Thursday, December 15

TAPAI GORENG


Emmm.. my peberet menu ni... Kalau duk kat kampung mesti nak makan tapai goreng dan pisang goreng ni sekali ngan air teh.. Sambil berehat waktu petang dengan menu ni...Emmm.. best.. tau..!! tapi kat KL ni nak cari tapai goreng punyalah susah, kalau ada pun jumpa kat kedai orang kelantan jer.. Itu pun jarang-jarang jumpa. Kebetulan hari tu pergi pasar tani kat Tangling, jumpa tapai ubi yang dipeket dalam bekas tau fu fah. Terus Zue beli ngan harga rm1.50 sebekas. Balik rumah terus goreng..

Tapai Ubi yang paling sedap adalah yang agak manis tapi tidak terlalu lembik.. Kalau lembik mesti kureng lalu nak makan.. Yang pasti Tapai Ubi yang zue beli ni sedap.. terasa manisnya.. Tapi yang makan Zue sorang jer.. En hubby and my kids tolak tepi benda-benda gitu.. Katanya tak suka.. Tak per Zue leh habiskan semuanya...


Sumber: Blog Hairul.Com
Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sb santan pekat (kali ni tak letak)
1/2 sb baiking powder (tak letak)
1 st serbuk kunyit
1 biji telur
air secukupnya
2 sb marjerin
garam secukup rasa
Caranya:
  • Kali ni zue campurkan kesemua sekali dan gaul sehingga sebati
  • Jangan terlalu cair adunannya
  • Masukkan tapai ubi
  • Goreng sehingga agak kekuningan
  • Goreng dengan minyak yang banyak

Zue menggunakan resepi yang sama dengan resepi cempedak goreng tempohari tu..DI SINI

2 comments:

Liza said...

sedapnya tapai ubi grg ni...dah lma Liza xmkn...

..::Zue::.. said...

zue duk kl ni pun lama x jumpa so wat sendiri lah..sbb teringin nak makan..

 

Designed By Izza sakura