Tuesday, December 6

CEMPEDAK GORENG

Assalamualaikum...

Selamat malam..saja nak postkan entry tertunggak..

Semalam pergi pasar malam, terbau harum wangi cempedak..terus beli. Nak beli yang siap goreng mahal sangat..RM3 untuk 5 biji.. tak puas makanlah.. terus zue beli cempedak kampung dengan harga rm4 sekilo tapi cempedak zue ni sekilo lebih dapatlah harga rm5.00 untuk sebiji.. Ok lah tu.. 

Malam tu terus projek mengoreng cempedak...resepi asal DI SINI
Sumber: Blog Hairul.Com
Bahan-bahannya:-


2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sb santan pekat (zue guna santan pekat)
1/2 sb baiking powder (tak letak)
1 st serbuk kunyit
1 biji telur dan air secukupnya
2 sb marjerin yang dicairkan
garam secukup rasa


*Biasanya saya akan agak-agak saja adunannya atau kata lain main campak-campak jer..

Caranya:-
  • Cairkan marjerin dalam periuk dengan api perlahan. Tutup api biarkan sebentar
  • Masukkan kesemua bahan kecuali marjerin cair dan air dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan marjerin cair bersama air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi pekat
  • Bolehlah dimasukkan cempedak tadi.
  • Goreng dengan minyak yang banyak untuk buat keraknya.

Gabungan tepung beras dan santan menjadikan tepung lebih rangup manakala marjerin cair menjadikan gorengan tersebut tahan lebih lama

2 comments:

Cik Bhulat said...

sedapnya..dah lama tak makan..panas2 sedap ni..nak sikit

..::Zue::.. said...

bole..bole.. nanti kita post dlm mimpi ekk..!! hihihi..

 

Designed By Izza sakura