Friday, January 27

KEK LAPIS MASAM MANIS


Dah lama nak buat kek lapis masam manis.. Tapi malas nak melapis lah pulak.. Rasa lebih suka kalau buat kek yang seketul terus masuk dalam oven.. Kali ni buat jugak memandangkan kek lapis masam manis ni peberet zue.

Untuk resepi yang di ambil daripada dapur kak dayang ni, keknyer adalah kecil dimana ukuran loyang 8 x 4.5 x 4.5. So kalau nak besar doublekan saja bahan-bahan tu.. Yang pasti kek ni amat puas hati sebab sangat sedap. 

Sumber : Kak dayangjack
Bahannya:-

2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (Zue guna yg saiz kecil-kecil tu)
sedikit pewarna hijau/pes pandan, merah dan kuning (warna lain pun kira ok)

Caranya :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  • Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian. Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan, pewarna merah/pes strawberry dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning/plain (warna asal). Untuk lapisan hijau, merah dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  • Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit)
  • Tuangkan lapisan merah  dan susunkan hawflake diatasnya kemudian kukus 
  • Ulang lagi kepada warna kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus lagi. Ulangi proses hingga habis. 
  • Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  • Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
Memang puas hati.. sedapp..

5 comments:

ady said...

as-salam
cantiknye kuih lapis masam manis..warna yg cantik...

izahdaut said...

cantikkkkkkk kek.. tak pernah lagi makan kek lapis ni. bila ada semua bahan2 boleh la nak try

..::Zue::.. said...

ady~ tq..


izah~kek ni memang sedap selama ni akak duk bli ngan member..dpt seru buat sendiri..lg puas hati..drp beli.. trylah..

Liza said...

salam zue...kek msm manis ni mmg sedap kan...rasa masam manis tu mmg mmikat...tp dah lama liza xbuat...hihihihi

..::Zue::.. said...

wslm liza..
betul tu.. antara byk2 kek lapis.. asam manis yg terbaik lah..

 

Designed By Izza sakura