Thursday, December 1

FRESH FRUIT TATLES

Assalamualaikum..

Hari ni dah 1hb Disember.. Tinggal sebulan lagi nak masuk tahun baru..cepat betul masa berlalu.. pejam celik..pejam celik.. dah nak bye bye 2011..Umur lak makin lama makin meningkat... tahun depan anak zue sorang lagi dah nak masuk tadika.. Apa agak nyer input yang dah direalisasikan tahun ni.. Agak-agak dah tercapai ke belum impian tahun ni.. Rasa banyak betul nak fikir ni.. Yang pasti tinggal sebulan lagi nak capai impian apa yang belum tercapai tu... Apa tu agak-agak yang belum tercapai.. Emmm..... Apa lagi.. resepi yang dah print kat blogger tu punyalah banyak tapi belum realisasikan untuk membuatnya.. Almaklum buzy jer..kalu housewife tak pe lah..Ini pun harap hari minggu lah nak try resepi baru.. Tapi kekadang hari minggu keluar jalan-jalan lak..

Ok banyak betul zue berceloteh ni.. pagi ni zue nak share entry pasal FRUITS TATLES yang diambil Di SINI dan dibuat semalam.



SUMBER: AZITA ZAIN
DI AMBIL DARIPADA ALAM SARI


Bahan-bahan:
  • 170gm marjerin ~ zue guna buttercup
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur
  • 1 st esen vanila
  • 290gm tepung gandum

Cara-caranya:
  1. Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sehingga sebati
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentu atau tidak melekat ditangan.
  4. Masukkan doh dalam acuan dan tekankan doh tersebut sambil membentuk menggunakan jari mengikut acuan itu
  5. Trimkan lebihan doh dengan menggunakan pisau.
  6. Gunakan sudu garfu untuk cucuk dibahagian tengah doh yang dibentuk tadi sebelum dibakar.
  7. Sedia dibakar pada suhu 170'c selama 25 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
Resepi untuk sos kastad:
Sumber: CMG

Bahan-bahan:
  • 300 ml susu cair
  • 2 sb gula castor
  • 2 1/4 sb tepung kastad
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanila
  • Secubit garam

Cara-caranya:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali esen vanila dan pukul sehingga sebati.
  • Masakkan atas api yang kecil sambil kacau sehingga likat.
  • Tutup api dan sejukkan.

Bahan lain:
  • Potong kecil buah kiwi, peach dan strawberry
  • sedikit coklat masakan di cairkan

Cara menyediakan fruits tartles:
  1. Sapukan permukaan tart shell dengan coklat masakan, sejukkan sebentar dalam peti ais.
  2. Masukkan sos kastad dalam piping beg dan picitkan sos kastad ke dalam tart shell sehingga 3/4 penuh.
  3. Susunkan potongan kiwi, peach dan strawberry.
  4. Sedia dihidangkan.
Si Aqif duk geram tang buah strawberry tu.. kaler merah semacam jer.. mama lak duk sibuk photographer..duk tengah shot sempat lagi dicucuk buah tu..tapi bila dimakan lak.. baru tau masamnyer..

    2 comments:

    Liza said...

    salam zue...wahhh sedapnya tgk fresh fruit tu...patut la model kat bwh tu xberkelip2 nengok, tkt buah tu ilang....hihihhi

    Zue El Razak said...

    wslm liza..
    memang ilang pun lps shoot tp diluahkan balik sbb masam strawberrynya.. huhuhu..

     

    Designed By Izza sakura