Thursday, February 9

REMIS GULAI LEMAK KUNING CILI API

Pernah makan remis tak?.. Actually remis ni lebih kurang macam lala tapi jenis yang kecil. Rasanya sedap cuma tak puas makan sebab isinya kecil.. remis yang zue ambik ni kat Pantai Port Dickson.. Banyak betul.. Duk jer tepi pantai sambil tangan mengagau dalam pasir.. comform jumpa... Yang peliknya biasanya remis di ada digigi ombak..Kuis jer kaki sikit dalam pasir yang terkena ombak terus dapat.. Yang kat PD ni korek dalam pasir lebih kurang 1 kaki daripada ombak baru jumpa... Banyak gak tu.. Kalau dicari kat gigi ombak tu memang tak jumpa..

Balik dari PD ari tu terus buat gulai lemak kuning cili api.. Remis ni actually agak berpasir so kena rendamkan dulu dalam air paip selama 1 jam bagi pasir tu keluar.

Bahan-bahannya:


1/2 kilo remis (basuh bersih).

100 ml santan (yang pekat)
50 ml air

2 btg serai- ketuk

5 bj cili padi - tumbuk (kalu nk pedas blh tambah lg)

1 keping asam keping
1 sudu serbuk kunyit
air secukupnya -  tak perlu tenggelam siput
garam
Caranya:
  • Campurkan semua bahan dlm periuk dan masak menggunakan api yg perlahan.
  • Gaulkan selalu sehingga mendidih. 
  • Bila mendidih, biar sebentar dlm 4-5 minit sambil gaul2kannya.
  • Lasly masukkan garam dan gula secukup rasa.

2 comments:

Kak Sam said...

Masa kecik2 suka sangat cari remis ni maklum le sungai depan rumah. Tapi sekarang ni tinggal kenangan je la.

..::Zue::.. said...

Btl tu kak sam... Remis skarang pun dah x sebesar remis dulu lg..

 

Designed By Izza sakura