Friday, December 30

SHEPHERD PIE

Dah lama duk peram resepi ni.. tetiba hari ni rajin pulak nak buat... Entah seru meroyan apa yang datang kat diri zue ni..Cam biasalah buat untuk sedekahkan member-member opis..Untunglah opismate zue tu.. Anak dan hubby zue ni jenis 'makanan ala-ala mat salleh' gini makan sekadar merasa bukan peberet pun.. Tapi bagi zue memanglah peberet..kena ngan citarasaku.. Bawak lak kat opis member opis kata.. Emmm.. sedaplah zue esok buat lagi tau.. Aku tau sebab cap 'F' kan?..heheheeee..Tak delah diorang puji ikhlas tu..Aku jer yang terlebih perasan..ngeh...3x

Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar ~ Zue buat 450 gm
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang ~tak letak
8 biji cendawan butang ~ guna dalam tin (1 tin)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicincang) - tak letak
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam 
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  • Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  • Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.


Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  • Kentang dibuang kulit dan direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  • Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  • Gaulkan dengan susu segar (tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  • Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (letak kesemua ramkin untuk base kentang ni ).
  • Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (Zue ikut cara kak ummi masukkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C  selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas.

2 comments:

Liza said...

salam zue...bestnya SP ni..Liza jugak la xterbuat lg, dok peram resepi tu....hihihihi

..::Zue::.. said...

samalah.. duk peram gak resepi ni.. akhirnya berjaya gak buatnyer..

 

Designed By Izza sakura