Assalamualaikum..
Salam Pagi sabtu. Glamer betul Roti Sarang Lebah ni kat FB. Itu yang zue try buat. Rasanya agak sedap ala-ala puding roti bersos kastad tu lah tapi versi lain skit. Memang kena ngan tekak zue duk saja-saja ada jer nak ke dapur merasa. Actually zue buh sosnya kat dalam peti ais so rasa sangat sedap bila dimakan bersama roti. Ermm... next time nak buat lagilah. Almaklum ni 1st cubaan.
resepi: FB Lydia Honey
DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam ( +-)
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka (Zue bubuh kismis, ceri merah dan ceri hijau)
Caranya:
- Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat ditangan. Sekiranya tiada BM perlu sental kuat-kuat ala basuh baju zaman dulu caranya dengan tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
- Uli sehingga elastic.
- Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
- Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang tak di ON ok.
- Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
- Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
- Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.
- Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven sendiri).
- Make sure oven panas giler baru masukkan loyang.
- 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
- Time bakar lebih kurang dalam 10-15 minit.
- Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
- Doh memang lembik so jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nak bahagi2 doh kecik-kecik.
- Tak semestinya buat bulat betul-betul sangat just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
- Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
- JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
- Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
- Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
- Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
- Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
No comments:
Post a Comment