Tuesday, December 13

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR

Biasa buat kek coklat kukus munira baharum dan chef zubaidah, hari ni saja nak try buat dan nak rasa kek coklat tanpa telur lak. Kebetulan pulak hari tu zue buatkan kek coklat edible image angry bird tempahan member so bila beli dibake with yin dapatlah extra 2 gambar saiz kecil angry bird tu.. Si aqil lak duk pujuk suruh buat kek sebijik untuk dia yang ada gambar angry bird.. Tak sampai hati lak.. tempahan orang diambik, anak sendiri pulak tak nak buat.. Nak tunggu besday aqil bulan 5 lambat lagi..so zue pun janjilah kata oklah mama buatkan untuk besday abang sekarang.. ni kira besday tipu-tipu jer lah.. nak ambik hati anak katakan....huhuhu

Emmm... boleh tahan kek ni sedap dan moist jugak sebab ia dikukusnya..Jom jenguk resepinya.. Kak dayang, izinkan zue copy paste resepinya.. Resepi asal disini.



SUMBER:- http://dayangjack.blogspot.com/2010/01/kek-coklat-tanpa-telur.html



Bahan-bahan : 
untuk loyang kecil

1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (zue guna cuka)

Cara-cara :

  • Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. 
  • Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  • Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  • Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  • Tapiskan adunan.
  • Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  • Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  • Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.


*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.

*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan : 

  • 200 g coklat masakan (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 50 g gula icing
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :  

Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan. Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.

6 comments:

Melly Octaviana said...

moist cake ini, saya pun pernah coba tapi yang di panggang, baru tau kalo bisa di kukus juga. btw.. salam kenal dari melly.. ;)

..::Zue::.. said...

salam kenal melly..

kek ni lagi moist kalau dikukus..sedap bangat!!

Liza said...

salam zue...akak pun suka gak kek yg kukus ni...moist gtu...

..::Zue::.. said...

Kak Liza..
Moist dan tahan lama jugak..

Cik Bhulat said...

best ni..dah lama xbuat kek ceklat

..::Zue::.. said...

cik bhulat..
kek yang paling mudah didunia adalah kek ceklat.. huhuhuuuu..

 

Designed By Izza sakura