam agak kurang fresh pulak.. So inilah kesilapan zue sebab beli kat Pasar Malam Brincang.. Actually lagi puas hati kalau beli yang kat gerai strawberry sendiri.. Comform fresh..

Tuesday, December 27

NASI GORENG BURGER

Assalamualaikum..

Selamat tengahari.. Lega dah masuk keja lepas cuti 3 hari.. Rasa cam dah lama tak hupdate blog.. Rasa cam kosong jer.. So ari ni zue nak share lagi N3 yang tak sempat nak hupdate sebelum bercuti ari tu.. Easy nasi goreng.... NASI GORENG BURGER..

Kebetulan lebihan daging burger yang dibuat hari tu ada lagi tinggal 2 ketul so zue perabiskan jer untuk buat nasi goreng..

Bahan-bahannya:

2 Cawan nasi putih
1/2 cawan mix vegi
2 keping daging burger
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sk sos tiram
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sb kicap manis
 garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Hiasan:
Ikan Bilis digoreng garing
Lada besar dipotong nipis
Telur mata kerbau

Caranya:
  1. Mayang bawang merah dan ketukkan bawang putih
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam, kicap, daging burger yang dipotong kecil-kecil dan mix vegi.
  4. Kacau sehingga sebati, perlahankan api dan tutup dengan tudung periuk selama 5 minit (bagi cepat masak)
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Lastly masukkan nasi dan kacau sehingga rata
  7. Tutup api dan sedia dihidang

Thursday, December 22

BURGER MALAYSIA

Selamat Malam..

Hari ni zue mc tak pergi keja sebab demam.. so menu malam ala-ala menu malas sikitlah.. Sebab tak larat nak buat yang heavy2.. Daging burger tu En Hubby yang tolong gorengkan.. yang selebihnya keja zue ler.. Tak perlah.. janji ada sesuatu untuk dinner..

Jom zue sharekan resepi paling mudah ni..
Bahan-bahan:

Roti burger
Daging burger
Mayonis
Sos cili
Sos tomato
Aji Shio
Mentega/Planta
**kalau nak letak telur pun lg best
Sayuran seperti kobis dan tomato
Caranya:

  • Daging burger dibakar sehingga masak dan garing
  • Potong dua roti burger dan salutkan mentega, kemudian letakkan pada kuali sekejap
  • Sedia dimasukkan daging burger bersama kobis dan tomato yang dipotong nipis (nak letak bawang pun best jugak~zue tak letak sebab anak tak suka bawang)
  • Masukkan sekali sos tomato, sos cili, mayonis dan Aji shio 
  • Sedia dimakan

Mudahkan...?!!..Sedia di'ngappp..'

Wednesday, December 21

KEK AISKRIM

Selamat Pagi..
N3 hari ni zue nak share pasal kek aiskrim yang dah lama buat tapi tak sempat nak mengupload.. Tetiba hari ni free terus jer upload entry basi ni..

Jom makan aiskrim kek.. Sedap tu.. budak-budak mesti suka espc my kids.. Nak buat pun memang mudah.. Actually zue tak buat kek span dalam tu sebab zue guna tepung ready made perisa vanila yang beli kat Bake With Yen minggu lepas.. Reganya pun murah jer rm2.70 sebungkus.. Tepung ni cuma perlu tambah butter cair jer.. memang senang... tapi tekstur kek ni agak padat tak macam span yang bila ditekan ia lembut. Walaumacamana pun ia still  memang sedap..
Bahan-bahannya:


Kek span ** guna tepung vanila ready made 
Aiskrim 
Whipping cream
Loyang spring form ikut saiz kek
Caranya:
  • Kek span dipotong dua
  • Salutkan whipping cream pada dua belah yang kek yang dipotong. Ia bertujuan sebagai gam untuk melekatkan di antara aiskrim dan kek  
  • Dibawah sekali masukkan lapisan kek yang dipotong
  • Letakkan aiskrim setebal yang diingini dan ratakan
  • Masukkan lapisan terakhir diatas aiskrim tersebut
  • Lastly letakkan aiskrim lagi dan ratakan
  • Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3-4 jam (Zue letak semalaman)
  • Sedia di deko..

Actually kalau buat sendiri kek span pun lagi sedap.. Agak lembut. Resepi yang pernah zue guna untuk buat kek chiffon yang macam kek span memang sedap ada disini..

Tuesday, December 20

JOM MAIN DENGAN FONDANT

Assalamualaikum..
Salam Selasa..

Pagi ni zue nak share sedikit ilmu tentang fondant memondant ni.. Tak delah expert tapi tengah belajar lagi ni memandangkan pulak zue nak try buat kek berunsur fondant untuk sepupu hubby minggu depan.. so kena mahirkan tangan dan tajamkan minda dengan kreativiti sambil mengasah bakat yang terpendam ni..^_+


  • Zue guna papan pancanai/pengolek tempat letak kek jer.. malas nak beli memandangkan kureng menggunakannyer..nanti nak guna banyak kali comform bli..


  • Agak-agak sama tak?.. Bolehlah.. nasib baik masa sekolah dulu lukisan dapat A .. boleh gak praktikkan dalam bidang terbaru ni..^_^


  • Perkemaskan urat atau garisan tepi tempat potongan tersebut untuk kelihatan kemas..


  • Rupanya tak delah susah sangat nak main ngan fondant ni.. cuma perlu kreativiti dan idea yang lebih jer.
  • Pasni tak payahlah beli bunga fondant yang ready made dijual kat bakery tu.....
                             SELAMAT MENCUBA...

Monday, December 19

NASI TOMATO

Hari Ahad semalam tak tahu nak masak apa so try singgah kat dapur bloger-bloger lain kut-kut ada yang berkenan dihati.. Yang menjadi pilihan zue adalah resepi nasi tomato dari dapur kak nor secubit garam. Kebetulan pulak, semua bahan dah ada didapur so go on jerlah...

Dalam resepi kak nor ada bab tumis menumis ni tapi zue buat cara zue yang kurang rajin ni.. zue campakkan semua terus bahan-bahan dalam rice cooker...Senang, abis cite..^_^

Izinkan zue copy paste resepinya..
Sumber 1: Wana@PotretKasih (Majalah Rasa)
Sumber 2: Kak Nor@SecubitGaram


Bahan2:


500 g beras basmathi (dibersihkan) ~ Zue guna 4 cup
4 biji tomato (dikisar) ~guna 2 bj
500 ml air ~ 4 cwn air
125 ml susu cair ~ 1 cwn susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu makan minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
sedikit kacang gajus ( option) ~ tak letak
sedikit kismis ( option) 
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng ~ tak letak
sedikit daun ketumbar (dihiris) ~ tak letak


Cara membuatnya (Cara K.Nor)
  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
  3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
  4. Tanak nasi seperti biasa.
  5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar.
Cara Zue:
  • Campurkan semua bahan kecuali buah kismis
  • Setelah masak barulah di tabur buah kismis
Resepi Ayam masak merah cara Zue:

Bahannya:-

1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
3 sb kicap pekat
 Gula castor secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
2 Ulas  bawang besar **diblend
1 Ulas bawang putih**diblend
3 Ulas bawang merah**diblend
1/2 inci halia**diblend
2 sb cili giling
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
sedikit kicap sotong
2 helai daun pandan
Bunga Lawang dan kulit kayu manis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Tepung Serbaguna untuk goreng ayam

Caranya:

  • Perapkan ayam bersama tepung serbaguna untuk goreng ayam selama 5 minit
  • Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan dulu 
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Masukkan bahan yang diblend tadi dan kacau sehingga naik bau
  • Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis bersama simpulan daun pandan
  • Dalam 3 minit dikacau, masukkan cili giling, sos tomato, sos tiram, kicap dan sos ikan
  • Kacau sehingga naik bau
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa secukup rasa.
  • Biarkan seketika dan tutup api.

Sunday, December 18

DONAT resepi II

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Uols sarapan apa pagi ni?.. Zue buat sarapan donut.. Ni adalah sarapan peberet anak-anak zue  terutama bila kat atas tu di deco macam-macam.. Memang licin habis dimakan.. Kekadang zue sempat ambik 2 jer.. tak per lah memang buat untuk my kids pun.. Makanan yang lain susah nak makan.. harap yang jenis macam ni jer yang dia orang suka.. 

Selama ni zue buat donut tak pakai acuan.. buat ikut tangan jer.. kekadang beso.. kekadang kecik.. saiz mesti tak sama.. semalam kebetulan terjumpa acuan donut terus beli.. selama ni jumpa tak delah pulak nak beli..huhuhu.. 


Jom zue share resepi mudah ni..
Sumber: Kongsi Resepi
Bahan-bahannya;

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung High Protein
3 sb susu tepung
3 sb lelemak sayuran (shortening)
3 sb gula caster
1 st bread improver (tak letak)


Bahan B
180ml air suam
2 sb teh instant yeast
**air tambahan jika perlu
Kaedah Penyediaannya;
  1. Satukan semua bahan A
  2. Masukkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A
  3. Masukkan air jika perlu
  4. Uli doh sehingga tidak melekat pada tangan
  5. Perapkan selama 30 minit
  6. Buang angin doh kemudian sedia dibentuk ikut acuan
  7. Goreng dengan api sederhana sehingga menjadi warna coklat keemasan
  8. Sejukkan
  9. Salutkan dengan gula aising atau dalam coklat cair
Dulu zue buat donut tak letak shortening (lelemak sayuran) so ia agak keras kali ni bila letak shortening, donut yang zue buat ni mesti lembut, gebu dan bila sejuk ia tak keras..




SELAMAT MENCUBA

Friday, December 16

CHAR KUEY TEOW

Char kuey teow ni asalnya dari sebelah utara. Dulu Zue tak de lah minat sangat nak makannya, tapi bila dah kawin ngan orang penang ni terus 'jatuh hati' kat char kuey teow ni.. Siap boleh judge lagi kedai mana buat char kuey teow yang ori dari penang atau tak.. Bila balik penang, zue akan ajak hubby makan kat BM (bkt mertajam) char kuey teow.. kat kl pun ada cawangannya. Kalau makan mesti nak letak lada jeruk.. memang best tau..!!

Sini zue nak share resepi mudah char kuey teow dari MIL zue.. 



Bahan A:- (untuk 1 orang)


* Pastenya *
4 ekor udang
150 ml air
2 ulas bawang putih di ketuk
3 sb sos tiram
1 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 sk sos sotong
1 sk sos ikan
1 kiub pati ayam
1 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1/2 sk gula

Cara-caranya:-
  • Rebus udang dgn air. 
  • Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. 
  • Air rebusan jgn buang
  • Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
  • **paste ni boleh disimpan dalam fridge. Boleh simpan untuk stok**



Bahan B


kuey teow (ambil untuk seorang makan)
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai dan taugeh
1 biji telur


Caranya:-

  • ketuk bawang putih dan Tumis lada boh hingga garing. 
  • Masukkan dlm 2 sb paste tadi. 
  • Masukkan udang yang telah direbus tadi  bersama kerang. 
  • Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  • Bila air mendidih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata. 
  • Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. 
  • Pastikan api kuat semasa memasak.
Adalah lebih sedap char kuey teow ni dimasak untuk sorang makan dengan sekali masak jer..
 

Designed By Izza sakura