Tuesday, August 28

OREO CUP CAKES WITH BUTTERCREAM

Assalamualaikum...

Start minggu ni jadual untuk jemputan open house penuh.. Yang syoknyer tak yah masak...huhuu.. Tak de lah jugak.. Actually Zue pun kena buat open house jugak. Permintaan en hubby nak buat 2x.. 1 sesi untuk family dan 1 lagi sesi untuk opismate dan kawan-kawan kami.. Perhh... penat tu.. dah ler tak de bibik.. Zue lah yang jadi bibiknyer.. Actually buat open house ni memang seronok sebab orang datang rumah dan rasa masakan kita.. Kalau dapat pujian tu rasa kembang kempis gak.. huhuuu... tapi tak banyak lah.. skit jer.. celah-celah kuku jer.. :P

Malam ni Zue nak upload resepi Oreo Cup Cake...

Resepi Oreo Cupcake
Asal ~Zoe Bake For Happy Kids
Bahannya:

120gm mentega
70gm gula castor
2 biji telur
1 sk esen vanila
120gm susu segar
80gm yogurt (Resepi asal guna buttermilk)
210 tepung gandum

1/2 sk baiking powder **Ayak bersama tepung
Biskut oreo yang dibuang intinya.

Caranya:
  • Lembutkan mentega pada suhu bilik
  • Dalam bowl masukkan mentega dan gula. Pukul sehingga gebu dan putih.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Panaskan susu segar dan yogurt. Kacau sehingga rata dan masukkan dalam no. (2)
  • Masukkan esen vanila, diikuti dengan campuran tepung yang di ayak tadi dan kacau sehingga rata.
  • Bahagikan dua bahagian. Satu bahagian masukkan biskut oreo yang dihancurkan dan satu lagi biarkan saja pada warna asal.
  • Sedia dimasukkan dalam cup dimana separuh dimasukkan perisa oreo dan separuh lagi plain.
  • Bakar pada suhu 18-'c dalam masa 20 minit atau sehingga masak.

Resepi buttercream


Bahannya:
80gm butter
250gm creamwell
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden syrup

Caranya:
  • Butter dipotong kecil
  • Satukan butter bersama creamwell dan pukul sehingga kembang dan putih
  • Ayak gula aising
  • Masukkan gula aising dan golden syrup ke dalam butter yang dipukul tadi dan pukul sehingga kembang dan sebati.
  • Sedia dipiping atas cup cakes.

Untuk saiz M adunan ini dapat lebih kurang 25 biji cup cakes.

Friday, August 24

KEK PINK VELVET


Assalamualaikum..

Camna raye?.. dah balik kampung ke?.. Zue baru jer sampai kat rumah mertua di Penang. Sempat lagi upload pic kek yang dibuat masa hari raya pertama baru ning. Actually nak upload kat Terengganu tapi line semput betul cam siput sedut jer.. Bila sampai jer kat Penang, dengan tiada kesabaran dalam diri ini.. terus upload tanpa peduli persekitaran sini... heheeeeheee...

Biasa Zue buat KEK RED VELVET tapi kali ni buat sedikit kelainan iaitu KEK PINK VELVET..Rasanya memang sedap dan agak gebus keknyer..
KEK RED VELVET
Resepi: Joy Of Baking
Sumber: Dari dapur CT

Bahannya:

250gm tepung gandum** Ayak
1/2 sk garam**Ayak
113gm butter / 1/2 cawan butter
160gm gula castor
2 biji telur gred A
1 sk esen vanila
Pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
Caranya:
Sediakan buttermilk terlebih dahulu
**satukan 1 cawan susu segar bersama 1 sudu makan cuka

  • Panaskan oven pada suhu 170'c
  • Sapukan loyang dengan butter (kalau ada 3 biji loyang yang sama saiz agak elok)~Zue guna loyang saiz paling kecil iaitu 10 inci
  • Dalam mangkuk satukan gula dan butter. Pukul 1-2 minit sehingga agak gebu
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang dan gebu
  • Kurangkan kelajuan, masukkan tepung yang di ayak tadi bersama buttermilk buatan sendiri dengan cara berselang seli sebanyak 3 kali.
  • Dalam mangkuk kecil masukkan soda bersama cuka tadi sehingga berbuih dan kacau cepat-cepat. Kemudian masukkan dalam adunan tadi sambil kaup balik adunan tersebut.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna merah dalam 4-5 titik dan sebatikan. Bahagian kedua masukkan 3 titik pewarna merah dan sebatikan. Dan lastly masukkan 1 titik pewarna merah dan kacau sehingga sebati.
  • Sedia dimasukkan dalam 3 biji loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.. Testing dengan cucuk dengan lidi untuk tau dah masak atau sebaliknya.
  • Sejukkan atas redai

Cream cheese frosting

Bahannya;

250gm cream cheese
115gm/1 cawan gula castor
100gm butter
2 sb susu segar

Caranya:
  • Satukan kesemua bahan tersebut dan pukul sehingga sebati dan gebusss...

Tuesday, August 14

TRIFFLE STRAWBERRY

Assalamualaikum...

Pagi ni hujan renyai-renyai di kawasan puchong.. Rasa sejuk lah.. Ermm... kalau sambung tido kan best.. Tapi hari ni kena g keja nak settlekan apa yang patut sebelum cuti panjang ni.. Tak per sabo..sabo.. lagi 4 hari jer nak balik kampung pastu.. ye..ye.. Raye ler.. Tahun ni giliran balik Terengganu.. Bahagianyer.. Pastu raye ke-5 kena pulang umah mertua di Penang.. Zue dah koling2 mak di kampung.. katernyer nak buat nasi dagang untuk raya pertama..bestnyer...Tetiba rindu jugak ketupat mak mertua...Harap-harap mak mertua still simpan...

Berbalik dengan resepi pagi ni Zue nak share puding triffle yang entah kali ke berapa zue buat. Dulu duk tengok resepi puding triffle dalam blog kak Nani Rostam.. Pastu bila dah terer buat mulalah mereka cipta Puding Triffle versi zue lak.... Apa-apa pun ni adalah dessert yang best sangat-sangat tau..Harus dicuba..

PUDING TRIFFLE

Bahannya:
Swiss Roll
Kristal Jelly
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail & nata de coco
jem strawberry
Tepung kastad
Gula

Hiasan
Whipping cream
Buah Strawberry dan buah kiwi
Caranya:
  • Susun swiss roll di dasar bekas. 
  • Tuang air dari fruit coctail dan nata de coco tadi
  • Tuangkan jem strawberry nipis-nipis pada fruit coctail tersebut.
  • Masakkan susu cair bersama gula dan tepung kastad. Kacau sehingga sedikit pekat dan tuangkan pada bekas tadi. Biarkan seketika sehingga sedikit keras.
  • Masukkan buah fruit coctail dan nata de coco tadi.
  • Lastly tuangkan jelly strawberry (zue guna jenama nona) yang dimasak mengikut sukatan pada belakang kotak tersebut.
  • Tunggu sehingga keras
  • Sedia dipiping whiping cream (zue guna jenama toppin pride) ~ sudah sedia manis tanpa perlu letak gula. 
Hiaskan buah strawberry bersama buah kiwi mengikit kreativiti tersendiri.
Letak dalam peti ais dalam sejam dua.. Pastu Ngappp... Sedapppp...!!!

Monday, August 13

KURMA BADAM BERSALUT COKLAT

Assalamualaikum..

Hari tu kakak ipar zue yang keje sebagai stewardess MAS ada bawa balik kurma badam bersalut coklat. Memang sedap.. Dia kata ini adalah untuk passenger kelas ekonomi  berbuka puasa dalam flight. Ermm...good idea untuk try buat ala-ala biskut raya gitu.. Buat gift pun ok jugak.. Kanak-kanak yang tak suka buah kurma tu mesti suka sebab ada coklat kat luar..
Bahannya:

Buah kurma
coklat masak dicairkan
buah badam dipanggang
mangkuk kertas
**Pastikan buah kurma yang tak lembik
Caranya:
  • Potong sedikit pada buah kurma untuk membuang biji kurma
  • Masukkan badam yang dah dipanggang
  • Panaskan coklat masakan dan masukkan buah kurma tadi. Pastikan coklat menyelaputi sepenuhnya pada buah kurma.
  • Masukkan dalam mangkuk kertas
  • Biarkan sehingga coklat tadi mengeras

Hiasan:

Coklat putih
Coklat rice/manik hiasan

Caranya:
  • Panaskan coklat putih dan masukkan dalam piping bag sedia di corakkan pada buah kurma tadi
  • Hiasi manik-manik cantik untuk naikkan seri buah kurma tersebut.

Trylah buat.. mesti puas hati punya.. sedap tau...

BISKUT COKLAT CHIP RANGUP

Assalamualaikum...

Tinggal 5 hari lagi nak raya.. Persiapan dah separuh siap tapi tak siap sepenuhnya lagi.. Ye lah last minit ader je yang terlupa cam raya tahun lepas. Semua dah prepare awal-awal lagi. tetiba pagi raya kononlah nak sedondong ngan en hubby n my kids..check punya check.. baju rayaku yang khas untuk hari raya pertama tertinggal kat KL. Geram betul.. So moral of the story... u fikir lah sendiri.. huhuu..

Actually dah banyak resepi coklat chip yang zue pernah buah saja nak try pelbagai versi. Kali ni try versi chef kita iaitu chef hanieliza. Boleh tahan jugak rasanya..agak chuncy..

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A 
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]


230 g tepung gandum]

20 g serbuk koko ] ayakkan

100 g coklat cips

50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Caranya: 

  • Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
  • Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
  • Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Sunday, August 12

BISKUT HABRIK aka BISKUT ARAB

Assalamualaikum...

Selamat malam. Finally berjaya juga nak update blog ari ni. Almaklum buzy ngan jemputan berbuka puasa dan juga last minit punya shopping untuk raya.

Actually BISKUT HABRIK aka BISKUT ARAB ni adalah resepi daripada mak mertua Zue. Rasanya dah 5 kali ambik resepinya tapi tak tau simpan kat mana so terus tak buat. Baru-baru ni Zue balik Penang, kebetulan teringat nak buat jugak kali ni so mintak ler dengan muka sposen ngan mak mertua  resepi ni. Nasib baik dia tak bising...(O_^)... Akhirnya hari ni berjaya jugak buatnyer.

Mak mertua Zue kata, nak buat biskut ni agak sedikit susah walaupun nampak mudah apataknyer tepung gandum kena goreng sampai ringan so jangan terlalu garing atau tak masak (Agak-agak ler sendiri). Pastu lak kena ayak lepas goreng tepung gandum ni.

Bab minyak sapi lak adalah lebih baik menggunakan minyak sapi jenama Ghee sebab ia asli tapi kalau nak campur ngan jenama lain pun boleh jugak.
Bahannya:

1 kilo tepung gandum
1 tin kecil minyak sapi jenama Ghee
1/2 kilo minyak sapi (jenama biasa)
6 cawan gula aising
1 sk garam halus
Caranya:
  • Tepung Gandum digoreng sehingga perang dan ringan menggunakan api yang perlahan
  • Ayak tepung gandum yang telah digoreng tadi
  • Campurkan kedua-dua jenis minyak sapi tadi dan masak sehingga cair (tak perlu mendidih)
  • Campurkan gula dan garam ke dalam tepung gandum tadi dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan minyak sapi yang dicairkan tadi sedikit demi sedikit (Adunan jangan terlebih cair ). Agak-agak ia boleh digentel membentuk bulat.
  • Lastly bakar pada suhu 160'c selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing

**Pesan mak mertua Zue lagi.. membakarnya tak perlu terlalu masak atau lama memandangkan tepung tadi dah digorengkan dan keluarkan ia perlahan-lahan kerana biskut ini terlalu lembut.

Monday, August 6

FRAMBROZEN KENARI

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan salam Nuzul Quran buat semua umat islam. Hari ni Selangor cuti tapi Zue yang duduk di Selangor tapi bekerja  di KL tak de lah dapat cuti so keje macam biasa. Dengki betul pagi tadi masa nak kuar rumah, tengok en hubby masih melentok ngan bantal empok.. Nak ambik cuti tapi Isnin hari yang paling sibuk so ku gagahkan diri juga untuk ke pejabat.

Semalam zue share resepi Roseberry tat. Hari ni zue nak share resepi biskut frambozen kenari yang zue buat pada hari yang sama dengan roseberry tat. Dah lama teringin buat biskut ni tapi memandangkan cutter tak de so simpan jer hasrat nak buat. Semalam dapat jugak realisikannya lepas beli cutter kat BWY. Rupanya nak buat tak delah susah mana pun. Agak senang sebab tak perlu menghabiskan waktu untuk kerja menerap atau membentuk biskut ni..

FRAMBROZEN KENARI
sumber: Semanis Gula

Bahannya:

(A)
250 gm tepung gandum/tepung red rose
110gm gula aising
195gm butter
1 biji telur kuning
80gm susu tepung

(B)
Topping
Jem strawberry secukupnya
Almond flakes
Kacang pistachio

(C)
Royal aising
60gm putih telur
80gm gula castor
2 sk tepung jagung
  • **Putar putih telur dan gula sehingga jadi meringue.
  • Masukkan tepung jagung dan kacau dengan kaedah kaup balik.

Caranya:
  • Putar butter dan gula aising, masukkan kuning telur, tepung, susu tepung dan serbuk badam.
  • Jadikan doh (sekiranya adunan lembik boleh tambah sedikit tepung demi sedikit)
  • Lapik tray 12x12x12 dengan baking paper (adunan ini cukup untuk 1 tray)
  • Letak adunan dan tekan padat. Cucuk dengan garfu dan tekan adunan dengan Cutter.
  • Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 170'c.
  • Bila dah masak, angkat cutter dan sapu dengan jem serta royal aising dan pasang semula cutter tadi.
  • Susun badam bersama kacang pistachio.
  • Bakar lagi selama 20 minit. (tambah lagi masa membakar 1 jam pada suhu 100'c untuk mengeraskan royal aising)
  • Terus membuka cutter dan biarkan biskut sejuk kemudian baru di angkat.

Sunday, August 5

ROSEBERRY TAT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ramadhan kita sudah tinggal separuh lagi untuk kita habiskan. So tinggal lagi 2 minggu kita akan beraya. Persiapan untuk Raya zue baru mulakan.. Almaklum bonus gomen Khamis depan.. So kena mulakan minggu depan ler.. Tp actually sikit sebanyak dah ader yang terbeli.. Kalau semua nak beli minggu depan comform bersesak ngan orang ramai yang nak shopping last minit.

Resepi kali ni zue nak share ialah resepi Roseberry tat. Dulu selalu order ngan member cookies ni. Kebetulan ari tu ternampak resepi ni di dapur mat gebu so try ler buat tahun ni.
Roseberry Tat


Bahannya:

1/2 cawan mentega (zue guna buttercup)
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising di ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanila
Jem strawberry secukupnya
Paper cup saiz kecil secukupnya
Caranya:
  • Pukul mentega, marjerin dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga berkrim.
  • Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut.
  • Canai doh lebih kurang dalam 1/2 cm tebal.

Rujuk gambar di atas
  • Sedia diterap dengan acuan bulat berbiku.
  • Sapu dengan sedikit jem strawberry pada permukaan doh yang diterap tadi.


  • Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf ''u'' bagi setiap doh tadi dan cantumkan, kemaskan dan alihkan ke dalam paper cup.
  • Buat sehingga habis doh tersebut.

  • Bakar dalam oven pada suhu 170'c selama 10 -15 minit.
  • Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  • Menghasilkan lebih kurang 40 kuntum rose tat

Dah siap.. Agak cantekkk... ^__^
 

Designed By Izza sakura