Wednesday, January 25

CUCUR KERIA aka COQ KERIA

Kalau cuti memang best buat kuih pastu ambik gambar.. Cuaca cerah kat luar membuatkan gambar tu nampak 'hidup'... Tapi kalau hari kerja pulak, bila zue buatkan kuih atau kek dah siap tu waktu malam.. so terpaksa guna cahaya lampu. Gambar tu tak de lah nampak 'real'.. So kalau uols tengok dalam blog zue yang gambarnyer sedikit lawo (perasan lak..) itu tandanya diambil di hari siang atau hari tak kerja.. Kekadang terfikir gak kan best kalau tak kerja, lepas masak ambik gambar comform puas hati..

Actually ni adalah resepi yang lebih kurang sama zue guna semalam dalam resepi
Bahannya:


3-4 biji ubi keledek (saiz sedang)
1 cawan tepung gandum
secubit garam bersama air untuk merebus ubi
4 sb gula dan sedikit air
Caranya:
  • Rebus ubi keledek sehingga masak dengan sedikit garam
  • Keledek yang dah masak, dibuang kulit dan dilecek sehingga lumat.
  • Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
  • Ambil 1 sb adunan tadi, bulatkan dan kemudian leperkannya.
  • Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi
  • Panaskan minyak, sedia digoreng sehingga kekuningan.
  • Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering, kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan supaya diselaputi gula.

2 comments:

izahdaut said...

betul betul.. kalau cahaya siang yg cerah mmg cantik nampak gambar kan. tapi rasanya lawa je sepanjang saya menjenguk kat blog kak zue ni. lawo keria tu posing. auuww.. tirguda. hehe

..::Zue::.. said...

TQ..Izah.. malu lak di puji dek otai muffin ni.. ahaks..!!

 

Designed By Izza sakura