Wednesday, September 4

PULUT KUNING BERSAMA RENDANG DAGING


Assalamualaikum...

Salam hari Rabu... 

Hari ni 4/9/2013... Pejam celik, pejam celik Syawal dah nak abis. Minggu depan dah tak de kut open house. Kalau ader tu kira ok jugak tapi dah tak masuk dalam syawal lagi.. Kira open untuk kawan-kawan datang jelah... So untuk makan free dah tak de.. time for cooking ler pasti.. Dan jalan pun dah tak jem cam biasa.  

Hari ni zue nak share resepi PULUT KUNING atau orang pantai timur panggil NASI KUNYIT. Ini dalah resepi bulan puasa yang zue buat hari tu, memandangkan kesibukan teramat sangat dan tak sempat nak upload so terpaksa menangguhkan terlebih dahulu. Actually zue banyak sangat resepi-resepi yang tak sempat diupload. Insha Allah zue akan usahakan untuk upload dalam masa terdekat ni.

PULUT KUNING aka NASI KUNYIT

Bahannya:

3 cawan beras pulut
1 asam keping
1 sk serbuk kunyit
Garam dan gula

Caranya:
  • Cuci beras sehingga bersih dan toskan
  • Dalam satu bekas lain, bancuhkan serbuk kunyit dengan anggaran air melebihi paras beras pulut
  • Masukkan asam keping
  • Gaul beras pulut rata sehingga warna kuning menjadi serata.
  • Toskan beras dan keluarkan asam keping
  • Sediakan pengukus dengan masukkan air
  • Lapik daun pisang dalam dasar pengukus untuk menutup lubang-lubang pengukus
  • Bila air sudah mendidih, kukus beras pulut selama 20 minit (separuh masak)
  • Dalam bekas lain, campuran santan pekat, garam dan gula dikacau rata
  • Keluarkan beras yang separuh masak tadi dan arun dengan campuran santan
  • Gaul rata dan kukus kembali sehingga masak
  • Kalau boleh ulang sehingga 2 atau 3 kali atau sehingga masak


RENDANG DAGING

Bahan A:
1/2 kg daging lembu (potong, cuci dan toskan)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
3 helai daun limau purut 
1/2 liter santan pekat
2 sb kerisik
2 sb rempah daging
3 sb cili giling
2 keping asam gelugor
2 sb hirisan gula melaka
garam secukup rasa

BAHAN YANG DIKISAR HALUS

Bahan B:
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
5 bj cili padi
3 batang serai

BAHAN UNTUK DITUMIS

Bahan C:
1 batang kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARANYA:
  • Rebuskan daging yang dipotong terlebih dahulu sehingga masak
  • Tumiskan bahan (C) tumisan dengan sedikit minyak
  • Masukkan bahan (B) dan kacau sehingga sebati dan naik bau
  • Last sekali masukkan bahan (A) dan kacau sehingga kering
  • Agak-agak dah kering, masukkan air dan kacau lagi sehingga kering
  • Ulang proses ni dalam 2 atau 3 kali
  • Siap dan sedia dihidang bersama pulut kuning

5 comments:

Gee® said...

Wow! terlior tgk nasi kunyit Zue tu... bak nak sepiring!

..::Zue::.. said...

Jom buat... kak Gee

mama sara nur said...

assalam Zue
wah sedappp tu dgn rendang sekali memang habis ni he hee
ank dara akak memang feberet dia skrg pulut kuning

..::Zue::.. said...

samalah kak.... ank2 zue pun mmg suka pulut kuning... kita yg berumur ni klu mkn lebih sakit urat ler...

Nani Shuhada said...

Sedapnya... Warnanya sungguh menawan.

 

Designed By Izza sakura