Tuesday, June 11

IKAN KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM


 
 Assalamualaikum... 

Selamat Tengahari.. 

Tengahari ni zue nak share resepi IKAN KEMBUNG BAKAR CICAH AIR ASAM. Tempat paling best kalau nak makan jenis-jenis ikan cicah air asam ni ialah kat Pak Din di Tang Ling dan Juga dibelakang Istana Negara. Kat situ antara tempat terbaik untuk merasa ikan cicah air asam di Kuala Lumpur. Rugi saper yang duk KL tapi tak pernah merasa.



Kesedapan Ikan bakar ini adalah bergantung pada air asam tersebut. Air asam perlulah ada rasa masam, manis, masin dan pedas secukup rasa, barulah kaw kuah tersebut.
 
Resepi Ikan Bakar

Sumber: Potret Kasih

4 ekor ikan kembung ( atau apa-apa ikan yg disukai ) 
secubit garam daun pisang/daun lengkuas 

Cara penyediaan 
  • Ikan dibuang perutnya dan di cuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam. 
  • Bungkus ikan tersebut dengan daun pisang atau daun lengkuas. 
  • Bakar di atas kuali non stick atau di dalam oven


Resepi Air Asam 

Anggaran segenggam asam jawa 
air suam secukupnya 
1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu 
15 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) – dipotong2 
1 biji buah tomato – di potong dadu 
1/2 – 3/4 inci belacan di bakar ( ikut citarasa ) 
gula garam dan sedikit perasa ( jika suka ) 

 Cara penyediaan 
  • Asam jawa disatukan dengan anggaran 1 cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya. 
  • Ulangi langkah tadi dgn menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi. 
  • Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan. 
  • Ambil belacan bakar dalam bekas lain kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah diperah tadi. 
  • Satukan belacan tadi bersama pati air asam, gula, garam, serbuk perasa, cili, tomato dan bawang yg telah dipotong kecil2 tadi. 
  • Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar.

No comments:

 

Designed By Izza sakura