Sunday, February 5

KEK OREN BLEND with CHEESE

Salam Maulidul Rasul..

Pagi yang indah ni zue nak share KEK OREN BLEND WITH CHEESE yang dibuat baru-baru ni. Biasanya ramai blogger membuat kek oren blend saja.. Saja zue tambahkan cheese memandangkan kebetulan cheese dah nak expired kat umah ni.. Ternyata memang sedap..

Saiz kek ni memang kecil so kalau keluarga ramai tu eloklah didoublekan resepi ni..
Sumber: Kak Roz
Copy paste drp: ALAM SARI


Bahan-bahan:
1 biji oren (kulitnya diparut sekali dan diketepikan)
3 biji telur
1 cawan gula (resepi asal 2 cawan)
1 cawan minyak 
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder* (resepi asal 1 sudu besar)


Caranya:
  • Panaskan oven 180'C. Alaskan loyang bersaiz 8" dengan baking paper.
  • Ayakkan bersama bahan-bahan bertanda.
  • Buah oren dibelah dan dibuang bahagian putih (bawah kulit oren). 
  • Buang biji jika ada.
  • Dalam jug pengisar, masukkan buah oren yang dibelah, telur, gula dan minyak. 
  • Kisarkan sehingga gebu. (3 hingga 4 kali 'on' pun dah okey)
  • Kalau jug pengisar anda besar, tak perlu keluarkan bahan kisar ke mangkuk lain, terus masukkan parutan kulit oren, gaul sekejap dengan spatula kemudian masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  • Tuang adunan dalam loyang dan bakar 50 minit atau sehingga masak .

Memandangkan kek ni mudah merekah apabila api terlalu panas so bakar menggunakan api dibawah saja.
Resepi topping cream cheese:

Bahannya:
227 gram cheese philadephia 
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula ising
200 ml whipped cream


Caranya:
  • Pukul cheese bersama gula aising sehingga sebati
  • Masukkan esen vanila dan whipping cream dan pukul sehingga kental dan sebati.
  • Sedia dihias atas kek.

2 comments:

Kak Sam said...

Hari tu pernah buat sekali, tapi tak jadi. tensen betul. Nakbuat lagi takut le pulak.

..::Zue::.. said...

Dia kena blend lama kak....tp rasanya memang sedap sgt2...

 

Designed By Izza sakura