Monday, January 2

DONUT LABU..sarapan dihari cuti.

Assalamualaikum...

Sarapan apa pagi ni?.. Hari ni mood bercuti lagi... Bestlah duk rumah buat sarapan untuk family ni.. Uols sarapan apa?..Zue buatkan donut labu.. Dah banyak kali buat try resepi donut ni.. memang best.. Lagipun jenis-jenis donut ni memang peberet kami sekeluarga.. 

Jom layan resepi ni..
Sumber: Dapur MaDiHaA
Bahannya:

  • 1 cawan isi labu dilenyek/diblend
  • 1 cwn air suam (campur sekali ngan yis)
  • 2 sk yis/ mauripan
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 2 sb minyak
  • 2 sb gula
  • 620 gm tepung gandum - kalau  adunan lembik boleh ditambah
  • secubit garam
Bahan lain:
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula Aising/castor untuk menyalutnya

Caranya:

  1. Campurkan mauripan dengan air suam (air jangan terlalu panas nanti yis mati)
  2. Blend/lenyekkan labu tadi dan masukkan susu pekat manis, gula, garam dan minyak masak. Gaul sehingga sebati
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul lagi.
  4. Masukkan air bancuhan yis tadi sedikit demi sedikit dan gaul.. Sekiranya terlebih cair masukkan tepung sedikit.
  5. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan 
  6. Bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap sehingga doh naik sekali ganda (agak2 dalam setengah jam)


Cara membentuk doh:

  1. Tumbuh doh yang dah naik sehingga keluar angin. Jika doh melekat boleh disalut dengan sedikit minya masak untuk membentuk doh.
  2. Guna acuan donut untuk membentuk doh. Susun dalam dulang yang disapu minyak atau ditabur tepung. Jarakkan antara satu sama lain agar tidak melekat.
  3. Sedia digoreng.. goreng dengan api yang sederhana sehingga donut menjadi sedikit kekuningan
  4. Sejukkan dan sedia di salut dengan gula aising/kastor.

4 comments:

izahdaut said...

Assalamualaikum..
Saya pun suke kuih labu. Pernah juga buat donut labu. Pernah juga buat kek, muffin, kuih bakar, lepat n apam labu. Smuanya suka. Hehe.. Aa kuih talam labu pun sedap. Haiss smua suke kalau labu2 ek. Hee.. Cantik donut tu. Sdap makan sambil hirup air panas tu. Best

..::Zue::.. said...

W/salam izah..
Betul tu semua beasaskan labu ni memang sedap.. Try gak nak cipta kek labu cheese ala-ala carot cheese kek.. tp tak de masa lg..huhuhu..

Liza said...

salam zue...wowww 1st time Liza dgr ni..kat umah ni ada labu, nnt nk try buat la, mst rasa lemak2 kan.....sedaapppp

..::Zue::.. said...

W/slm Liza..
memang betul.. donut labu ni sedap.. dah byk kali zue buat..

 

Designed By Izza sakura