Monday, February 14

Nasi goreng Telur Goyang



Resepi daripada ibu mertua Zue ni memang simple dan mudah kerana hanya menggunakan bahan2 asas dirumah saja. Terutama bagi yang malas masak tu sebab ianya murah dan mudah je.. So selamat mencuba.

2 pinggan nasi putih
5 sudu sos tiram
1 cawan kacang ABC
3 biji cili merah ] ditumbuk
2 ulas bawang merah ]
Garam dan gula secukup rasa





Mula-mula panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. kemudian dan tumiskan bawang putih dan bawang merah. bila dah naik bau masukkan 2 sudu sos tiram, kacaukan sekali dengan ikan bilis yang diketepikan tadi. Kemudian masukkan kacang abc dan biarkan seketika. Kemudian masukkan garam dan gula dan kacau lagi dan kemudian barulah masukkan nasi bersama 2-3 sudu sos tiram. Kacau sehingga sebati. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.




Untuk telur cuma perlu gorengkan tanpa pecahkan telur merah.

Sunday, February 13

carrot cheese kek





Carrot Cheese kek ni memang my peberet especially kalau yang secret recipe punya.. rasa kalau makan seketul dengan rega rm5.50 tu tak cukup lah so zue cari alternatif lain untuk buat kek ni. Even rasa nyer tak lah sehebat secret recipe tapi kalau dah ada sedikit pengetahuan tentang kek ni kira bolehlah.. Tapi ni percubaan pertama so after this nak buat lagi sehingga kata orang boleh bukak kedailah...




CARROT CHEESE CAKE

Bahan-bahan:-
1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang (mana2 nuts pun boleh) - zue bli walnut kat bake with yin rega 16 hinggit dengan 500gm
1 cwn kismis kuning
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil kulit kayu manis
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula ising
sedikit perahan limau
sedikit esen vanila



Caranya:

Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak, gula castor dan gula perang dan kacau sehingga sebati tapi tidak perlu sampai gula tu hancur. Kemudian masukkan walnuts, kismis dan carrot dan kacau sehingga sebati.

Ayakkan tepung gandum, baking soda dan serbuk kulit kayu manis bersama garam dan masukkan ke dalam adunan no2. Gunakan spatula untuk kaup balikkan adunan tersebut.

Dalam loyang berukuran 9 inci yang telah disapukan mentega/di alas kertas minyak, masukkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 180c. Bila sudah masak keluarkan untuk sejukkan bagi meletakkan topping cheese.

Penyediaan Topping
masukkan kesemua bahan tadi dan pukul dengan mixer. Bila kek dah sejuk, sapukan atas kek dan sejukkan dalam frige baru dipotong untuk dihidangkan.

Tuesday, February 8

MUFFIN KIWI


Tetiba tekak ni teringin sangat nak makan muffin kiwi semenjak makan kat jamuan sekolah anak tempohari. So zue try godek-godek dalam laman sesawang ni so jumpalah 2 resepi yang boleh diguna pakai. Try buat perbandingan resepi ni darisegi kos dan bahan yang ada so zue ambik dari resepi dari blog hanalieza.. izin ye kak, zue share resepi ni disini..

[32 muffin saiz medium]

Bahan A

500 gm muffin ready mix perisa kiwi (bli kat kedai bake with yin rm8.50)
200 gm tepung gandum dan 1 s/t baking powder di ayak

Bahan B
190 gm telur (pukul sedikit)
180 gm minyak (zue pakai minyak jagung)
280 ml jus buah campuran kiwi & epal YEO's (guna yogurt nestle bliss)

Cara
1. Panaskan oven 190'C (api atas bawah) selama 15 minit.
2. Masukkan bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk bahan A dan adunkan sebati dengan whisker atau senduk kayu.

4. Alaskan muffin tray dengan kertas muffin saiz medium.
5. Masukkan adunan anggaran 45 gm ( hampir penuh) dalam kertas muffin.
6. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Wednesday, February 2

Marble Brownies Cheese Cake




Resepi yang diambil daripada blog DTS pada tahun lepas ni memang memikat kalbu kerana warna lorekan yang cantek dan mengagumkan dan kali ni zue berjaya menghasilkan nya hasilnya pada tahun ni.. tu dia bukan main lama zue 'peramkan' resepi ni.. tapi kira bertepuk tangan gak sebab berjaya akhirnya..

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanila(untuk mengharumkan kek)

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
sedikit jus lemon / jus oren


CARA MEMBUATNYA :-

Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.






UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...




 

Designed By Izza sakura