Monday, July 22

TEPUNG PELITA ALA-ALA TERENGGANU



Assalamualaikum...

Selamat tengahari... Pagi tadi sahur tak uols? Zue bangun sahur tapi tak makan makanan berat cuma ambik buah kurma, susu anlene bersama quaker oats... Almaklum dah semakin berumur ni rasanyer kesihatan perlu diutamakan daripada keenakan rasa... Kalau ikut selera semua makanan nak ditelannya terutama bulan puasa ni. Jual apa pun makanan semua laku kalau kat pasar Ramadhan tu... sedap tak sedap kemudian kira... Sakit perut esok punya cerita... Actually kalau zue berbuka kat rumah zue lebih suka makan evenpu masak menu yang sama macam ayam goreng kicap sekali pun.... Anak-anak zue lebih suka air tangan mama dia daripada beli kat kedai... 

Kalau hari kerja zue akan membeli tapi membeli kat kedai yang biasa beli sebelum puasa sebab dah tahu sendiri rasanya macamana.. Tetiba teringin makan tepung pelita ori di Terengganu, kalau kat KL ni ader tapi cam kuih taco jer.. Pastu lapisan bawah dia dah dicampur dengan gula siap-siap..ermmm... tak best.. so alternatif lain buat lah sendiri... Inilah hasilnya... Kalau design daun pisang semacam jer abaikan saja.. ^_*

TEPUNG PELITA

sumber: Hanieliza

Bahan-bahan A disatukan

lapisan bawah 

1 cawan tepung beras  
sedikit air kapur 
7 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan) 

Bahan B  disatukan 

lapisan atas

3 cawan santan pekat 
1 senduk tepung beras 
secubit garam 

 Bahan C 

Gula pasir secukupnya 
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

 


Caranya:


  • Didihkan air untuk mengukus.
  • Masukkan 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. 
  • Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul.
  • Kukus sehingga masak. 
  • Masakan bahan B anggaran panas. 
  • Kemudian masukkan hingga penuh bakul. 
  • Kukus lagi sehingga lapisan atasnya masak  (untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu
  • Masukkan dalam peti ais. 

***Sekiranya daun pisang tiada boleh diganti dengan mangkuk kecil


 

Sunday, July 21

PUDING BUIH BERKUAH




Assalamualaikum dan selamat malam....

Hari ni dah 11 hari kita dalam Ramadhan. Amalan apa yang dah anda buat?.. Zue macam biasa akan amalkan surah pembuka rezeki iaitu Al- Waqiah.. Alhamdulillah berkat membaca dan mengamalkan ayat ni zue dipermurahkan rezeki terutama pada bulan yang mulia ini. Jom kita amalkan...

Waktu malam rasanya dapat jugak upload resepi terbaru zue. Waktu siang hari memang tak ada masa langsung nak upload. Alhamdulillah malam ni sempat jugak zue share resepi ni. Ini pun disebabkan permintaan ramai untuk mencuba resepi yang amat mudah ni. Rugi tau sape tak buat sebab ia sedap dan mudah dibuat walaupun sedikit cerewet dengan cara pembuatannya...



PUDING BUIH BERKUAH




Puding
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna

Caranya:


  • Masukkan air  ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan)
  • Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue
  • Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.
  • Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
  • Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
  • Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)
  • Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas
  • Sejukkan puding di dalam peti ais 

p/s: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih. 



Kuah Custard

1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

Caranya:

  • Larutkan custard didalam air terlebih dahulu
  • Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
  • Kacau sehingga mendidih dan naik bau.


p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk

Sunday, July 14

AYAM PANDAN ALA BBQ


Assalamualaikum..

AYAM PANDAN ni adalah menu berbuka zue semalam. Rasanya amat sedap dan wangi terutama masa ia dibakar dalam oven (wangi daun pandan satu rumah). Actually resepi ni boleh di goreng tapi zue lebih suka bakar dalam oven sebab ia tak delah berminyak sangat. Resepi ni lebih kurang seperti perapan ayam bbq cuma bezanya ia dibalut dengan daun pandan. Cara balutan daun pandan adalah sesuka hati sendiri. Disebabkan potongan ayam sedikit besar so zue menggunakkan 2 helai daun pandan. 

Jom cuba resepi yang amat mudah ni untuk berbuka puasa ....
 
Bahannya:

Dada ayam atau paha ayam (potong kiub )
1 biji bawang putih, dicincang halus 
1/2 sb Halia dicincang halus 
2 sb Sos cili 
1 sb sos tomato
1 sb Sos tiram
1 sb Kicap pekat
2 sk Serbuk lada sulah
1/2 sk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1 sb madu 
Daun pandan 
Lidi 

 

Caranya:

  • Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci x 1 inci dan toskan airnya.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan yang tadi yang digaul sehingga rata bersama ayam. 
  • Perap selama 1 jam paling tak lama dan semalam paling lama (lagi lama lagi sedap)
  • Sediakan daun pandan dan balut ayam tadi dengan menggunakan daun pandan. 
  • Masukkan dalam oven selama 25-30 minit untuk 150'c dan sedia di bakar. (nak goreng pun boleh) 
  • Kalau goreng jangan terlalu lama nanti ayam jadi kering.

Saturday, July 13

NASI GORENG NENAS


Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari ke4 umat islam berpuasa. Rasanya macam-macam menu kita nak buat untuk berbuka puasa terutamanya hari ni hari cuti bekerja. Dalam fikiran zue ni rasa nak buat macam-macam. Semangat memasak tu amatlah tinggi. Kalau hari kerja memang tak sempat jem sangat-sangat. Sampai  kat rumah dekat pukul 7. Letih terkejar-kejar untuk berbuka. Sempat beli lauk lepas tu balik rumah masak nasi jer. 

Semalam singgah beli kat kedai kelantan di pantai dalam, beli lauk daging kawah, akok 3 bekas, sambal belacan 1 bekas kecil (nak buat kut tak sempat) dan kerabu sarang (orang kelantan panggil)... Tup-tup time bayar rm29. Terkedu jap... mahalnyer... tak tau apa yang mahal sangat tu. Kalau sehari beli dalam rm29 bayangkan kalau untuk sebulan... bangkrup not... 

Pagi tadi zue bersahur dengan nasi goreng nenas.. Jom try buat..

NASI GORENG NENAS

Bahannya:

2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
¼ biji Nenas (dipotong dadu)
Bawang Putih (dicincang)
Cili Merah (dipotong nipis)
4 cm Kunyit (ditumbuk lumat)
4 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil gula


Caranya:


  • Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih
  • Tumis sehingga naik bau 
  • Masukkan kunyit, cili giling, sos tiram, sos ikan, sos tomato, sos cili, gula dan garam.
  • Apabila tumisan sudah naik bau, masukkan ayam yang dipotong halus bersama sedikit air
  • Tutup dengan tudung periuk sekejap untuk bagi ayam masak
  • Kemudian, masukkan nasi bersama sedikit lada sulah dan juga nenas yang dipotong kecil-kecil dan cili yang dipotong nipis-nipis kemudian goreng sehingga semua serata.

Thursday, July 4

BINGKA UBI KAYU


 

Assalamualaikum...

Selamat malam... Tak sampai 1 minggu kita akan menghadapi bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan kali ini. Azam zue tahun ni nak masak sepenuhnya tanpa membeli di pasar Ramadhan (harap-haraplah...). Almaklum kalau membeli ni ader jer yang tak kena. Sehari dua ni makanan still sedap masuk jer hari ketiga penjual dah start recycle makanan semalam... Panaskan dan jual balik. Perut kita ni pulak dah lah sehari tak makan termakan ngan makanan semalam yang mungkin basi.... Aduyai... berulang toilet ler jawabnyer...  

Selain daripada tu azam zue jugak nak merasa berterawih di masjid sebab tahun lepas tak berkesempatan disebabkan anak zue yang paling kecik tu noty sangat-sangat.. (sembahyang pun tak khusyuk) tahun ni cerdik sedikit rasenyer si haiqal ni . (Harap-harap lah...) Semoga urusan Zue dipermudahkan olehNya.. Ameen..

 

BINGKA UBI

Bahan-bahan:- 

Atas 

400 ml santan
1 cwn tepung beras 
2 sk garam 

Bawah 

3 batang Ubi kayu sederhana besar 
1/2 cawan gula putih 
5 helai daun pandan 

Caranya:- 

ADUNAN A 

Bahagian bawah 


  • Blend daun pandan menggunakan air yang banyak 
  • Potong ubi kayu menjadi sebesar ibu jari dan masukkan air daun pandan tadi untuk diblend kali kedua
  • Blendkan dengan memasukkan air daun pandan yang banyak.
  • Tapiskan untuk diambil isinya sahaja. 
  • Isinya diletakkan atas kuali dan digoreng bersama gula putih. 
  • Kacau sehingga pekat seperti jem. 



ADUNAN B 

Bahagian atasnya 


  •  Masukkan santan bersama tepung beras yang dibancuh dengan air dan kacau. 
  • Masukkan juga garam (agak2 jangan terlampau masin). 
  • Kacau sehingga menjadi pekat. 
  • Masukkan adunan A ke dalam loyang dan baru masukkan adunan B ke atasnya. 
  • Sejukkan sebelum dimakan
 

Designed By Izza sakura