Saturday, February 4

AISKRIM MALAYSIA PERISA JAGUNG

Assalamualaikum...
Cuti-cuti malaysia gini kan best kalau ader projek membaking.. Tapi no idealah nak buat apa.. So stop dulu dua hari ni tapi sambung hari yang ketiga.. Bagi ketenangan dulu datang.. Kalau buat tergopoh gapah lah.. kek lak kureng cantek..Pastu nak ambik pic pun rasa tak puas hati.. Sekarang rasanya dah jumpa 'tone' ambik gambar yang puas hati.. Tak macam dulu terhegeh-hegeh.. Tapi kalau tanya pakar gambar zue ni stil 50/100..

Kebetulan kat dapur ada lagi lebihan jagung yang buat cream puff baru-baru ni.. Daripada terbuang saja best jugak kalau buat aiskrim.. Tu yang tercetus hasrat nak buat Aiskrim malaysia perisa jagung..
Bahannya:

Air
Susu cair
Jagung dalam tin
Gula
Secubit garam
Plastik Aiskrim





Caranya:
  • Masakkan air sehingga mendidih 
  • Masukkan secubit garam, susu cair dan gula secukup rasa kemudian kacau sehingga larut
  • Last sekali masukkan jagung dalam tin dan kacau
  • Tutup api dan sejukkan.
  • Sedia dimasukkan dalam plastik aiskrim dan diikat kemas.
  • Sejukkan sehari semalam dalam freeze.




Teringat zaman sekolah dulu-dulu, bila balik sekolah mesti nak singgah kedai beli aiskrim ni..yang paling best perisa asam masin.. Harga pulak..dulu 5sen sebatang.. sekarang 20sen..

5 comments:

Kak Sam said...

Dulu masa budak2 selalu je buat sendiri macam2 kaler, macam2 rasa. Bila tengok gambo kat atas ni teringin plak nak buat.

..::Zue::.. said...

betul tu kak.. sy pun sama.. yg bestnyer air milo tak abis pun buat aiskirim..

Puspha said...

nostalgic!!!

linda q said...

Salam sis. Sukatan air brape ye?

Zue El Razak said...

Wslm.. Actually kalau nak ikut sukatan.. Ikut rasa air yg biasa kita bancuh.. Biar ada rasa manis susu tu.. Cth buat air milo.. Kalau nak manis buh byk susu.. Kalau x nak kurangkan je susu tu..

 

Designed By Izza sakura