Sunday, June 30

KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS


 
Assalamualaikum.. 

Selamat petang.... Semalam zue try buat kek sarang semut aka kek gula hangus.. Lega menjadi.. Tak manis sangat resepi ni. Actually dah lama nak try tapi tak de kesempatan so semalam kebetulan nak berholiday, itu yang merajinkan diri nak buatnya. Nak buat kek ni agak mudah tapi perlu berhati-hati sebab agak cerewet dengan gula yang dihangitkan takut meletup-letup terkena jari (sebab zue dah kena). Ikutkan resepi kena perap 3-4 jam tapi zue perap sejam lebih jer but still cantik lubang-lubang semut tu..
  

KEK SARANG SEMUT AKA KEK GULA HANGUS

Bahannya:

1 cawan gula castor
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 st soda bikarbonat
4 biji telur
2 sb mentega

   

Caranya:

  • Gula dimasak dengan api yang sederhana sehingga hangus
  • Masukkan air panas dan kacau perlahan-lahan (Part ni yang kena jaga-jaga)
  • Tutup api dan masukkan mentega.
  • Sejukkan dan ketepikan
  • Pukul telur sehingga kembang dan pekat
  • Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati
  • Ayak tepung bersama soda
  • Masukkan sedikit demi sedikit kedalam gula hangus bersama telur yang dipukul tadi
  • Kacau rata dan perap selama 3-4 jam
  • Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit sehingga 1 jam

5 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam cantik kejadian kek sarang semut ni...bekelnan akk..kebetulan akk pun lama x mkn, leh le try resepi yg mudah ni

Bbwana adienia said...

salam..

kek sarang semut ni memang sedap..kek ni mesti buat setiap kali raya..

..::Zue::.. said...

Sheila Shafeareen ~ try lah buat.. resepinya pun x der lah manis sangat


Bbwana adienia ~ betul tu mmg sedap.. Selama ni bli jer.. bila buat rasa puas hati sangat

Tina Othman said...

Bestnya, biasa tau mkn je dan wajib carik time bulan puasa, nak tau guna loyang brp ye resepi ni

..::Zue::.. said...

Tina Othman ~ loyang 7x7

 

Designed By Izza sakura