Saturday, September 7

KEK VELVET KUKUS PELANGI


Assalamualaikum....

Selamat malam. Alhamdulillah... kenyang makan hari ni... Baru sempat nak upload pic KEK KUKUS VELVET VERSI KAK DAYANG. Kebetulan tadi ada perjumpaan ngan ex sekolah lama zue. Kita orang plan bersantai sambil potluk so google punya google terus dapat resepi yang amat mudah ni. Kak Dayang buat cantik sangat kejadiannya, tapi zue buat sedikit tak balance putih yang di atas dan di bawah. Lagipun zue spare kaler putih sedikit jer so kalau nak buat tebal atas bawah kena simpan warna putih yang banyak barulah cantik. Apa-apa pun tq sangat-sangat kat Kak Dayang dengan resepi yang mudah dan sedap ni.



Kek Velvet Kukus Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahannya : (loyang 9" x 4.5" x 4.5")

5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
(diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam 
125 ml minyak jagung


perisa dan pewarna
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes blueberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla

Caranya :


  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. 
  • Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  • Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. 
  • Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 
  • 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee 
  • Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  • Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. 
  • Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). 
  • Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  • Bila sudah masak, sejukkan  kek terlebih dahulu sebelum dipotong. 

  • 2 comments:

    Bbwana adienia said...

    cantiknya kaler kek..meriah..pernah buat kek ni..memang sedap dan cantik kejadiannya..

    ..::Zue::.. said...

    try lah buat.... sedap tau...

     

    Designed By Izza sakura