Sunday, June 30

KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS


 
Assalamualaikum.. 

Selamat petang.... Semalam zue try buat kek sarang semut aka kek gula hangus.. Lega menjadi.. Tak manis sangat resepi ni. Actually dah lama nak try tapi tak de kesempatan so semalam kebetulan nak berholiday, itu yang merajinkan diri nak buatnya. Nak buat kek ni agak mudah tapi perlu berhati-hati sebab agak cerewet dengan gula yang dihangitkan takut meletup-letup terkena jari (sebab zue dah kena). Ikutkan resepi kena perap 3-4 jam tapi zue perap sejam lebih jer but still cantik lubang-lubang semut tu..
  

KEK SARANG SEMUT AKA KEK GULA HANGUS

Bahannya:

1 cawan gula castor
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 st soda bikarbonat
4 biji telur
2 sb mentega

   

Caranya:

  • Gula dimasak dengan api yang sederhana sehingga hangus
  • Masukkan air panas dan kacau perlahan-lahan (Part ni yang kena jaga-jaga)
  • Tutup api dan masukkan mentega.
  • Sejukkan dan ketepikan
  • Pukul telur sehingga kembang dan pekat
  • Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati
  • Ayak tepung bersama soda
  • Masukkan sedikit demi sedikit kedalam gula hangus bersama telur yang dipukul tadi
  • Kacau rata dan perap selama 3-4 jam
  • Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit sehingga 1 jam

Friday, June 28

BUBUR CHACHA



Selamat pagi...

Alhamdulillah... Hari ni adalah hari jumaat, penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer, jerebu dah berkurangan rasa nyaman jer tidur semalam tak lah kepanasan macam biasa. Kalau pakai aircond pun tak elok jugak untuk kesihatan kita. Opis pun pakai aircond dan kat rumah pun aircond. Inilah punca penyakit sebab peluh tak keluar... Ermmm

Berbalik pada resepi hari ni BUBUR CHACHA. Biasa beli chacha yang dah siap kali ni zue nak share resepi yang homemade punya...lagi sedap. Teringat masa kecik-kecik dulu my mom selalu buat bubur chacha dan bubur gandum homemade. Dulu tak de lah nak main ngan kaler-kaler ni so hari ni zue letak jer kaler lagi makin selera nak makan...+__+
   
Resepi Bubur Chacha 

Bahan chacha: 

240 g tepung beras 
Air secukupnya 
pewarna (jika suka) 

Bahan Kuah 

250ml air 
200gm santan pekat 
125 ml air gula melaka 
2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini ) 

Cara penyediaan : 


  • Bagi membuat doh, satukan tepung beras dan garam dengan secukup rasa di dalam mangkuk adunan sambildigaul rata. 
  • Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. 
  • Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras. 
  • Gentel kecil kecil, buat hingga habis. 
  • Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih. 
  • Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan. 
  • Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan. 
  • Perlahankan api agar santan supaya tidak pecah dan kemudian masukkan air gula melaka dan doh yg digentel tadi.
  • Sedia dihidangkan.

Thursday, June 27

JUS AVOCADO GULA MELAKA

 Selamat pagi..

Alhamdulillah jerebu makin berkurangan. Anak-anak dah mula pergi sekolah hari ni. Dia orang dah tak sabar-sabar nak masuk sekolah. Lega diaorang tak de yang demam. Mama dia orang jer yang demam dan sakit tekak. Hari ni dah rasa sihat sikit badan mungkin sebab banyak minum air kosong. Ia membuang toksik dalam badan. Zue ni jenis liat jugak nak minum air masak tapi fikir untuk jangka masa panjang telan jugak lah.

Antara jus peberet zue adalah jus avocado. Dah banyak kali buat dan banyak kali papar kat dalam entry blog zue. Minum jus ni memang tak puas. Kalau pergi kat ayam penyet tu minum segelas kiran dalam dekat nak 10 henggit ... mahal tau.. buat sendiri lagi puas hati..

Kebiasaan duk try resepi sama kali ni try resepi letak gula melaka pulak.. 
   
JUS AVOCADO GULA MELAKA 
sumber: mustsweet

2 biji avocado yg masak 
1 cawan susu segar 
1 sudu gula air gula melaka ( masakkan gula melaka dgn air) 
ais batu

Caranya:-
  • Isi avocado, gula serta di campur dengan susu dan kisar sebentar. 
  • Letakkan ke dalam cawan dan tuang air gula melaka. 
  • Masukkan ais dan sedia dihidangkan

Wednesday, June 26

MACARONI ala MURTABAK



Assalamualaikum.. .

Cuaca seminggu ni amat berjerebu.. Kesihatan betul-betul terjejejas.. Rasa badan ni lemah sangat-sangat. Ngantuk nak tidur jer. Semalam Alhamdulillah hujan kurang skit jerebu tu.. Waktu jerebu gini nak pergi kerja langsung tak jem. Mungkin sebab budak tak pergi sekolah kut. Rasa lega otak ni..

Jom tengok resepi ni..


MURTABAK MACARONI


BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
100ml minyak - untuk menumis
1 pkt rempah 4 beradik (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
10gm cili kisar
1 inci halia - dimesin
20gm bawang putih - dimesin70gm bawang merah - dimesin
10 helai daun kari
40gm serbuk kari ayam/daging + kurma +100ml air = cairkan
(dihiris kecil)
500gm mix vegetable (saya hanya guna karot yg dipotong dadu)
150gm bawang besar - dipotong dadu
100ml air - untuk dicampur jika filling pekat
2 tangkai daun sup
sedikit garam, gula
Bahan C
200gm macaroni - direbus hingga masak
10 biji telur


 

CARA-CARANYA:-

  • Tumis bahan A sehingga naik bau dan wangi
  • Masukkan bahan B kecuali daun sup dan perasa. 
  • Masak sehingga semua bahan masak dan jika pekat masukkan sedikit air. jangan sampai terlalu berair sangat. 
  • Masukkan daun sup dan bahan perasa, masak hingga pekat. Sejukkan dahulu. Apabila telah sejuk, masukkan macaroni dan masukkan telur yang telah dipukul sedikit. 
  • Alas pasment paper dalam loyang.
  • Masukkan adunan kedalam loyang (untuk adunan ini guna loyang 10 x 10 x 2)

  • Bakar didalam oven selama 1/2 jam 180C 








Saturday, June 22

STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT


 

Assalamualaikum.. 

Selamat petang. 

Petang ginikan best dapat menikmati juadah enak. Tetiba zue merajinkan diri lak nak buat swiss roll. Actually zue fobia betul nak buat swiss roll sebab tak reti nak gulung. Gulungan tu menyebabkan swiss roll pecah. Punyalah lama nak buat balik...study dan study caranyer so alhamdulillah hari ni jadi pulak... Ermm pasni mereka cipta pulak ler patern swiss roll  ni... Hehehee...
 
STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT 

Bahannya: 

70gm tepung gandum* ayak 
1 cb susu tepung * ayak 
3 biji telur (gred A) 
60 gm gula halus 
60ml minyak jagung 
2 ct ovallet 
1 ct esen vanila pewarna pilihan
Caranya;

  • Satukan kesemua bahan kecuali minyak, whipping cream dan strawberry dan pukul sehingga sebati
  • Bila adunan dah gebu, masukkan minyak dan kaub balik sehingga rata
  • Simpan sedikit untuk mewarnakannya
  • Sedia loyang 7x 10 inci dan alas dengan kertas minyak
  • Sedia memasukkan adunan tadi kedalam loyang dan ratakan 
  • Dotkan dengan pewarna mengikut kreativiti anda
  • Panaskan oven pada suhu 175'c dan bakar selama 15-20 minit mengunakan kipas 
  


  • Pukul whipping cream sehingga kental
  • Potong buah strawberry
  • Swiss roll dah masak, terbalikkan atas plastik cling
  • Buang lapik kertas
  • Letakkan whipping cream dan buah strawberry potong
  • Gulung menggunakan plasti cling tersebut

Friday, June 21

IKAN JAKET SAMBAL BEREMPAH



Assalamualaikum 

Selamat tengahari....
Hari ni dah 12 Rejab maknanyer lagi 17 hari lagi kita nak sambut Ramadhan. Dah habis puasa ganti ke? Zue tinggal lagi 2 hari.. Ermm.. agaknyer bila nak ganti ni...

Untuk resepi hari ni zue nak share resepi ikan bakar sambal berempah. Kebiasaannya zue akan buat resepi ni untuk berbuka puasa. Agak sedap. Hari tu zue bagi sekor kat jiran terus jiran mintak resepi katernyer agak sedap. Jom try.. 
 

IKAN BAKAR SAMBAL BEREMPAH 

 Bahannya:

1 ekor jaket (ikan lain pun boleh buat)
*5 sb cili mesin 
*1 labu bawang besar - mesin 
*1 ulas bwg putih - mesin 
*1/2 inci halia - mesin 
*daun limau purut
*sos tomato
*sos tiram
*asam keping
*bunga kantan
*sedikit belacan
***sedikit air untuk blender semua bahan
gula dan garam secukup rasa
 

Caranya:

  • Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir 
  • Tumis semua bahan kisar bertanda * sehingga garing.
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis. 
  • Tumis sehingga agak kering
  • Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, 
  • letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang (macam bungkus  ikan tu, supaya wap tak keluar). 
  • Masak pada api sederhana hingga ikan masak. 
  • Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang... 

Sunday, June 16

TORTE LADY FINGER LEMON CAKE


 
Assalamualaikum.. 

Happy father's day buat en suami zue MOHD NIZAM BIN OTHMAN. Semoga dapat menjadi Abah mithali dan suami kesayangan mama selalu... 

Semperna father's day ni zue nak share entry kek torte lady fingger lemon resepi daripada anna olson dalam channel 703 hari tu. Untuk pengetahuan semua resepi ni adalah salah satu koleksi dalam majalan AROMA keluaran mei 2013. Sekarang baru zue boleh share kat blogger ni.. almaklum buzy sangat tak sempat. Ini pun duk buat next projek untuk AROMA sempena hari raya. Alhamdulillah pihak AROMA masih bagi memberi kepercayaan buat zue untuk mengongsikan pelbagai resepi yang zue buat dari blog ni.


TORTE LADY FINGER LEMON CAKE 

Resepi asal: Anna Olson 

Diolah oleh: zue@tarabozu2@blogspot.com


Bahan untuk dasar kek

KEK SPAN


Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan





Caranya:

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
Bila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan

Untuk resepi ni hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja
Bila dah siap ketepikan kek 
Bahan lain:
18 batang biskut lady finger
½  cawan jus lemon
1 cawan gula (buat separuh-separuh)
4 bj kuning telur
½  butter tanpa garam (suhu bilik)
1 ½ cawan whipping cream

Caranya:


  • Satukan jus lemon bersama ½ cawan gula tadi dan kacau sehingga larut


  • Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama ½ cawan gula sehingga kembang dan sebati
  • Sambil pukul, perlahan-lahan masukkan jus lemon yang dikacau bersama gula  tadi
  • Masukkan ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana sehingga berbuih dalam 2 minit
  • Kemudian masukkan dalam bekas lain dan pukul lagi sehingga sejuk
  • Sambil pukul, masukkan butter dan pukul sehingga ia menjadi pekat
  • Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kental
  • Kemudian satukan whipping cream dan bahan tadi
  • Kemudian kaup balik sehingga rata
  • Sediakan  Loyang bersaiz 8 inci dan letakkan kek pada dasar Loyang
  • Kemudian dirikan biskut lady finger dan dimasukkan adunan tadi sebagai gam untuk mengelakkan ia terbalik atau jatuh
  • Ulang step tersebut sehingga habis.
  • Untuk hiasan, ambil sedikit adunan dan warnakan mengikut bentuk dan kreativiti sendiri


  • Friday, June 14

    KEK KEJU PISANG SALAI



    Assalamualaikum.. Hari tu masa Zue gi Bandung jatuh cinta dengan kek keju pisang salai. Memang tebaik.. sedap sangat-sangat. Beli sebijik dalam rm15.. Parutan cheesenya agak meriah itulah punca kesedapan kek tersebut. Kebetulan ada member nak gi Bandung zue kirimkan lagi.. Sekali hadap jer..licin tau.. So dah rasa gian sangat nak makan kek yang agak jauh zue pun try ler reka sendiri resepi ni. 

    Kalau nak ulas rasa resepi rekaan zue ni.. cam lebih kurang lah jugak.. Actually zue ambik resepi cotton light cheese kek cuma tambahkan pisang salai jer kat dalam. Pastu kat atas zue parutkan cheddar cheese.. Rasa lemak-lemak manis dan masin kat kek ni punca rasa sedap tu timbul dan bau wangi pisang salai tu menyelerakan tapi awas kalau sesiapa yang tak mengemari pisang salai mesti tak suka. Yang pasti tepuk dada tanya selera sendiri...
      
    Bahannya: 

    6 keping cheddar cheese 
    300ml susu segar 
    3 biji telur gred A 
    1 sk sanquick 
    90gm gula halus 
    110gm tepung gandum 
    110gm mentega/marjerin
    **Pisang salai   10-15 biji
     
     Caranya:- 
    • koyakkan ciz kecil2 dan campurkan dgn 300ml susu segar, masak dengan api perlahan, kacau selalu. 
    • Masukkan butter dan tutup api. 
    • Asingkan telur putih dan merah. 
    • pukul telur putih dengan gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. 
    • Ketepikan Pukul telur merah hingga kembang, masukkan dalam adunan ciz tadi ( no 1 ). 
    • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, kacau perlahan. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi. 
    • Sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. 
    • kaup dan sebatikan adunan. 
    • Lapik acuan kemudian griskan 
    • Susunkan pisang salai dan tuang adunan tadi ke dalam acuan yang digriskan. 
    • Bahagian atasnya letak kan kembali pisang salai tersebut
    • Sedia dibakar pada suhu 175c secara bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing
    .

    Tuesday, June 11

    IKAN KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM


     
     Assalamualaikum... 

    Selamat Tengahari.. 

    Tengahari ni zue nak share resepi IKAN KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM. Tempat paling best kalau nak makan jenis-jenis ikan cicah air asam ni ialah kat Pak Din di Tang Ling dan Juga dibelakang Istana Negara. Kat situ antara tempat terbaik untuk merasa ikan cicah air asam di Kuala Lumpur. Rugi saper yang duk KL tapi tak pernah merasa.



    Kesedapan Ikan bakar ini adalah bergantung pada air asam tersebut. Air asam perlulah ada rasa masam, manis, masin dan pedas secukup rasa, barulah kaw kuah tersebut.
     
    Resepi Ikan Bakar

    Sumber: Potret Kasih

    4 ekor ikan kembung ( atau apa-apa ikan yg disukai ) 
    secubit garam daun pisang/daun lengkuas 

    Cara penyediaan 
    • Ikan dibuang perutnya dan di cuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam. 
    • Bungkus ikan tersebut dengan daun pisang atau daun lengkuas. 
    • Bakar di atas kuali non stick atau di dalam oven


    Resepi Air Asam 

    Anggaran segenggam asam jawa 
    air suam secukupnya 
    1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu 
    15 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) – dipotong2 
    1 biji buah tomato – di potong dadu 
    1/2 – 3/4 inci belacan di bakar ( ikut citarasa ) 
    gula garam dan sedikit perasa ( jika suka ) 

     Cara penyediaan 
    • Asam jawa disatukan dengan anggaran 1 cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya. 
    • Ulangi langkah tadi dgn menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi. 
    • Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan. 
    • Ambil belacan bakar dalam bekas lain kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah diperah tadi. 
    • Satukan belacan tadi bersama pati air asam, gula, garam, serbuk perasa, cili, tomato dan bawang yg telah dipotong kecil2 tadi. 
    • Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar.

    Monday, June 10

    MERINGUE KISS


     

    Assalamualaikum... 

    Morning uols... 

    Ceriakan pagi bersama 1 syaaban hari ni. Semoga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki kita selalu. Ameen.. Pagi yang indah bersama dengan bermulaannya sekolah dibuka. Betapa liatnyer anak-anak kita nak bangun lepas 2 minggu bercuti. Zue lak bila mulanyer hari Isnin semangat agak kureng so cari mood dulu untuk mulakan kerja hari ni. 

    Hari ni Zue nak share MERINGUE KISS.. Apa tu.. Pernah dengar tak?.. Ini adalah sejenis dessert dari putih telur. Biasa kita dengar pavlovakan atau macaron... Ari ni try lak dengar meringue.. Bagi yang tak pernah dengar.. Rasanya?.. Lembut dan manis ala-ala mashmallow..

     
    MERINGUE KISS 

    Bahannya: 

    2 biji telur putih (suhu bilik) 
    1/2 sk perisa papermint 
    1/2 cawan gula 
    2 titik pewarna kuning dan hijau (ikut selera)
     


    Caranya:

    • Masukkan telur putih didalam bowl
    • Pukul sehingga separuh meringue
    • Masukkan gula bersama perisa papermint 
    • Pukul sehingga jadi meringue 
    • Asingkan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna kuning dan hijau   
    • Masukkan dalam piping bag 
    • Sedia dipiping
    • Zue guna nozzle star untuk membentukkannya.
    • Bakar selama 150'c atau sehingga masak selama 45 minit (Bergantung pada saiz piping meringue) 
     

    Saturday, June 8

    UDANG TEMPURA


     
    Assalamualaikum.. 

    Selamat tengahari.. 

    Menu apa untuk lunch hari ni agaknyer.. Memandangkan anak-anak Zue pengemar udang so zue goreng udang tempura untuk diaorang. Kalau kat kedai agak mahal untuk sepinggan so adalah lebih baik buat sendiri puas makan tau.. 

    Jom kita try resepi mudah ni..
     

    UDANG TEMPURA

    Bahannya:

    8-10 ekor udang segar sederhana besar 
    100g tepung gandum 
    100g serbuk roti 
    1 biji telur 
    garam secukup rasa
    lada sulah 
    minyak utk menggoreng
     

    Caranya:

    • Kulit udang di kupas kulit, buang kepala dan basuh sehingga bersih. 
    • Kerat bahagian badan udang jangan sampai putus supaya udang tak membengkok semasa digoreng.
    • Lap udang menggunakan kicthen towel supaya tak meletop ketika menggoreng.
    • Taburkan garam dan sedikit lada sulah. 
    • Lumur udang dengan tepung.
    • Celupkan pada telur yg dah dipukul ringan dengan garfu.
    • Kemudian lumur pada serbuk roti dan ratakan sepenuhnya.
    • Pastikan minyak betul-betul panas.
    • Lastly goreng udang hingga keemasan.

    Yang paling best cicah bersama sos cili thai atau sos bawang putih daripada Thailand (Boleh didapati dipasaraya besar)
     

    Designed By Izza sakura