Sunday, January 1

COTTON LIGHT CHEESE KEK

Selamat tahun baru 2012..

Semoga tahun 2012 membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua. N3 pertama yang nak zue sharekan hari ni ialah COTTON LIGHT CHEESE KEK.. Nak buat kek ni senang tapi nak jadi yang betul-betul ringan dan perfect tu susah.. Berapa kali zue buat, mesti ia tak menjadi gebu. Tetiba kali ni buat menjadi pulak.. Agaknyer kek ni nak sambut tahun baru tu.. huhuhu..

Sambil menonton Astro First.. OMBAK RINDU.. Jom layan resepi ni..
sumber: Mat Gebu
Bahannya:

6 keping cheddar cheese
300ml susu segar
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila
90gm gula halus
110gm tepung gandum
110gm mentega/marjerin
Strawberry filling

Caranya:-
  • koyakkan ciz kecil2 dan campurkan dgn 300ml susu segar, masak dengan api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter dan tutup api.
  • Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dengan gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Ketepikan
  • Pukul telur merah hingga kembang, masukkan dalam adunan ciz tadi ( no 1 ).
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, kacau perlahan. 
  • Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  • Sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

  • Lapik acuan kemudian griskan dan tuang adunan ke dalam acuan.
  • Atasnyer picitkan strawberry filling atas kek tersebut.
  • Bakar pada suhu 175c secara bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing.

No comments:

 

Designed By Izza sakura