Friday, February 3

CREAM PUFF JAGUNG

Assalamualaikum..

Salam Pagi jumaat.. Pepagi yang indah ni zue nak tayang creampuff yang dibuat baru-baru ni.. Actually dah lama simpan niat nak buat creampuff.. Rasanya duk simpan koleksi resepi dah berabad lamanya.. Tapi nak buat tu tak de mood yang ok.. Tetiba ari tu semangat nak buat datang, kebetulan hari cuti, anak-anak tak de so senanglah nak buat keje.. tak de gangguan...Akhirnya puas dapat buat jugak...

Orang kata kalau inti sedap makna sedaplah creampuff tu.. so untuk menyedapkan intinya zue try buat versi inti jagung...Memang sedap.. Seperkara lagi bab cara membentuk atau pipingkan creampuff ni.. Actually kalau kita piping saiz yang kecil maka kecil 'come lote'lah creampuff ni.. macam zue buat.. tapi bila makan tak puas pulak... next time nak try wat versi 'beso bapok' pulak.. Eeemmmmm.. baru puas... sekali ngap jer ..terus kenyang...Hehehee...:)


Sumber : Zaliana, My Resepi 

Bahannya:

* 125 gm self raising flour 
@ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
* 100 gm butter 
* 250 ml air 
* 1/2 sudu teh gula 
* 3 biji telur 

Caranya untuk puff
  • Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 
  • Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
  • Sejukkan. 
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang 
  • Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
  • Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. *- kalau tak spray , renjiskan dgn air.
  • pre heat oven, bakar selama 25 min; 180'C. 
  • Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung. 


Bahan untuk inti jagung 
* 1 cawan air 
* 1/2 cawan susu cair 
* 1 cawan jagung dalam tin 
* 1/2 cawan tepung kastad 
* 5 sudu besar gula 
Cara untuk inti:
  • Kacau tepung kastad dan air.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
  • Kacau hingga naik wap 
  • Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
  • Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff 

7 comments:

Junie Octovian said...

Salam kenal...
Akak pun lama dah kepingin nak buat creampuff ni. Asyik membelek gambar aje.. tunggu anak balik ramai-ramai baru boleh buat kot?
Inti Zue menarik, boleh dicuba sebab resepi yg akak simpan ni versi inti kastad aje. TQ Zue 4 sharing.
Kalau dekat boleh hulur piring...hehehe

Kak Sam said...

Teringin nak buat tapi asyik tertangguh je

nOOrsha said...

salam/....dari jauh lg dah tebau cream puff jagung ni..sedapnya :)

..::Zue::.. said...

Junie Octovian~ slm kenal kembali..trylah buat versi inti jagung.. lg sedap drp inti kastad..jauh pun boleh hulur..nanti sy hulur by email... :)

Kak sam~ yg ni kena ada kerajinan br leh buat mcm sy dah sampai thn lain br bleh buat..

noorsha~ wslm.. :)

ummiakid-lily said...

antara dalam senarai nak buat...tapi x terbuat...nampak sedap sgt cream puff tu...tomey lote..

ummiakid-lily said...

antara dalam senarai nak buat...nampak sedap sangat creampuff tu...tomey lote jer..

..::Zue::.. said...

ummiakid-lily~ kena ada mood rajin br bleh buat.. buat beso lg best rasenyer.. br puas makan...

 

Designed By Izza sakura