Monday, January 9

BEEHOON SINGAPORE

Assalamualaikum...


Selamat Pagi..
Pagi ni zue nak share resepi BEHOON SINGAPORE atau behoon putih. Resepi yang amat mudah untuk dibuat.. Jom terjah.. 
Bahan-bahannya:

1/2 Behoon di rendam air dan ditoskan
2 ulas bawang putih-ditumbuk 
3 ulas bawang merah-ditumbuk 
1 sb udang kering-ditumbuk
 Bebola ayam -hiris nipis2
1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
sawi
taugeh
1/2 batang carrot-di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Daun saderi untuk hiasan
Minyak secukupnya


Caranya:
  • Minyak dipanaskan dan gorengkan telur terlebih dahulu. Goreng dengan cara hancurkan di dalam kuali. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering bersama sedikit minyak. Biarkan sehingga naik bau.
  • Masukkan udang dan bebola ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam secukup rasa.
  • Masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Last sekali goreng semuanya sehingga sebati dan masak.
  • Sebelum api ditutup, masukkan telur hancur tadi dan gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan hirisan daun saderi
Untuk rasa lebih pedas, boleh dimakan bersama kicap manis yang diblend kasar dengan lada jarum dan garam.

4 comments:

ady said...

as-salam
npk sungguh menyelerakan...

cinnamon.com said...

SEDAPNYA...BILA LA NAK MASAK NI..

..::Zue::.. said...

ady~
tq.. rsnyer ady lg arif tentang behoon singapore nii.. :)

..::Zue::.. said...

cinnamon~ duk asyik makan beehoon malaysia.. try lak versi lain..

 

Designed By Izza sakura