Thursday, January 12

LOCONG menyelerakan..

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak LOCONG?.. Ape tu.. Itulah makanan atau pemanis mulut bagi orang kelantan yang asalnyer dari Thailand. Sebelum ni pun zue pernah N3kan resepi locong ni DISINI.. 

Kebetulan hari tu pergi pasar chow kit ader jual skoteng (bahan utama untuk buat locong) yang dah siap ada dijual. Just tambahkan Santan atau bahan-bahan lain jer..
Bahannya:

Buah nangka
Gula 
Garam
Santan segar
Daun pandan
Caranya:
  • Simpulkan daun pandan
  • Masukkan dalam periuk bersama garam, gula dan isi nangka dan masakkannya
  • Bila dah separuh masak, masukkan locong
  • Tutup api dan sejukkan
  • Bila dah sejuk.. makan bersama ais batu.

Locong ni macam cendol tapi tak delah lembut macam cendol.. rasa kenyal-kenyal gitu.. Bahan kat dalam tu actually ada banyak lagi tu.. macam buah kabung, agar-agar kosong yang dipotong kecil-kecil dan sagu.

Memandangkan semua bahan tu tak de dan usaha mencari nya tiada so zue tak letaklah..
Bau wangi nangka tu amat menyelerakan... Makan bersama ais batu.. Emmm.. Sedap..

2 comments:

izahdaut said...

lama tak nyinggah sini. bz ngan order ye.. cantik la locong ni. mmg wane dia cam ni ye. sweet sangat

..::Zue::.. said...

@Izah~Memang warna dia merah so dia punya kuah pun turun kaler merah skoteng tu..

 

Designed By Izza sakura