Saturday, July 13

NASI GORENG NENAS


Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari ke4 umat islam berpuasa. Rasanya macam-macam menu kita nak buat untuk berbuka puasa terutamanya hari ni hari cuti bekerja. Dalam fikiran zue ni rasa nak buat macam-macam. Semangat memasak tu amatlah tinggi. Kalau hari kerja memang tak sempat jem sangat-sangat. Sampai  kat rumah dekat pukul 7. Letih terkejar-kejar untuk berbuka. Sempat beli lauk lepas tu balik rumah masak nasi jer. 

Semalam singgah beli kat kedai kelantan di pantai dalam, beli lauk daging kawah, akok 3 bekas, sambal belacan 1 bekas kecil (nak buat kut tak sempat) dan kerabu sarang (orang kelantan panggil)... Tup-tup time bayar rm29. Terkedu jap... mahalnyer... tak tau apa yang mahal sangat tu. Kalau sehari beli dalam rm29 bayangkan kalau untuk sebulan... bangkrup not... 

Pagi tadi zue bersahur dengan nasi goreng nenas.. Jom try buat..

NASI GORENG NENAS

Bahannya:

2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
¼ biji Nenas (dipotong dadu)
Bawang Putih (dicincang)
Cili Merah (dipotong nipis)
4 cm Kunyit (ditumbuk lumat)
4 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil gula


Caranya:


  • Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih
  • Tumis sehingga naik bau 
  • Masukkan kunyit, cili giling, sos tiram, sos ikan, sos tomato, sos cili, gula dan garam.
  • Apabila tumisan sudah naik bau, masukkan ayam yang dipotong halus bersama sedikit air
  • Tutup dengan tudung periuk sekejap untuk bagi ayam masak
  • Kemudian, masukkan nasi bersama sedikit lada sulah dan juga nenas yang dipotong kecil-kecil dan cili yang dipotong nipis-nipis kemudian goreng sehingga semua serata.

1 comment:

Bbwana adienia said...

salam..

em, nasi goreng nanas ni memang sedap..sya suka makan nasi ni..

 

Designed By Izza sakura