
Assalamualaikum...
Resepi ni diambil daripada blog bento monsters. Saja nak try buat ala-ala bun comel. Dalam resepi tersebut dia org buat sekali dengan badan tapi zue buat kepala saja. Anak2 sangat happy. Makan pulak dengan jem stoberi... Sedapp...

RESEPI JAPANESE MILK BUNS BEARS
Sumber: Bentomonster
Bahannya:
250g tepung gandum
3g yis
200g susu kotak
10g gula
10g butter
3g garam

Caranya:
- Campurkan ke semua bahan dalam satu bekas kecuali buter.
- Kacau rata dan tumbuk-tumbukkan selama 10 minit dan bila adunan bertukar menjadi doh baru masukkan butter
- Sekiranya menggunakan breadmaker masukkan kesemua sekali.
- Perapkan dough didalam suasana sedikit panas (saya masukkan dalam oven yang suam) (doh perlu ditutup)
- Apabila saiz doh sudah besar, keluarkan dan letakkan atas sedikit tepung gandum untuk di uli.
- Bahagikan doh kepada 5 bahagian dan bulatkan
- Bentukkan kepala bear dengan saiz besar dan yang selebihnya saiz kecil untuk hidung dan telinga
- Bahagian mata letakkan ceri atau kismis.
- Saya buat saiz kecil supaya nanti ia tak lah sangat besar.
- Biarkan selama 15 minit untuk double saiz
- Masak selama 15 minit menggunakan api atas dan bawah 140 darjah.
- Sapukan sedikit mentega cair untuk bagi ia berkilat.

No comments:
Post a Comment