Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Friday, July 28

ROTI TEMBIKAI



Salam Jumaat..

Pernah cuba tak roti yang kiut miut ni.. roti buah tembikai. Nak buat tak lah susah cuma main ngan warna je yang penting. Adunan dia lembut sangat-sangat tau. Sedapp.. Actually ikut resepi asal digunakan buah kismis tapi saja sis tukar buah cranberry sebab kebetulan buah cranberry tu ada kat umah. Lebihan buat roti ari tu..




Resepi Roti Tembikai

2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur
Kismis (sy guna buah cranberry)

Cara-caranya ( Doh Roti)

  • 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagikan 200g doh dah warnakan merah, 100g doh warna hijau, dan 100g doh biasa. Canaikan doh warna merah dan sama panjang ukuran loyang taburkan kismis/cranberry kemudian gulung. Canai doh asas, letakkan doh merah dan gulung. Canai doh warna hijau kemudian letak doh merah dan doh asas kemudian gulung. Masukkan dalam loaf tin dan tunggu doh naik 40 minit. Bakar pada suhu 180'c dan bakar lebih kurang 20-25minit
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.




**resepi ni utk 1 doh tp sy buat utk 2 doh sbb loyang kecik so sy warnakna 2 warna... merah dan kuning

Bagi nampak cam real tembikai sis kalerkan belang tu dengan warna hijau yang asli (tanpa celup air)






Tuesday, April 18

JAPANESE MILK BUNS BEARS




Assalamualaikum...

Resepi ni diambil daripada blog bento monsters. Saja nak try buat ala-ala bun comel. Dalam resepi tersebut dia org buat sekali dengan badan tapi zue buat kepala saja. Anak2 sangat happy. Makan pulak dengan jem stoberi... Sedapp...







RESEPI JAPANESE MILK BUNS BEARS

Sumber: Bentomonster


Bahannya:

250g tepung gandum
3g yis
200g susu kotak
10g gula
10g butter
3g garam





Caranya:

  • Campurkan ke semua bahan dalam satu bekas kecuali buter.
  • Kacau rata dan tumbuk-tumbukkan selama 10 minit dan bila adunan bertukar menjadi doh baru masukkan butter
  • Sekiranya menggunakan breadmaker masukkan kesemua sekali.
  • Perapkan dough didalam suasana sedikit panas (saya masukkan dalam oven yang suam) (doh perlu ditutup)
  • Apabila saiz doh sudah besar, keluarkan dan letakkan atas sedikit tepung gandum untuk di uli.
  • Bahagikan doh kepada 5 bahagian dan bulatkan 
  • Bentukkan kepala bear dengan saiz besar dan yang selebihnya saiz kecil untuk hidung dan telinga
  • Bahagian mata letakkan ceri atau kismis.
  • Saya buat saiz kecil supaya nanti ia tak lah sangat besar.
  • Biarkan selama 15 minit untuk double saiz
  • Masak selama 15 minit menggunakan api atas dan bawah 140 darjah.
  • Sapukan sedikit mentega cair untuk bagi ia berkilat.


Monday, August 22

VICTORIA SANWICH



Assalamualaikum...

Selamat pagi.. Dah agak lama tak berbloging ni.. Almaklum Lap top rosak so abis gambar kakak terdelete sebab tak save.. Frust sangat-sangat.. Itu yang termenung panjang nak up date blog tu.. Tak pe lah nak buat cam mana hidup mesti diteruskan..(ayat frust)... Pagi ni uols nak makan apa?.. Kat sini kakak nak tayang or share resepi mudah dan jimat... Paling sesuai untuk anak bawa ke sekolah... Actually ni resepi bulan lepas sudah.. Hari ni baru sempat update memandangkan bos tak de kat opis.. huhuuuu

Jom Layan.....





VICTORIA SANWICH 

Bahannya:

1 tin kecil sardin
1 biji bawang holand (potong kecil2)
2 biji cili padi (hiris halus)
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 sk jus limau nipis
Sedikit garam
Sebuku roti
2 bj karot - potong kecil, rebus dan lenyek sampai lumat
2 biji timun - sagat halus, buang air dan bijinya

Egg Mayo
2 biji telur rebus masak sepenuhnya
2 sb mayonis
Sedikit lada hitam
Sedikit ajishio



** lenyekkan telur tadi sehingga hancur dengan menggunakan garfu dan masukkan mayonis, lada hitam dan aji shio dan juga sebatikan

Untuk roti sapu setiap layer  Mayonis dan mentega

Caranya

  • Tumis bawang dgn sedikit minyak - masukkan sos cili, sos tomato, sardin dan lenyekkan Sehingga hancur - masukkan juga cili, limau nipis dan garam gaul sehingga rata
  • Lapisan pertama - sapukan mayonis dan mentega dan ratakan juga karot dia atasnya
  • Lapisan kedua - sapukan mayonis dan mentega kemudian ambil timun yg di sagat tadi dan ratakan Lapisan ketiga - sapukan mentega dan ratakan telur mayonis tadi
  • Lapisan keempat - sapukan mentega dan mayonis dan ratakan dengan sardin hancur tadi
  • *** potong bahagian tepi roti untuk nampak kemas
  • *** potong roti kepada 4 bahagian dengan potong secara memangkah pada segiempat roti
  • *** sedia dihidangkan dan ulang langkah tersebut Sehingga habis sebuku roti


 #### Nak sedap masukkan skali cheese dan chicken loaf

Saturday, June 21

ROTI CHEESE NAN / ROTI TEMPAYAN




Assalamualaikum...

Selamat Malam. Cuaca yang sangat panas ketika ini menyebabkan nak buat apa-apa pun malas. Rasa badan pun kurang sihat. Kalau balik kerja tu, lepas magrib terus rasa nak tidur Itu punca yang malas nak up date. Line internet pulak asyik terganggu jer. Malam ni agak free untuk Zue share resepi yang Zue buat semalam.

Semalam sembang dengan group whatsupp geng U dulu. Sorang member share dia buat Roti Nan. Selama ni tak terpikir pulak Roti Nan tak perlu masak dalam tempayan bagai. Rupa-rupanya agak mudah untuk masak dalam kuali Non Stik. Lagi satu petua untuk bagi roti gebu Zue akan uli dalam sejam atau sejam lebih. Biasa Zue akan tengok drama tv sambil uli. Ralit ngan drama so tak terasa tangan lenguh untuk menguli dan hasilnya sama dengan pakai BM.




Resepi untuk Roti Nan atau Roti Tempayan di Zue buat 2 versi iaitu berunsur cheese dan tak de cheese. Yang berunsur cheese lagi sedap berbanding dengan yang biasa. Lagi satu, untuk pastikan Roti Nan menjadi, ia akan naik mengelembung semasa membakar dan kalau tak gelembung maknanya ia kureng menjadi.



Roti Cheese Nan

375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping/Inti :

50 gram cheddar cheese / cheesedale


Caranya :


  • Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. 
  • Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. 
  • Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).

  • Canai leper taburkan cheese atau letakkan cheesedale dan kemaskan utk elakkan cheese terkeluar. 
  • Bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik.


Saturday, April 19

ROTI SARANG LEBAH @ BEE HIVES BUN


Assalamualaikum..

Salam Pagi sabtu. Glamer betul Roti Sarang Lebah ni kat FB. Itu yang zue try buat. Rasanya agak sedap ala-ala puding roti bersos kastad tu lah tapi versi lain skit. Memang kena ngan tekak zue duk saja-saja ada jer nak ke dapur merasa. Actually zue buh sosnya kat dalam peti ais so rasa sangat sedap bila dimakan bersama roti. Ermm... next time nak buat lagilah. Almaklum ni 1st cubaan. 

ROTI SARANG LEBAH
resepi: FB Lydia Honey

DOH
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam ( +-)

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka (Zue bubuh kismis, ceri merah dan ceri hijau)



Caranya:


  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  • Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat ditangan.  Sekiranya tiada BM perlu sental kuat-kuat ala basuh baju zaman dulu caranya dengan tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  • Uli sehingga elastic. 
  • Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang tak di ON ok.
  • Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
  • Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  • Sementra menunggu doh naik ON kan over anda. 
  • Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven sendiri).
  • Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 
  • 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  • Time bakar lebih kurang dalam 10-15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
  • Doh memang lembik so jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nak bahagi2 doh kecik-kecik.
  • Tak semestinya buat bulat betul-betul sangat just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik. 
  • Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

  • Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  • Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  • Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.

Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Tuesday, February 11

ROTI CHEESE KEJU


Assalamualaikum...

Hari ni dah 11 Februari. Pejam celik..pejam celik dah nak masuk petengahan bulan 2. Sekejap je masa berlalu. Anak pun dah besar, rasanya sekejap saja. 

Hari ni Zue buat sarapan roti cheese keju kat anak-anak. Lagipun diaorang suka sangat cheese so kira merangkap zue bekalkan roti cheese keju kat sekolah pagi. 



ROTI CHEESE KEJU
Sumber: Cik Manggis


Bahannya:

420 gm tepung roti.
110 gm tepung gandum  biasa.
1 biji telur.
160 water roux
11 gm yis segera.
40 gm tepung susu.
1 tsp garam.
50 gm butter.
160 gm susu segar.
100 gm gula halus.

Inti
Gula dan keju secukupnya
 
Caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan butter ke dalam mangkuk pengadun. 
  • Uli sehingga kenyal baru masukkan butter dan garam. 
  • Uli sehingga doh elastik (penting untuk dapatkan roti yang gebu) 
  • Perapkan selama sejam. 
  • Bahagikan doh kepada dua bahagian. 
  • Gelek nipis bentuk empat segi. 
  • Taburkan dengan gula dan keju.
  • Lagi banyak keju lagi sedap. 
  • Kemudian gulung kemas-kemas dan potong mengikut selera masing masing. 
  • Aturkan kedalam mangkuk kertas (paper cup untuk muffin)
  • Tabur keju diatasnya. 
  • Biarkan doh kembang dua kali ganda dari saiz asal. 
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

 
Resepi Water Roux

25 gram tepung
125 ml air 

Caranya:

  • (Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan  hingga pekat)
  • Sejukkan dulu baru digunakan.

Saturday, February 8

ROTI PETZEL


Assalamualaikum...

Petang yang panas di Zue hidangkan Roti Petzel untuk family. Memang rasanya sedap. Selalu beli dekat shopping complex tapi ni dah pandai buat sendiri so next time tak payah membazir untuk beli pulak. Sebut saja Petzel memang glamer sekarang ni, terutama biskut petzel. Zue nak jugak try buat tapi tak de kesempatan lagi untuk buat cuma Roti Petzel yang sempat buat. Apa-apa pun resepi ni rasanya ala-ala petzel kat kedai Auntie Ann's.


PRETZEL

Sumber: Beldandy

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

 

Caranya:


  • 2 cawan air suam
  • 2 sudu besar soda bikarbonate
  • secubit garam
  • 4 sudu besar mentega - di cairkan
  • sebutir telur - dipukul jika suka
  • Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
  • Tambahkan gula dan garam. 
  • Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
  • Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
  • Rehatkan doh selama 1/2 jam.


  • Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
  • Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
  • Panaskan oven pada suhu 180C
  • Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
  • Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
  • Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
  • Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
  • Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
  • Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
  • Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat

       

Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.

Wednesday, February 1

SWEET POTATOES SWIRL BREAD

Assalamualaikum..

Selamat Hari Wilayah...Yes..Coti!!!.. Lega rasa kepala otak ni... Tak payah fikir kerja.. Minggu depan cuti lagi.. Aaaahhh...Bahagianya hidup.. Pastu..Emmm..No Coti..Coti..

N3 hari ni zue nak share pasal keledek yang masih lagi ader kat umah so try le buat roti ala-ala keledek gitu..Emm..namanya pun terbelit lidah nak sebut..SWEET POTATOES SWIRL BREAD...Pandai-pandailah uols translate sendiri..


Sumber :Frozen Wing
Dicopy paste drp: Hana's Family


Bahannya:

130ml susu segar (resepi asal soya)
1 biji telur
200g keledek ( kukus dan lenyek)
300g tepung roti
155g tepung gandum
8g yis
40g badam kisar - tak letak
5g garam
2 sk butter


Caranya:
  • Satukan susu dan telur dan kacau.
  • Dalam mixer bowl satukan tepung roti, tepung gandum, yis, badam kisar dan garam. 
  • Masukkan susu dan telur sedikit demi sedikit dan teruskan putar sehingga lembut dan gebu. 
  • Masukkan 1 sudu besar butter dan uli lagi hingga betul2 lembut dan elastik.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian.  
  • Tinggalkan 1 bahagian dalam mixer bowl dan masukkan keledek lenyek , tepung gandum, 1 sudu besar butter dan sedikit pewarna oren. 
  • Uli lagi hingga doh lembut dan tidak melekat. - (Doh ni sedikit melekat so jangan tambah tepung  nanti keras dan bila masa canai guna main dgn tepung. 
  • Bulat2kan kedua2 doh ke dalam mangkuk berasingan. Tutup dengan kain/plastik wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 40min.
  • Tumbuk2kan doh untuk keluarkan udara, taburkan tepung ke atas papan canai. 
  • Canai kedua2 doh dengan ketebalan lebih kurang 1inci dan sama besar . 
  • Letakkan doh plain ke atas doh keledek. 
  • Gulung dengan kemas dan masukkan doh ke dalam loaf tin. 
  • Naikkan doh sekali lagi lebih kurang 40min lagi hingga double size.
  • Panaskan oven suhu 170C, bakar selama 30min atau hingga roti masak. Sejukkan di atas redai baru potong.
Waktu petang lagi best dicicah ngan air teh.

Wednesday, January 18

ROTI TELUR BERGULA

Sarapan pagi dah..
Makan tengahari pun dah..
Tunggu menu untuk malam lak..
Emmm.. Ape ya?..
Malas nak fikir sangat otw balik keja nanti singgah kedai  beli lauk.. pastu masak nasi.. Abis cite..

Pernah makan ROTI TELUR BERGULA tak?...Ini resepi zaman persekolahku dulu.. Pepagi yang indah sebelum ke sekolah, my mum buatkan roti salut telur pastu guling dalam gula (dulu tak jumpa gula aising so my mum blend jer gula kastor tu...).. Minum ngan air milo... Sedap tau..Sekarang zue buat untuk my kids pulak.. Dia orang pun suka.. Yang paling suka tang gula agaknyer tu..+_+

Bahannya:

Roti Gardenia
Sedikit butter
Telur
Secubit garam
Gula aising untuk menyalut roti tersebut
Caranya:


  • Pukul manja dengan garfu telur bersama secubit garam.
  • Panaskan kuali bersama sedikit butter
  • Sekeping roti dipotong dua dan dicelup telur depan dan belakang
  • Sedia digoreng dalam butter tadi
  • Biarkan garing depan dan belakang
  • Angkat dan sejukkan sekejap
  • Sedia di salut dengan gula aising
  • Boleh dihidang

Sunday, January 8

CINNAMON PULL APART BREAD

Assalamualaikum..
Teruja betul bila buat roti menjadi.. Kali ni nak buat lagi.. Rasanyer dalam bulan ni kerja buat roti jer.. Tapi kalau nak buat roti kena buat hari cuti sebab ia memerlukan masa yang panjang untuk menaikkan dohnya tu.. Setakat sekejap jer naik jugak tapi tak lah sampai 2 kali ganda. 

Bila tengok dapur Madihaa ada CINNAMON PULL APART BREAD ni.. teruja nak mencuba.. tapi sebelum mencuba kena study dulu cara nak buat sebab bila sekali pandang macam susah jer nak membentuknyer.. tapi bila dah buat.. tak delah sesusah mana pun..

Ori Recipe: Joy the Baker
Disebabkan zue tak de BM (Bread Maker).. so zue guna resepi  manual..

Bahan-bahan:

200 gm tepung roti
100gm tepung gandum
6gm yeast
2 sk gula
140gm susu penuh krim disuamkan ~ Disebabkan stok susu tak de so zue guna susu tepung anak di campur bersama air suam
1 biji telur
1/2 sk garam
45gm butter
1/2 sk bread improver ~ Tak letak

Untuk filling
1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali butter
  • Putar dengan mixer pada kelajuan sederhana sehingga sebati atau menjadi doh
  • Masukkan butter dan putar lagi sehingga doh menjadi licin dan boleh dibentuk
  • Bulatkan doh
  • Tutup dengan kain basah yang bersih selama 45-60 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Sementara menunggu doh naik boleh dibuat fillingnya
  • Panaskan butter sehingga menjadi perang
  • Campurkan gula perang, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  • Bila doh dah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin
  • Sedia dibentuk
  • Bahagikan kepada dua bahagian dan canaikan
  • Sapukan dengan butter cair. Tabur gula campuran tadi. Kerat kepada 6 bahagian. (Rujuk gambar no.1)
  • Susunkan ke enam2 kepingan tadi berlapis2. Potong lagi kepada 6 bahagian. (Rujuk gambar no.2)
  • Susun di dalam acuan yang telah disapu butter seperti dalam gambar. Tunggu lagi sehingga doh naik 2 kali ganda. (Rujuk gambar no.3 dan no.4)

  • Bila doh dah naik 2 kali ganda, bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan. 
  • Bakar selama 30 - 35 minit suhu 175C sehingga atasnya kelihatan perang keemasan. 
  • Boleh tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil jika tak nak nampak hangus sangat bahagian atasnya kira2 selepas 20 minit di bakar.



Lagi sedap bila dimakan bersama jem atau cambell mushroom sup
 

Designed By Izza sakura