Monday, September 19

MAKARONI SUP TOMATO





Sabtu minggu lepas zue buat open house kat umah. Rasa cam penat tak hilang lagi ni so tu yang malas nak update my blog ni. Tapi sayang gak kalau tak up date, nanti nice pic banyak dikumpulkan tanpa di upload.. lama-lama jadi basi lak.. tak ter upload. So dengan sedikit kerajinan hari ni zue upload kan pic dan resepi yang zue buat ni.

Actually ni adalah resepi turun temurun keluarga suami. Biasa kita makan macaroni sup biasa ajer kan.. Kali ni zue nak sharekan resepi makaroni sup tomato yang ada sos kimball dan sup tomato heinz. Tq buat En Hubby yang sharekan resepi ni...
Bahan-bahan:-

1 bungkus macaroni 
1/2 tin tomato puree 
2 tin sup tomato jenama heinz
3 sudu sos cili
2-3 biji kentang
3 batang saderi
2 batang carrot dipotong halus-halus
seketul tulang gear box (nak guna tulang daging/ayam saja pun boleh)
3 biji bawang putih, 5 biji bawang merah dan sedikit halia
3 sekawan (cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
sedikit daging ayam dipotong kecil-kecil
1 sb rempah sup adabi dicampur sedikit air
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

Hiasan
daun sup 


Cara-caranya:
  • Masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah sup yang di campur sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan air separuh daripada periuk.
  • Masukkan ubi kentang, carrot dan ayam yang dipotong kecil-kecil bersama tulang gear box tadi. Masak sehingga daging pada tulang tersebut agak masak.
  • Masukkan tomato kimbal, sos cili bersama tomato sup jenama heinz. 
  • Masukkan juga batang saderi yang dipotong kecil-kecil (atau apa-apa sayur pilihan sendiri)
  • Lastly masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Cara menghidang
  • Masukkan makaroni kemudian letakkan kuah sup dan hiaskan dengan daun sup..
  • Pastikan masam, masin dan manis secukup rasa..baru sup tersebut betul-betul sedap...

5 comments:

Rabiatun Adawyah said...

ooo..buat open hauz ehhh..tak jemput akak pun..hahahaha....

Sedapnyer menu dia..

..::tarabozu::.. said...

hehhee... sory kak.. next time comform jemput.. huhuhuuu..

cinnamon.com said...

salam,lama tak singgah kat sini..nampak menyelerakan..

..::tarabozu::.. said...

wsalam cinnamon... memang sedap.. acu cuba try test lah.. ^_^

Nizam said...

bungkus satu, kuah asing, wokey. kenyang tak makan benda camni?

 

Designed By Izza sakura